Home / Maklumat Terkini / Universiti Al-Azhar Perubatan

Universiti Al-Azhar Perubatan

 

Menariknya di Universiti Al-Azhar, pelajar lelaki akan diasingkan daripada pelajar perempuan. Ini bermakna mereka akan ditempatkan di kelas yang berbeza mengikut jantina.
 
Majoriti universiti di Mesir masih mengamalkan sistem konvensional dalam teknik pengajaran berbanding fakulti-fakulti perubatan di dunia sekarang yang kebanyakannya telah bertukar kepada sistem integrasi.
 
Sistem konvensional menekankan aspek teori terlebih dahulu sebelum menumpukan kepada aspek klinikal. Antara universiti yang menggunakan sistem konvensional adalah Universiti Kaherah, Universiti Ain Shams, Universiti al-Azhar, Universiti Tanta, Universiti Zaqazig dan Universiti Mansurah (konvensional). Manakala universiti yang menggunakan sistem integrasi hanyalah Universiti Iskandariah dan Universiti Mansurah (Manchester program).

Melalui perbincangan antara kerajaan Malaysia dan beberapa universiti lain di Mesir, kursus perubatan di Mesir secara umumnya digelar sebagai MoU (Memorandum of Understanding)

Dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara utama, ia memudahkan pelajar bangsa Melayu untuk lebih memahami ilmu tanpa perlu bersusah payah menterjemahkan bahasa Arab terlebih dahulu. Lebih menarik, kebanyakan tenaga pengajar di Universiti Al-Azhar adalah merupakan ketua jabatan subjek atau orang lama di jabatan tersebut, di mana mereka amat berpengalaman dan pernah bekerja di negara-negara lain selain amat fasih berbahasa Inggeris.

MoU merupakan pembelajaran selama 6 ½ tahun. Ada juga universiti-universiti lain di Mesir yang menjalankan kelas secara MoU, namun, berbezanya Universiti Al-Azhar daripada universiti yang lain adalah, pelajar di wajibkan untuk mengambil subjek-subjek agama dan wajib untuk menghafal Al-Quran sebagai subjek tambahan.

Lulusan Mesir yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan akan mendapat MB BCh, berbanding dengan universiti di Malaysia yang mana ada yang tamat dengan MBBS dan MD. Walau bagaimanapun, semua jenis ijazah tersebut adalah setara. 

KELAYAKAN MINIMUM

Bidang Perubatan

Mempunyai  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 90%  dalam lapan (8) subjek  iaitu  Bahasa Melayu, Bahasa  Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik  Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi  di peringkat SPM. 

DAN

Sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM.

 

 

About admin

Check Also

DAFTAR MEDIC LUAR NEGARA MENGGUNAKAN TRIAL SPM 2023

Berminat untuk sambung belajar bidang perubatan? Adakah anda merupakan calon SPM 2023?  Tahukah anda, walaupun …

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.