Home / Daulah Medic / Universiti Tanta

Universiti Tanta

 

 

Sejarah Universiti Tanta

Pada 1962, sebuah fakulti Perubatan telah ditubuhkan iaitu, Fakulti Perubatan, Universiti Iskandariah yang bertempat di Tanta. Penubuhan fakulti ini menjadi batu asas kepada penubuhan fakulti-fakulti baru seperti Fakulti Sains, Fakulti Perniagaan dan Fakulti Pendidikan di Tanta, Fakulti Pertanian juga telah ditubuhkan di Kafr el-Sheikh pada tahun 1969, kesemua fakulti ini adalah merupakan cawangan kepada Universiti Iskandariah.

Kemudian pada tahun 1970, barulah tertubuhnya Universiti Tanta yang pada asalnya merupakan cawangan Universiti Iskandariah yang merangkumi Fakulti Perubatan, Fakulti Sains, Fakulti Perniagaan dan Fakulti Pendidikan di Tanta serta Fakulti Pertanian di Kafr el-Sheikh. Universiti Tanta di isytiharkan sebagai universiti kelima Republik Arab Mesir, selepas Universiti Kaherah, Ain Shams, Alexandria dan Assiut.

Pada tahun 1976, Fakulti Pergigian, Farmasi , undang-undang, kejuruteraan, pertanian dan perubatan veterinary telah ditambah di Universiti Tanta dan cawangannya di Kafr El-Sheikh. Pada tahun 2006, cawangan Universiti Tanta di Kafr El-Sheikh telah dimansuhkan dan seterusnya menubuhan Universiti Kafr El-Sheikh yang menjadikan Universiti Tanta sebagai paksi dan asas bagi penubuhan universiti baru.

Lokasi Universiti

Universiti Tanta terletak di Tanta,ibu negeri Gharbiya.Tanta terletak 90 km dari Kaherah dan 120 km dari Alexandria.Universiti ini adalah berada terus di bawah pengawasan dan diselia oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.

 
Universiti Tanta
 
 
Kuliah Perubatan Universiti Tanta
 
 
Kawasan utama

Jalan utama di Tanta ialah Syari’ (jalan) Bahr, Syari’ Al-Jala’, Syari’ Said, Syari’ Hasan Ridwan dan Syari’ Nuhas. Kawasan membeli belah utama ialah awal bahr di hujung syari’ bahr, berdekatan dengan Masjid besar Al-Badawi. Manakala ibu pejabat muhafazah Gharbiya terletak di awal Syari’ Nuhas, berdekatan dengan jawazat (tempat memperbaharu visa tahunan pelajar di tanta).

Di sini juga terdapat stadium (istad Tanta), yang menyediakan padang untuk bola sepak, futsal, trek dan kolam renang.

Manakala Universiti Tanta fakulti perubatan dan pergigian terletak di kawasan Ma’rad dan Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta pula di Siberbay. Terdapat juga muzium Tanta dan mini zoo Tanta.

Pengangkutan

Pengangkutan utama di Tanta adalah van (disebut Tramco, atau lebih masyhur dikenali sebagai ‘arabiyya atau mini busoleh arab) dan bas (dipanggil utubis). Manakala untuk keluar ke bandar-bandar lain pengangkutan utama adalah kereta api, van dan bas.

Tambang van dan bas di seluruh tempat sekitar Bandar Tanta adalah sekata, iaitu sebanyak LE 0.50- LE1.00 (RM 0.25-RM 0.50) seorang. Stesen bagi kereta api (mahattah) terletak di sebelah Awal Bahr. Manakala stesen bagi van merta di seluruh Tanta yang masyhur adalah di Siberbay, Gumlah, Maarad, Mahattah dan lain-lain.

Makanan

Terdapat beberapa kedai makan Nusantara di sekitar kawasan Maarad (kawasan penempatan utama pelajar Malaysia dari Universiti Tanta) diusahakan oleh pelajar dari Malaysia dan Indonesia. Manakala bagi kedai arab kebanyakan menyediakan makanan arab seperti kusyari, tojin, sandwich, pizza dan lain-lain. Terdapat juga kedai makanan segera seperti KFC, Al-Baik, Mo’men, Cook Door, Piza Hut dan lain-lain. Terdapat juga pasar harian dan mingguan untuk barangan mentah manakala kedai runcit wujud hampir di setiap lorong di Bandar Tanta.

Penempatan

Pelajar di Tanta menyewa rumah daripada penduduk tempatan dengan kadar purata antara LE 650 – LE 900 (RM 300 – RM 400) sebulan. Setiap rumah dihuni antara 3 hingga 6 orang. Kawasan utama adalah Maarad bagi penuntut Universiti Tanta dan Siberbay bagi penuntut Universiti Al-Azhar.

Namun terdapat juga penuntut Al-Azhar yang menetap di Maarad. Kebanyakan pasangan yang berkahwin tinggal di Maarad manakala selebihnya menetap di Siberbay. Peralatan rumah seperti peti ais, katil, dapur, tong gas dan pemanas air (sakhonah) kebiasaannya dibeli sendiri atau disediakan oleh pemilik rumah.

Pulang ke Malaysia!

Memandangkan Tanta tidak memiliki lapangan terbang, apabila cuti untuk pulang ke Malaysia pelajar Malaysia boleh mendapatkan khidmat van sewa untuk ke Lapangan Terbang (mator) di Kaherah.

 

About admin

Check Also

DAFTAR MEDIC LUAR NEGARA MENGGUNAKAN TRIAL SPM 2023

Berminat untuk sambung belajar bidang perubatan? Adakah anda merupakan calon SPM 2023?  Tahukah anda, walaupun …

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.