Syarat Kelayakan Kemasukan Ke Mesir

Permohonan ke Jurusan :

  1. Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Surgeri
  2. Ijazah Sarjana Muda Pergigian & Surgeri
  3. Ijazah Sarjana Sains Farmasi

Mendapat sekurang-kurangnya gred “B” ( B minus atau B ) dalam SPM bagi mata pelajaran berikut ini :

  1. Bahasa Malaysia
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sejarah
  4. Matematik
  5. Matematik Tambahan
  6. Fizik
  7. Biologi
  8. Kimia 

Kiraan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Kementrian Pendidikan Malaysia ialah minimum purata adalah 90% ke atas bidang perubatan dan 85% bagi bidang pergigian dan farmasi untuk 8 subject di atas . Kadar kiraan ini adalah sebagaimana diumumkan oleh pihak KPM . tetapi sekiranya kiraan tidak mencapai 90% dan 85%, pelajar masih boleh memohon dan pihak Daulah akan menggunakan kiraan yang ditetapkan oleh universiti yang mana ianya 85% untuk bidang perubatan (ada kiraan tersendiri). 

 


Permohonan ke Jurusan :

  1. Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah ( Pengajian Islam & Bahasa Arab )

Calon pelajar perlulah mendapat sekurang-kurangnya gred “B” bagi setiap mata pelajaran berikut di dalam sijil SPM

  1. Bahasa Arab
  2. Pendidikan Syariah Islamiah
  3. Pendidikan Qur’an & Sunnah
  4. Bahasa Melayu
  5. Bahasa Inggeris
  6. Matematik

Bagi permohonan ke fakulti ulum islamiah dan Universiti Al-Azhar, anda disyaratkan tidak memiliki apa apa subject yg mendapat gred G (gagal) dalam SPM walaupun ia bukannya subject wajib bagi permohonan ke bidang tersebut. (peraturan dari Universiti Al-Azhar.

Perubatan & Pergigian (Universiti Al-Azhar)

Bagi pemohon universiti Al-Azhar dalam bidang Perubatan dan Pergigian , sijil SPM anda tidak boleh lewat dari 2 tahun dari tahun semasa permohonan . contohnya memohon untuk kemasukan sesi 2018 , maka SPM terakhir adalah 2016 sahaja . SPM tahun 2013 tidak diterima oleh pihak Universiti .

Perubatan, pergigian & Farmasi

Bagi pemohon dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Universiti selain Al-Azhar, tidak menjadi masalah sekiranya sijil SPM anda lewat dari 2@3 tahun tetapi pihak KPT Mesir menetapkan denda premium (qidam muahhal) untuk dibayar bagi setiap tahun kelewatan tersebut. setiap tahun yg terlewat kurang lebih RM 188 (rate semasa Januari 2017 yaitu 1 RM bersamaan LE 4.00).

Ulum Islamiah

Bagi pemohon universiti Al-Azhar dalam bidang Ulum Islamiah , sijil SPM anda tidak boleh lewat dari 3 tahun dari tahun semasa permohonan. contohnya memohon untuk kemasukan sesi 2018 , maka SPM terakhir adalah 2015 sahaja . SPM tahun 2014 tidak diterima oleh pihak Universiti.

Syariah Islamiah, Bahasa Arab & Usuluddin

Bagi pemohon ke bidang Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab, anda perlu mendapat sekurang kurangnya Jayyid di dalam Sijil STAM. Sijil STAM anda tidak boleh lewat dari 3 tahun dari tahun semasa permohonan. contohnya memohon untuk kemasukan sesi 2018 , maka STAM terakhir adalah 2015 sahaja . Sijil STAM tahun 2014 tidak diterima oleh pihak Universiti. (syarat kelayakan dinaikkan dari maqbul ke jayyid bermula Januari 2017)

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *