Bantuan Kewangan & Tajaan

1. Pengeluaran Caruman KWSP

logo_kwsp

Ibu-bapa yang ingin membuat pengeluaran pendidikan melalui akaun-2 caruman KWSP , perlulah mendapatkan ” Surat Pengesahan ” daripada pihak Daulah Educonsult terlebih dahulu.

Dokumen yang diperlukan untuk pengeluaran pendidikan ialah:-

  1. Borang Pengeluaran – Pendidikan 9H (AHL) – diisi ( sila klik utk muat turun borang )
  2. Salinan kad pengenalan ( disahkan )
  3. Salinan slip@sijil SPM ( disahkan )
  4. Salinan surat tawaran ( disahkan )
  5. Surat pengesahan dari Daulah Educonsult

 

2. Pembiayaan Pendidikan i-Falah Bank Rakyat

http://www.bankrakyat.com.my/edu-financing-i-falah

bank rakyat

Pembiayaan Pendidikan-i Falah adalah sejenis kemudahan pembiayaan bagi membiayai kos untuk mengikuti pengajian atau kursus di dalam dan luar negeri iaitu bagi sepenuh masa, separuh masa dan melalui pos. Kursus-kursus yang dibiayai ialah dari segi akademik, profesional, vokasional, teknikal dan persijilan.

Konsep

Bai` `Inah (Komoditi).

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan
  • Pemohon adalah pelajar: Berkerja dan Berpendapatan Tetap
  • Pemohon bukan pelajar:  Memohon menerusi Ibu/Bapa, Penjaga sah, Suami/Isteri atau adik beradik
  • Tidak muflis

Jumlah Pembiayaan

  • Maksimum RM200,000

Tempoh Pembiayaan

  • Maksimum 10 tahun

 

Pengajian/Kursus Yang Dibiayai

  • Profesional
  • Akademik
  • Teknikal
  • Vokasional

 

Pencapaian Pengajian/Kursus

  • Doktor Falsafah
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Diploma
  • Sijil

*Kursus bertaraf sijil adalah meliputi bidang – bidang kemahiran yang terdapat dalam pelbagai jenis industri.
 

Kos Yang Dibiayai

  • Yuran Pendaftaran Masuk
  • Yuran Pengajian
  • Yuran Makmal
  • Yuran Peperiksaan
  • Peruntukan membeli buku dan peralatan pembelajaran
  • Kos penempatan dan sara hidup
  • Peruntukan membeli pakaian
  • Kos satu penerbangan Kelas Ekonomi pergi balik*

* Untuk kursus luar negara sahaja

Penjamin

  • Seorang penjamin yang berkelayakan sahaja yang diperlukan
  • Pelajar dikehendaki menjadi penjamin

Cagaran

  • Hartanah
  • Sijil Pelaburan Bank Rakyat
  • Saham Amanah (yang dikeluarkan oleh PNB)

 

Cara Bayaran Ansuran Pembiayaan

  • Potongan melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
  • Potongan gaji oleh majikan
  • Cek tertangguh (Post Dated Cheque)
  • Potongan Akaun Simpanan Bank Rakyat

 

Dokumen Yang Diperlukan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN PERMOHON PENJAMIN
Salinan foto Kad Pengenalan (MyKad)
Salinan asal slip gaji
Penyata Cukai Pendapatan terakhir (jika berkenaan).
Salinan foto Kad Pengenalan (MyKad) penuntut.
Surat kelulusan mendapat tempat pengajian.
Bukti pendapatan yang stabil.
Pengesahan bertulis jawatan oleh majikan masing-masing.
Jika bercagarkan tanah:
  • Laporan Nilaian tanah.
  • Salinan foto geran tanah.

 

Pengesahan dari majikan bersetuju membuat:

  • Potongan gaji untuk bayaran ansuran pembiayaan atau
  • Surat kebenaran potongan Akaun Simpanan atau
  • Borang BPA 1/79 yang telah ditandatangani dan disahkan oleh majikan.

 

Kadar Keuntungan

BIL TEMPOH PEMBIAYAAN ANGGOTA BUKAN ANGGOTA
1 Sehingga 5 tahun KAP + 0.00 KAP + 0.50
2 Melebihi 5 hingga 10 tahun KAP + 0.50 KAP + 1.00

Fi & Caj

JENIS CAJ/YURAN JUMLAH
Duti Setem 0.5% dari jumlah pembiayaan seperti yang terkandung dalam Akta Duti Setem 1949 (Semakan 1989).
Caj Ganti Rugi (Ta`widh) kerana Bayaran Lewat 1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak ketika tempoh pembiayaan
Berdasarkan Kadar Semasa Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam ke atas baki prinsipal tertunggak selepas tamat tempoh pembiayaan.
  • Anda dinasihati untuk mengambil perlindungan Takaful Berkelompok daripada syarikat takaful yang dilantik oleh Bank.

 

Helaian Pendedahan Produk

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *