Perubatan Di Mesir

PENGAJIAN PERUBATAN DI MESIR

 

untuk muka depan

 

Malaysia adalah sebuah negara yang sedang pesat berkembang. Sasaran menjadi sebuah Negara maju menjelang 2020 yang dulu dipopularkan dengan istilah ‘Wawasan 2020’ menjadi perhatian segenap masyarakat yang bertanggungjawap. Pembangunan, pendidikan, ekonomi antara elemen-elemen penting yang sangat dititikberatkan. Seiring dengan perkembangan ini, kualiti hidup masyarakat Malaysia juga turut meningkat. Semakin hari semakin banyak hospital dibuka. Doktor-doktor menjadi pemain utama dalam ruang ini. Bahkan, ada pihak yang mengatakan doktor adalah sangat diperlukan dan masih kurang.

Perkara ini menarik perhatian Daulah Educonsult. Membantu para pelajar mengisi ruang kosong dibidang perubatan, pergigian dan farmasi adalah suatu usaha yang sangat mulia.

 

Persoalan yang timbul adalah, dimanakah tempat yang sesuai untuk menceburi bidang ini?

Daulah Educonsult mencadangkan Mesir sebagai jawapan. Ya, Mesir adalah sebuah negara yang sesuai untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang ini. Sejak era 70an lagi, kerajaan Malaysia telah menghantar para pelajar ke Mesir untuk mempelajari bidang perubatan.

Mesir telah berjaya melahirkan ramai tokoh dalam bidang ini yang berjaya, antaranya :

1. Dato’ Amin Ariff Nuruddin ( MBBCH ) University of Mansoura , yang sekarang bertugas sebagai Konsultan Kardiologi, Institut Jantung Negara.

2. Prof Ibrahim b. Jantan ,memperoleh ijazah dalam bidang farmasi dari Universiti Mansurah, Mesir 1980. Kini beliau menjawat sebagai Dekan Fakulti Farmasi , Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Dr. Danial bin Zainal Abidin, memperoleh ijazah M.B.Ch.B. di Universiti Iskandariah, Mesir pada tahun 1981. Kini beliau sekarang ialah sebagai Pengarah Urusan kepada syarikat Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. Beliau juga ialah pengurus dan pengamal perubatan di Klinik Syifa, Gelugor, Pulau Pinang.

Tokoh-tokoh ini adalah antara produk penting yang telah dihasilkan oleh universiti-universiti di Mesir. Ia jelas menunjukkan bahawa pendidikan dalam bidang-bidang ini tidaklah ketinggalan jika dibanding dengan universiti-universiti lain di negara lain. Tanpa perlu menafikan beberapa kekurangan dan kelebihan yang ada pada setiap tempat dan negara.

Daulah Educonsult menyedari dari beberapa sudut mungkin ada perkara yang boleh dianggap kekurangan atau kelemahan, seperti sudut peralatan, fasiliti dan sebagainya. Namun, Daulah Educonsult melihat ada kelebihan yang jauh lebih penting iaitu perkara berikut :

 

• Yuran pengajian dan kos sara hidup

Yuran pengajian dan kos sara hidup adalah perkara penting yang pertama sekali perlu difikirkan oleh para calon pelajar. Yuran pengajian di Mesir adalah diantara yang rendah jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain seperti United Kingdom, Rusia ,Amerika Syarikat, Indonesia , India dan lain-lain.

Begitu juga dengan kos sara hidup. Rumah sewa, makanan dan keperluan lain di Mesir adalah murah jika dibanding dengan negara Arab lain seperti Jordan, Qatar dan lainnya. Tentulah perbandingan ini akan semakin ketara jika dibandingkan dengan negara-negara barat dan Eropah.

 

• Sosial dan budaya

Perkara penting yang turut menjadi pertimbangan adalah perkara sosial dan budaya. Walaupun sosial dan budaya bukanlah penentu karakter seseorang, namun kita juga tidak dapat menafikan pengaruh kedua faktor ini pada diri seseorang. Maka hal ini wajar dipertimbangkan.

Majoriti masyarakat Mesir terdiri dari mereka yang beragama Islam. Ramai yang beranggapan bahawa masyarakat muslim di Mesir memiliki pegangan agama yang agak kuat. Ini kerana kewujudan Universiti Al-Azhar di Mesir telah banyak mempengaruhi dan membantu kefahaman Islam di Mesir.

 

• Bahasa Arab

Sehingga hari ini, kita masih sering mendengar keluhan ramai orang yang ingin mempelajari bahasa Arab dan tidak berjaya. Peluang menyambung pelajaran di Mesir akan membantu ramai orang untuk memperoleh kejayaan dalam hal ini juga.

Seperti yang kita sedia maklum, bahasa Inggris bukanlah suatu yang sukar dicapai bagi kita rakyat Malaysia. Pendidikan bahasa Inggris di Malaysia adalah sangat baik di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Untuk itu, mereka yang belajar di Mesir akan mendapat nilai tambah apabila mereka berkemampuan menguasai bahasa arab dan bahasa inggeris sekali gus.

Perlu kita ingat bahawa pasaran Timur Tengah adalah suatu pasaran yang sangat baik bahkan bagi kerjaya di bidang perubatan, pergigian, kejururawatan dan farmasi. Bahkan yang lebih utama adalah kita dapat serba sedikit menikmati indahnya bahasa arab dalam solat dan bacaan quran kita.

 

• Destinasi Pelancongan

Mesir adalah sebuah negara yang sangat kaya dengan sejarah kunonya. Bermula dari ketamadunan yang terawal. Peninggalan Firaun yang telah dijadikan sebagai pengajaran penting bagi manusia antara yang paling terkenal. Tak ketinggalan Bukit Tursina yang menyaksikan peristiwa Bani Israel.

Keindahan pemandangan di Mesir juga suatu yang sangat istimewa dan perlu diperhatikan. Padang pasir putih di Farafra, padang pasir hitam di Bahriyya dan padang pasir di Siwa antara padang pasir-padang pasir yang istimewa di Mesir. Pemandangan gersang dan kosong seakan tiada penghujung, lalu kita menemui oasis atau sumber air di sesuatu tempat. Sekitar itu penuh dengan kehijauan dan kehidupan. Pemandangan yang sangat indah.

Laut Merah dan Laut Mediteranian juga antara keindahan yang mendapat sambutan hangat pelancong antarabangsa di setiap masa. Pengalaman ber-snockling dan diving tentunya bakal menjadi pengalaman indah selama di Mesir.

 

Demikianlah serba sedikit pengenalan tentang Mesir yang menjadi tawaran kami. Daulah Educonsult sangat berharap dapat membantu anda menggapai cita-cita dan berbakti kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *