Q&A Mengenai Permohonan ke Turki

Terdapat pelbagai pertanyaan yang kami terima mengenai bagaimana cara-cara ingin memohon pengajian di Turki, apakah syarat-syaratnya dan universiti apa yang ditawarkan.

Disini kami akan jelaskan secara satu per satu.

A) Syarat-syarat minimum untuk memohon :

  • Minimum 12 tahun pengajian. Maksudnya pelajar perlu mempunyai sijil selain SPM seperti STPM, STAM, Matriks, Asasi atau Diploma.
  • Minimum CGPA (STPM/ Matriks/ Asasi/ Diploma) yang diperlukan adalah 3.00 (bergantung kepada bidang dan universiti di pilih)
  • Minimum pangkat keseluruhan STAM adalah Maqbul.

Sekiranya anda telah memenuhi syarat-syarat minimum berikut, anda boleh teruskan untuk pendaftaran.

 

B) Cara-cara untuk mendaftar

  • Mendapatkan informasi mengenai bidang dan universiti yang menjadi pilihan pelajar untuk mendaftar.
  • Mengenal pasti syarat minimum serta universiti tersebut merupakan universiti Awam ataupun Swasta.
  • Pelajar dan ibubapa perlu menghadiri taklimat di pejabat Daulah Educonsult dengan membuat temu janji terlebih dahulu.
  • Membuat persiapan untuk menjalani kursus Bahasa Turki di Turki 6 hingga 8 bulan.

 

 

 

C) Kursus Bahasa Turki

Level bahasa Turki

Level Exam untuk Bahasa Turki  Level (dalam Bahasa Turki) Penerangan mengenai Level
A1 Temel Seviye 2 Kemampuan Asas untuk Berkomunikasi
A2 Temel Seviye 4 Pengetahuan Asas mengenai Bahasa Turki
B1 Orta Seviye 4 Pengetahuan Pertengahan mengenai Bahasa Turki
B2 Yüksek seviye 2 Pengetahuan Bahasa Turki yang Baik 
C1 Yüksek seviye 4 Pengetahuan Bahasa Turki yang Sangat Baik 
C2 Yetkin seviye Pengetahuan bahasa di peringkat akademik, mungkin lebih baik daripada pembicara asli.
  • Ianya terdapat 6 peringkat (level) iaitu A1, A2, B1, B2, C1 dan C2 (sama juga seperti kita di Malaysia iaitu MUET; Band 1 – 6)
  • Level Bahasa Turki adalah bergantung kepada syarat kemasukan universiti dan bidang yang pelajar mohon. 
    Contoh: Pelajar ingin memohon bidang Sejarah Islam di Universiti Ankara – minimum Bahasa Turki yang diperlukan adalah B1.
  • Tempoh kursus tersebut berlangsung adalah 8 bulan – 10 bulan maksimum.
  • Setiap kursus bagi level bahasa Turki adalah berjumlah 720 Lira.
  • Anggaran tempoh untuk melengkapkan satu level adalah sebulan.
  • Kebiasaannya kursus bahasa Turki ini dijalankan di Fateh Sultan Mehmet University.

 

D) Ujian Yos

  • Ianya merupakan ujian kemasukan kepada pelajar luar negara yang ingin memohon ke Universiti Awam di Turki.
  • Ianya mengandungi 45 soalan berteraskan IQ dan 35 soalan berteraskan Matematik, jadi jumlah soalan adalah sebanyak 80 soalan objektif.
  • Soalan tersebut direka dalam bahasa English dan Turki.
  • Ujian tersebut dijalankan selama 90 minit – 120 minit, bergantung kepada universiti.
  • Pelajar dilarang untuk membawa masuk kalkulator ke dalam dewan peperiksaan.
  • Ujian Yos adalah berbeza mengikut Universiti. Pelajar boleh mengambil ujian Yos lebih daripada satu tempat bergantung kepada universiti yang menjadi pilihan pelajar.
  • Yuran ujian Yos adalah antara 50 – 100 USD, bergantung kepada universiti.
  • Tempoh sah keputusan ujian Yos adalah 1 tahun.

 

E) Ujian English/ Ujian Kemasukan Universiti

  • Ujian khas yang dilakukan oleh setiap Universiti Swasta di Turki kepada pelajar luar negara yang memohon.
  • Bergantung kepada universiti untuk mengadakan ujian atau tidak.
  • Keputusan Ujian Peperiksaan Bahasa English yang biasanya diminta adalah Test Of English as Foreign Language (TOEFL)

About admin

mm

Check Also

(2018) INTAKE PENDAFTARAN KE TURKI KINI DIBUKA !

  PENDAFTARAN KE UNIVERSITI DI TURKI SESI SEPTEMBER 2018 Antara universiti-universiti yang ditawarkan di Turki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×
Hubungi kami