Penyediaan Bank Draft

Penyediaan Bank Draft

BANK DRAFT (PEMBAYARAN YURAN KE UNIVERSITI)

 

Kepada Pelajar/Ibubapa yang dihormati , bagi membayar yuran ke pihak Universiti , ada 2 pilihan yang Tuan/Puan boleh pilih :

 

Pilihan Pertama :

Tuan/Puan membuat pembayaran terus ke Pihak Daulah sejumlah yg ditetapkan untuk yuran pengajian tahun pertama dan pihak Daulah yang akan menguruskan dengan pihak Bank dan seterusnya akan menguruskan penghantaran bank draft tersebut ke Mesir dan membuat pembayaran ke pihak universiti yang berkenaan bagi pihak tuan/puan .

Universiti Al-Azhar = 2000 USD x 3.2 + RM50 = RM 6450 ( Fakulti Perubatan & Pergigian )

Universiti Al-Azhar = 1000 USD x 3.2 + RM50 = RM 3250 ( Fakulti Ulum Islamiah )

Universiti Zagazig = 2000 USD x 3.2 + RM50 = RM 6450 ( Fakulti Perubatan )

Universiti Zagazig = 2500 USD x 3.2 + RM 50 = RM8050 ( Fakulti Farmasi )

Universiti Tanta = 8000 USD x 3.2 + RM50 = 25,650 ( Fakulti Pergigian )

Universiti Alexandria = 8000 USD x 3.2 + RM50 = 25,650 ( Fakulti Perubatan )

Universiti Mansoura = 2000 USD x 3.2 + RM 50 = RM 6450 ( Fakulti Perubatan Manchester )

 

Pilihan Kedua :

1. Tuan/Puan buat bank draft di CIMB Bank / Bank Islam / Maybank sejumlah yuran yg ditetapkan oleh pihak universiti . dan menyerahkan bank draft tersebut kepada pihak Daulah sebelum tarikh akhir yg pihak Daulah tetapkan utk dibawa ke Mesir. Jangkaan tarikh kemungkinan sebelum 15 November 2012 . tetapi tarikh ini mungkin berubah mengikut kepada jadual pemberangkatan ke Mesir kelak . Jika setelah tarikh tersebut , tuan puan boleh mengirimkan terus ke anak tuan puan dan anak tuan puan boleh buat pembayaran terus ke pihak Universiti .

2. Di belakang bank draft tersebut sila tulis detail berikut :

- Nama penuh pelajar

- No kad pengenalan

- Fakulti pengajian & Universiti

- No HP pelajar di Mesir

3. Sila hantarkan bank draft tersebut kepada pihak Daulah ” by hand ” atau dengan menggunakan pos laju atau post berdaftar sahaja . ini demi mengelakkan kehilangan bank draft tersebut .

Bank Draft dibuat atas nama :

Universiti Al-Azhar = ” PRESIDENT AL-AZHAR UNIVERSITY “

Universiti Zagazig = ” PRESIDENT ZAGAZIG UNIVERSITY “

Universiti Mansoura = ” UNIVERSITY OF MANSOURA, EGYPT “

Universiti Tanta = ” DEAN FACULTY OF DENTISTRY , TANTA UNIVERSITY “

Universiti Alexandria = ” ALEXANDRIA FACULTY OF MEDICINE “

 

bank draft web