Home / Kenali Daulah Educoncult Sdn Bhd

Kenali Daulah Educoncult Sdn Bhd

Pengenalan

Daulah Educonsult adalah sebuah syarikat berdaftar (975521-H) yang dibina atas semangat dan keyakinan terhadap dunia pendidikan. Pendidikan pada hari ini merupakan sebuah elemen yang sangat penting dalam usaha menyusun ketamadunan seiring dengan perkembangan zaman.

Daulah Educonsult percaya bahawa pendidikan dan pengajaran adalah hak yang wajar dikongsi oleh semua insan. Kepercayaan inilah yang dipegang oleh Daulah Educonsult dalam menabur bakti di dalam bidang ini.

Misi
  • Merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan Daulah Educonsult ke arah melahirkan individu yang berpengetahuan dan berkebolehan dalam pelbagai bidang.
  • Menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing dan berkualiti tinggi.
Visi
  • Menjadi syarikat konsultan pendidikan pilihan utama kepada rakyat Malaysia menjelang 2025.
  • Menjadi sebuah syarikat yang mencapai pengiktirafan antarabangsa dalam pembangunan industri pendidikan.
  • Melahirkan golongan pelajar yang dinamik, berdedikasi dan terbilang dari segi akademik.
Latar Belakang Syarikat
Pengarah Urusan Daulah Educonsult : Syed Fuad Syed Othman

Daulah Educonsult mendapat inspirasi dari pengalaman manis dan pahit yang telah dialami pengasasnya iaitu Syed Fuad Syed Othman selama menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Pengalaman menikmati suasana pembelajaran di Mesir merupakan pengalaman yang sangat menarik dan sukar dilupakan.  

Bermula dari pengalaman memegang beberapa portfolio penting dalam kepimpinan organisasi pelajar selama di Mesir, pengasasnya mula memerhati dan mendalami suasana sosiobudaya di Mesir. Semangat membantu pelajar-pelajar baru ketika itu berkembang dan terus berkembang. Pada tahun 2008, pengasas Daulah Educonsult telah dilantik menjadi Pegawai Hal Ehwal Pelajar AQ Mesir. Sebagai wakil syarikat tersebut di Mesir, beliau telah membina hubungan baik dengan universiti-universiti di Mesir. Peluang tersebut benar-benar membantu beliau untuk menguasai selok-belok birokrasi dan prosedur pendaftaran pelajar ke universiti-universiti di Mesir.

Pada tahun 2012, sepulangnya beliau dari Mesir, berbekalkan 4 tahun pengalaman mengurus pendaftaran dan penempatan pelajar, Daulah Educonsult ditubuhkan bagi merealisasikan impian beliau dalam bidang pendidikan ini.

Carta Organisasi Daulah Educonsult

Perkhidmatan yang Disediakan

Daulah Educonsult memulakan langkah awal dengan menyediakan khidmat nasihat bagi mereka yang memerlukan khususnya berkait dengan perihal pemilihan bidang pengajian dan institusi pengajian. Menyedari kepelbagaian tahap kemampuan insan dan mempercayai keajaiban yang bakal muncul dari cita-cita dan semangat, menjadi aspirasi syarikat ini dalam memberikan khidmat nasihat.

Khidmat nasihat ini akan disusuli dengan perkhidmatan pendaftaran dan penempatan di institusi yang telah dipilih.

Institusi Pengajian yang Ditawarkan

Ramai dikalangan lepasan SPM atau yang setara dengannya menghadapi kebingungan untuk memilih bidang pengajian dan tempat pengajian. Kebingungan itu mungkin disebabkan beberapa faktor seperti keputusan peperiksaan, maklumat mengenai bidang pengajian dan juga maklumat mengenai institusi pengajian. Daulah Educonsult amat sukacita untuk membantu mereka yang menghadapi masalah seperti ini.

Daulah Educonsult juga menawarkan perkhidmatan bagi beberapa institusi pengajian luar negara seperti berikut :-

Negara Universiti
Mesir 
Rusia 
Poland
Bangladesh
Indonesia
Turki
India 

 

Lokasi Syarikat
                                                                                   
Kelebihan & Keistimewaan Daulah
  • Pengalaman yg luas dalam menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya Mesir
  • Mempunyai networking yang bagus dengan pelbagai pihak di Mesir
  • Kos yuran perkhidmatan termurah hanya ditawarkan oleh Daulah Educonsult
  • Pengasas dan pihak Daulah dapat dihubungi setiap masa
  • Ibubapa dan pelajar boleh terus hubungi/berjumpa dengan pengarah urusan/pengasas Daulah
  • Konsultasi akademi pelajar secara menyeluruh dilaksanakan oleh pengasas daulah sendiri
  • Pengasas Daulah Educonsult merupakan Mantan Pegawai HEP di Mesir 2008-2011
  • Pengasas Daulah Educonsult merupakan graduan fakulti bahasa arab & sastera , Universiti Al Azhar , Kaherah.
  • Pengasas Daulah Educonsult aktif dalam kepimpinan pelajar di Mesir sejak 2003-2011.
  • Pengasas Daulah Educonsult aktif dalam kepimpinan organisasi di peringkat negeri Selangor.
  • Pengasas Daulah Educonsult merupakan lulusan Pondok Modern Darussalam Gontor , Indonesia.
Keistimewaan Institusi yang Ditawarkan
  • Universiti terkemuka dan diiktiraf oleh JPA, MQA, MDC, MMC, MPS, MVC
  • Pilihan negara dan lingkungan yang islamik
  • Asasi dan Matrikulasi tidak diperlukan bagi kemasukan ke Mesir dan Pre-Med di Rusia
  • Kos pengajian yang rendah
  • Kos sara hidup yang rendah
  • Berpeluang mendalami ilmu-ilmu agama
  • Boleh menguasai bahasa Asing (Arab, Rusia, Polish, Inggeris, Indonesia) 
  • Pengajian dalam bahasa Inggeris sepenuh ( bagi bidang Perubatan , Pergigian dan Farmasi )
  • Pengajian dalam Bahasa Arab Fushah ( bagi kursus ulum islamiah di Universiti Al-Azhar )
  • Hanya menggunakan sijil SPM untuk memohon masuk fakulti Perubatan , fakulti Pergigian , fakulti Farmasi dan fakulti Ulum Islamiah di negara Mesir
  • Untuk Fakulti Ulum Islamiah , hanya menggunakan sijil SPM , STAM tidak diperlukan
Ikuti Kami

 

 

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.