Soalan-Soalan Lazim

ANDA BERTANYA, TUAN SYED MENJAWAB…

 

1. Saya telah baca semua maklumat di website Daulah Educonsult , dan saya dah faham dan ingin mendaftar sekarang . apa langkah yg perlu saya buat utk pendaftaran ?

Pertama sekali anda download borang pendaftaran dari website Daulah . print dan isi dengan lengkap . setelah itu anda lengkapkan dokumen lain yg terdapat di dalam senarai dokumen lampiran . dan pos kan kepada kami atau boleh hantar terus ke pejabat Daulah Educonsult.

 

2. Apa dokumen-dokumen yang perlu saya siapkan utk dihantar kepada pihak Daulah Educonsult untuk proses pendaftaran ?

Senarai dokumen tersebut boleh dilihat di link berikut : (klik link berikut)

Senarai dokumen lampiran yang diperlukan bagi permohonan bidang Perubatan-Pergigian-Farmasi-Ulum Islamiah

Senarai dokumen lampiran yang diperlukan bagi permohonan bidang Syariah Islamiah-Usuluddin-Bahasa Arab

 

 

3. Adakah borang SSLN-KPT & borang STH-KPT harus diisi juga ?

Ya , bagi pelajar yg ingin memohon bidang perubatan , pergigian dan farmasi , borang ini harus diisi dengan lengkap . sedangkan pelajar yg ingin memohon bidang ulum islamiah, syariah islamiah, usuluddin dan bahasa arab , kedua-dua borang ini tidak diperlukan .

 

4. Adakah Daulah Educonsult berdaftar dan mempunyai lesen ?

Ya, Daulah Educonsult merupakan syarikat Sdn Bhd yang berdaftar secara resmi dan nombor pendaftaran syarikat adalah 975521-H .

 

5. Tuan Syed, saya sekarang ini pelajar di Matrikulasi. Saya ingin ambil bidang perubatan tapi pointer saya di Matrikulasi kurang sedikit sahaja, jadi saya tidak berpeluang ambil bidang perubatan di Malaysia. Bolehkah saya mendaftar untuk ambil bidang perubatan di Mesir ?

Boleh, keputusan matrikulasi anda tidak dilihat oleh pihak Universiti di Mesir . hanya keputusan SPM sahaja yang dinilai . Anda boleh terus mendaftar kepada pihak kami untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir .

 

6. Tuan Syed, saya masih ada setahun lagi di Matrikulasi dan kawan saya ada beberapa bulan lagi untuk tamatkan pengajian di Matrikulasi . Adakah kami perlu tunggu sehingga kami tamat di Matrikulasi ini baru boleh mendaftar utk sambung pengajian dalam bidang perubatan/pergigian/farmasi di Mesir ?

Tidak perlu, sekiranya anda ingin sambung pengajian dalam bidang perubatan/pergigian/farmasi di Mesir, tidak perlu menunggu sehingga tamat di Matrikulasi baru mendaftar. Anda boleh terus mendaftar dengan pihak kami untuk kami terus uruskan proses permohonan anda.

 

7. Tuan Syed, saya ingin bertanya . adakah saya perlu ambil foundation atau matrikulasi dalam bidang sains untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan/pergigian/farmasi di universiti-universiti terkemuka di Mesir ?

Tidak perlu sama sekali , istimewanya universiti-universiti di Mesir ini, penilaian kemasukan hanya berasaskan keputusan SPM . bukan foundation atau matrikulasi. Sebaik sahaja anda tamat SPM, anda dah boleh mendaftar kepada Daulah Educonsult utk kami uruskan .

 

8. Saya sekarang di Foundation dan Matrikulasi, kalau berdasarkan penerangan tuan sebentar tadi , university di Mesir hanya menilai dari SPM . jadi saya tak perlulah sambung foundation dan matrikulasi saya ini ?

Memang tidak perlu, untuk apa anda habiskan masa anda setahun utk ambil foundation atau matrikulasi jika anda boleh terus daftar dan pergi ke Mesir utk bidang pengajian yg anda inginkan . anda telah menjimatkan masa setahun anda dengan terus masuk ke tahun 1 fakulti perubatan/pergigian/farmasi di universiti-universiti di Mesir.

 

9. Tuan Syed, saya ahmad faizal, baru selesai ambil SPM . saya berminat untuk sambung pengajian dalam bidang ulum islamiah di universiti Al Azhar . adakah saya perlu ambil STAM untuk melayakkan saya masuk ke fakulti tersebut ?

Tidak perlu, MOU khusus kerajaan Malaysia dan Universiti Al Azhar memutuskan bahawa untuk masuk ke Fakulti Ulum Islamiah di universiti Al Azhar harus menggunakan sijil SPM , bukan STAM . Tetapi jika anda telah memiliki STAM , anda masih berpeluang masuk ke Fakulti Ulum Islamiah dengan sijil SPM anda yg sebelum itu.

 

10.Tuan Syed, saya sedang mengikuti kelas untuk ambil STAM . saya baru dapat tahu yang saya boleh memohon masuk ke Fakulti Ulum Islamiah , Universiti Al-Azhar dengan menggunakan sijil SPM saya . adakah saya perlu teruskan pengajian dan ambil STAM ini atau saya boleh terus daftar dan pergi ke Mesir utk masuk ke Fakulti Ulum Islamiah tersebut ?

Anda tidak perlu meneruskan pengajian dan ambil STAM tersebut sekiranya anda berminat untuk masuk ke Fakulti Ulum Islamiah , Universiti Al-Azhar. Segera buat permohonan kemasukan kepada pihak Daulah untuk kami uruskan proses permohonan anda. Anda dah jimat setahun dan terus masuk ke universiti Al-Azhar.

 

11. Tuan Syed, saya sedang mengambil STAM tahun ini . saya baru dapat tahu tentang Fakulti Ulum Islamiah, Universiti Al Azhar tersebut. Masih sempat ke saya daftar untuk masuk ke Fakulti tersebut ?

Insyallah masih sempat , asalkan sijil SPM anda terakhir adalah tahun 2014 . jika anda mengambil SPM 2013, pihak Universiti Al-Azhar tidak dapat menerima permohonan anda . Ketetapan Universiti Al-Azhar adalah SPM tahun 2014 ( terakhir ) , tapi jika SPM anda tahun 2016, bermakna anda sangat layak utk memohon ke Fakulti Ulum Islamiah . Pihak Universiti Al-Azhar hanya mengambil kira sijil SPM 3 tahun kebelakang sahaja . tidak lebih dari itu.

 

12. Tuan Syed, saya selalu dengar nama Fakulti Syariah Islamiah, Fakulti Ushuluddin dan Fakulti Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar. Tapi Daulah Educonsult hanya menyebut dan mencadangkan Fakulti Ulum Islamiah sahaja . Apa keistimewaan Fakulti Ulum Islamiah ini tuan Syed ?

Fakulti Ulum Islamiah merupakan sebuah fakulti yang menggabungkan ketiga-tiga fakulti tersebut ( fakulti syariah islamiah,fakulti ushuludddin, fakulti bahasa arab ) . apa yang dipelajari di ketiga tiga fakulti tersebut dirangkum dan dimuatkan untuk dipelajari dengan lebih sistematik dan berkesan di Fakulti Ulum Islamiah. Dalam masa yang sama , tenaga pengajar di Fakulti Ulum Islamiah merupakan pensyarah pensyarah terpilih dan memiliki reputasi yg tinggi dan penyampaian pensyarah menggunakan bahasa arab fushah 100%. Juga merupakan keistimewaan lain yg terdapat di Fakulti Ulum Islamiah ialah jumlah pelajar dalam kelompok yang kecil di dalam satu kelas, ianya membuat pelajar lebih mendapat perhatian dari pensyarah. Perbezaan dari segi kelompok pembelajaran ini sangat dapat dirasakan jika kita bandingkan dengan kelompok pembelajaran di Fakulti Syariah Islamiah, Fakulti Ushuluddin dan Fakulti Bahasa Arab.

 

13. Tuan Syed, bagaimana Tuan Syed boleh nyatakan bahawa perbezaan kelompok pembelajaran antara Fakulti Ulum Islamiah dengan 3 Fakulti lainnya itu sangat ketara ? dan bagaimana Tuan Syed boleh katakan bahawa penyampaian pensyarah di 3 Fakulti tersebut tidak sama seperti penyampaian pensyarah di Fakulti Ulum Islamiah ?

Alhamdulillah, saya mengetahui perbezaan tersebut melalui pengalaman saya sendiri. Saya merupakan graduan Universiti Al-Azhar dari Fakulti Bahasa Arab. Professor Dr Husaini Hilal yang merupakan mantan presiden Al Azhar, mantan menteri wakaf Negara Mesir, merupakan pensyarah tahun akhir saya di Fakulti Bahasa Arab, Universiti Al Azhar, Kaherah.

 

14. Tuan Syed, saya ingin memohon masuk ke bidang syariah islamiah universiti Al-Azhar, adakah tuan syed boleh bantu uruskan ? dan apa syarat permohonannya ?

Ya, pihak Daulah juga membantu menguruskan permohonan masuk ke bidang Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar dan anda boleh memohon melalui pihak kami. syaratnya adalah anda harus memiliki sijil STAM dan mendapat minimal gred Jayyid. dan tidak boleh ada yang gagal dalam sijil tersebut. selain dari bidang Syariah Islamiah, pihak Daulah juga menguruskan kemasukan ke bidang Usuluddin dan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar.

 

15. Adakah pihak Daulah boleh menguruskan pembuatan passport baru untuk pelajar ?

Pembuatan passport baru di lakukan oleh ibubapa atau pelajar itu sendiri , tetapi dengan adanya offer letter yang diberikan oleh pihak Daulah, maka pembuatan passport tersebut boleh mendapatkan potongan harga sebanyak 50% dengan syarat pelajar tersebut di bawah 21 tahun . ( ketetapan ini dibuat oleh imigresen )

 

16. Adakah pihak Daulah boleh menguruskan tiket penerbangan pelajar utk tahun terakhir kelak ataupun untuk cuti semester ?

Insyallah boleh jika ada permintaan dari ibu bapa atau pelajar

 

17. Bagaimana dengan pengurusan pelajar apabila sampai di Mesir ? adakah disediakan guide untuk memberi sedikit tunjuk ajar mengenai cara berkomunikasi dan mengenali tempat-tempat disana seperti jalan ke Universiti dan sebagainya ?

Pihak Daulah akan menguruskan bermula dari tiba di Mesir sehinggalah memberi tunjuk ajar mengenai cara berkomunikasi dan mengenali tempat-tempat penting di Mesir .

 

18. Bagaimana sistem pembelajaran di Mesir, adakah kuliah bercampur antara lelaki dan perempuan seperti di Malaysia ?

Untuk Universiti Al-Azhar, kuliah dipisahkan antara lelaki dan perempuan walaupun berada di dalam Fakulti yang sama. Sedangkan untuk Universiti Zagazig, Tanta, Mansoura dan Alexandaria , kuliah disana bercampur antara lelaki dan perempuan ( pelajar Malaysia ) dan dalam masa yg sama dititik beratkan nilai nilai islam antara mereka.

 

19. Saya Syida, saya berminat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Zagazig , saya dengar kalau belajar disana wajib hafal Al-Quran , benarkah begitu ?

Wajib menghafal Al-Qur’an hanya diterapkan di Universiti Al-Azhar. Walaupun begitu, Universiti Al-Azhar tidak memberatkan mahasiswanya dengan juz juz yg banyak, ianya bermula dari Juz 30, dan hanya 4 Juz maksimum sehingga habis belajar di Universiti Al-Azhar ( 6 tahun ). Ianya tidak membebankan pelajar Malaysia .sedangkan untuk pelajar Arab , memang diwajibkan 30 Juz.

Untuk universiti selain Al-Azhar, tidak diterapkan sama sekali wajib menghafal Al-Quran dan tidak ada ujian Al-Quran sebagai syarat kelulusan.

 

20. Saya Mahmud, saya pelajar dari Sek Men Kebangsaan,saya ada terdengar khabar yang mengatakan di Universiti Al-Azhar ada disertakan matapelajaran dalam B.Arab, Bagaimana dengan pelajar yang tiada asas Bahasa arab, bolehkah melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, adakah saya layak memohon bidang perubatan di Al-Azhar ?

Anda layak memohon sekiranya 8 subjek SPM anda menepati syarat. syarat utk memohon bidang perubatan dan pergigian di Universiti Al-Azhar tidak diwajibkan mahir bahasa arab walaupun akan ada subjek arab disitu. Ianya boleh dipelajari sedikit demi sedikit. Namun begitu , subject bahasa arab perlu ada di dalam subject SPM saudara.

 

21. Saya yusof, abang saya pernah mengaji di Mesir . saya ingin bertanya kepada Tuan Syed, adakah kami dibenarkan mengikuti mana2 pertubuhan pelajar Malaysia di Mesir ?

Ya dibenarkan selagi ianya bermanfaat.

 

22. Saya Aisyah, saya belum pernah travel ke luar Negara. Bagaimanakah cara untuk kami berhubung dengan keluarga apabila berada disana nanti ?

Dengan teknologi masa kini, Aisyah dan kawan kawan boleh berhubung dengan keluarga sama ada melalui whassap, viber, FB , sms,telefon,skype,chatting dan sebagainya.

 

23. Maaf saya ingin bertanya, secara umum berapakah kos perbelanjaan sara hidup untuk sebulan di Mesir ?

Sebenarnya untuk perbelanjaan sara hidup ini adalah subjektif. Ia bergantung pada bagaimana perbelanjaan mahasiswa tersebut. Cuma, berdasarkan pengalaman dan maklumat kami, untuk di Kaherah dan Alexandria cukup RM 500- RM 600 sebulan. Sedangkan di Zagazig, Mansoura dan Tanta, cukup RM 350 – RM 450 sebulan .

 

24. Adakah keadaan politik disana terjamin selamat ?

Setelah revolusi Mesir yang tercetus pada awal 2011 , keadaan Mesir kembali pulih dan stabil seperti sebelumnya dan barisan kepimpinan Negara Mesir yang baru lebih nampak kewibawaannya berbanding sebelum ini. Ekonomi Mesir juga semakin membaik dan mengukuh.

 

25. Tuan Syed,saya ingin bertanya adakah pelajar-pelajar akan tetap berada di rumah sewa yang pihak Daulah sediakan sehingga tahun terakhir ? ataupun ada kelonggaran sekiranya pelajar ingin mencari rumah sewa sendiri setelah tahun pertama ?

Tidak wajib utk terus tinggal di rumah yg kami carikan setelah tahun pertama. Anda boleh pindah jika anda ingin mencari rumah sewa yang baru atau tempat yang baru . Ia tergantung perbincangan sesama housemate kalian nanti.

 

26. Sekiranya terdapat masalah di universiti dan tempat tinggal, kepada siapa kami perlu rujuk ?

Pelajar Daulah boleh rujuk pada staf atau penyelaras kami di Mesir. dan juga boleh dibincangkan bersama MT dan EXCO-EXCO Persatuan Sahabat Daulah yang berada dibawah naungan Daulah Educonsult Sdn Bhd.

 

27. Adakah pelajar akan ditempatkan di setiap buah rumah mengikut fakulti atau bercampur fakulti antara satu sama lain ?

Sebaiknya kami akan tempatkan pelajar dari fakulti yang sama di sebuah rumah . Tetapi jika ada permintaan dari pelajar itu sendiri untuk tinggal bersama dgn kawan mereka dari fakulti lain, insyallah boleh diuruskan.

 

28. Untuk fakulti perubatan, adakah mudah untuk kami dapatkan tulang-tulang untuk memudahkan kami mengulang kaji di rumah ? atau sebaiknya kami beli di Malaysia ?

Pada pandangan kami , tidak perlu beli di Malaysia . Insyallah boleh diperolehi di Mesir jika anda ingin beli dan miliki sendiri dengan tujuan mengulang kaji di rumah.

 

29. Adakah ada hidden cost selain yang dipaparkan di yuran perkhidmatan dan yuran pengajian ?

Tidak ada hidden cost sama sekali dari pihak syarikat . apa yg dipaparkan di yuran pengajian dan yuran perkhidmatan itu sahaja . tetapi perlu di ambil kira kos kos lain yg di atas tanggungan pelajar ( ibubapa ) sendiri ketika di Mesir kelak seperti pembelian buku , sara hidup dan hiasan rumah.

Dan juga perlu diambil kira sekiranya pihak fakulti atau universiti mengenakan sebarang kos kecil seperti permohonan tasdiq , permohonan print result dan sebagainya .

 

30. Kenapa kos pembelian buku tidak dimasukkan di dalam kos perkhidmatan sekaligus atau kos pengajian sekaligus ?

Ini dikeranakan tidak semua fakulti dan tidak semua universiti mengenakan bayaran buku kepada pelajar baru . ada fakulti dan universiti yang memberikan secara percuma dan ada yg perlu dibeli oleh pelajar dan jumlah tiap tahun juga berbeza . jadi tidak adil jika kita mengenakan pembayaran sama rata contohnya RM 300 kepada setiap student utk pembelian buku. kerana ada di antara mereka yg akan dapat buku secara percuma dan ada yg perlu di beli bergantung kepada fakulti dan universiti masing masing atas polisi tahunan mereka .

 

31. Bilakah tarikh terakhir permohonan kemasukan sesi 2017 jika saya ingin mendaftar melalui Daulah Educonsult ?

Tarikh terakhir permohonan adalah pd bulan 3/2017 . tetapi sekiranya kouta telah penuh sebelum bulan 3 , maka permohonan akan ditutup serta merta . ini bergantung dari kouta yg ditetapkan oleh pihak Universiti . Kami juga menawarkan tawaran istimewa kepada pelajar yg memohon sebelum 1hb Febuari 2017 atau 25 orang pemohon pertama sahaja. Sila rujuk di jadual pembayaran kami dan info utama di website berkenaan tawaran ini.

 

32. Tuan Syed, bagaimana pengiraan pembayaran premium/denda (Qidam Muahhal) bagi pelajar yang SPM nya terlambat seperti saya, yaitu bukan pada SPM tahun semasa , seperti SPM 2010 , 2009 dan lain-lain ?

Pengiraan bagi sesi pengambilan September 2012 yang lalu seperti berikut :

Pelajar SPM 2011 – Tiada sebarang denda dikenakan

Pelajar SPM 2010 – Dikenakan denda 1 tahun LE 750

Pelajar SPM 2009 – Dikenakan denda 2 tahun yaitu LE 750 x 2 = 

Pelajar SPM 2008 – Dikenakan denda 3 tahun yaitu LE 750 x 3 = 

Begitulah seterusnya …

( Pengiraan denda ini hanya berlaku bagi pelajar universiti selain Universiti Al-Azhar dan pembayaran dibuat terus ke pihak universiti atau akan dikumpulkan dgn persatuan pelajar setelah dimaklumkan di kelas nanti insyallah )

rate LE 750 tersebut lebih kurang RM 180

Pengiraan bagi sesi pengambilan September 2013 pula seperti berikut :

Pelajar SPM 2012 – Tiada sebarang denda dikenakan

Pelajar SPM 2011 – Dikenakan denda 1 tahun LE 750

Pelajar SPM 2010 – Dikenakan denda 2 tahun yaitu LE 750 x 2 = 

Pelajar SPM 2009 – Dikenakan denda 3 tahun yaitu LE 750 x 3 = 

Begitulah seterusnya …

( Pengiraan denda ini hanya berlaku bagi pelajar universiti selain Universiti Al-Azhar dan pembayaran dibuat terus ke pihak universiti atau akan dikumpulkan dgn persatuan pelajar setelah dimaklumkan di kelas nanti insyallah )

Rate LE 750 tersebut lebih kurang RM 180 ( bergantung kepada turun naiknya rate ringgit dan usd )

 

InsyAllah soalan soalan lain beserta jawapan akan ditambah dari semasa ke semasa .

 

4 comments

  1. NUR AZIRAH BINTI MOHAMMAD

    Assalamualaikum Tuan Syed. Saya Azirah sedang melanjutkan pelajaran di KUIM Melaka dan tahun depan 2018 saya grad dalam bidang Diploma Business Information System. Saya ingin bertanya apa yang perlu saya lakukan jika ingin sambung degree di mesir dalam bidang pergigian? adakah saya memerlukan bidang yg tertentu? perlu amik jurusan sains dahulu atau berkaitan pergigian? ataupun mempunyai cadangan dari Tuan Syed bidang apakah sesuai untuk saya?

    • mm

      Waalaikumusalam. Boleh saudari sentkan SPM saudari untuk kami semak kelayakan. Sebab Mesir hanya melihat pada result SPM.
      Saudari boleh emailkan di daulahmedic@gmail.com
      Dan saudari boleh hubungi kami di talian 0189624322 untuk pertanyaan lanjut.

  2. assalamualaikum tuan syed,bagaimana nak tahu kita diterima masuk ke universiti yang kita pilih? katanya peroleh offer letter dari pihak universiti baru dapat tahu diterima atau tidak. adakah sebaik sahaja kita menghantar borang,dalam tempoh tertentu terus diterima masuk?tetapi dengan syarat wajib membayar yuran dahulu.begitu?

    • mm

      Waalaikumussalam saudari aila farihah. Sila hubungi kami untuk mendapatkan info dengan lebih mendalam dan nasihat/konsultasi berkenaan pendidikan anda atau saudari boleh hadir ke pejabat kami di No 1-19, Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, Ampang 55100 Kuala Lumpur

      03 9285 1322 – Pejabat
      018 9624 322 (Customer Service)
      013 2090 322 – Tuan Syed Fuad
      daulahmedic@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *