Memorandum Persefahaman di antara Daulah Educonsult Sdn Bhd dan UIN Ar-Raniry

 

16 Januari 2018 – Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry, Banda Aceh, Indonesia.

Telah berlangsungnya majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Pengarah Urusan Daulah Educonsult Sdn Bhd, Tuan Syed Fuad bersama Rektor UIN Ar-Raniry iaitu Prof. Dr. H. Farid Wajdi Ibrahim.

UIN Ar-Raniry adalah disingkatkan menjadi UINAR, merupakan Perguruan Tinggi Negeri yang terletak di Banda Aceh. Antara fakulti yang ditawarkan adalah Syariah dan Hukum, Tarbiyah dan Keguruan, Adab dan Humaniora, Dakwah dan Komunikasi, Ushuluddin dan Filsafat, Ekonomi dan Bisnes Islam, Sains dan Teknologi, Psikologi, Ilmu Sosial dan Pemerintahan dan Program Pascasarjana. 

Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama dan persefahaman di antara syarikat Daulah Educonsult bersama pihak universiti. Di samping itu, syarikat Daulah ingin memperluaskan lagi pilihan kepada pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian di dalam bidang yang diingini ke luar negara.

About admin

mm

Check Also

Keberangkatan Pelajar Daulah ke Rusia bagi Sesi June 2018

Pada 25 Mei 2018 -Dua pelajar Daulah telah terbang ke Russia pada jam 7.45 malam …

×
Hubungi kami