Tentang Kami

PENGENALAN DAULAH EDUCONSULT

 

Pengenalan

Daulah Educonsult adalah sebuah syarikat berdaftar (975521-H) yang dibina atas semangat dan keyakinan terhadap dunia pendidikan. Pendidikan pada hari ini merupakan sebuah elemen yang sangat penting dalam usaha menyusun ketamadunan seiring dengan perkembangan zaman.

Daulah Educonsult percaya bahawa pendidikan dan pengajaran adalah hak yang wajar dikongsi oleh semua insan. Kepercayaan inilah yang dipegang oleh Daulah Educonsult dalam menabur bakti di dalam bidang ini.

Misi

  • Merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan Daulah Educonsult ke arah melahirkan individu yang berpengetahuan dan berkebolehan dalam pelbagai bidang.
  • Menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing dan berkualiti tinggi.

Visi

  • Menjadi syarikat konsultan pendidikan pilihan utama kepada rakyat Malaysia menjelang 2020.
  • Menjadi sebuah syarikat yang mencapai pengiktirafan antarabangsa dalam pembangunan industri pendidikan.
  • Melahirkan golongan pelajar yang dinamik, berdedikasi dan terbilang dari segi akademik.

 

Latar Belakang

Daulah Educonsult mendapat inspirasi dari pengalaman manis dan pahit yang telah dialami pengasasnya iaitu Syed Fuad Syed Othman selama menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Pengalaman menikmati suasana pembelajaran di Mesir merupakan pengalaman yang sangat menarik dan sukar dilupakan.

Bermula dari pengalaman memegang beberapa portfolio penting dalam kepimpinan organisasi pelajar selama di Mesir, pengasasnya mula memerhati dan mendalami suasana sosiobudaya di Mesir. Semangat membantu pelajar-pelajar baru ketika itu berkembang dan terus berkembang. Pada tahun 2008, pengasas Daulah Educonsult telah dilantik menjadi Pegawai Hal Ehwal Pelajar AQ Mesir. Sebagai wakil syarikat tersebut di Mesir, beliau telah membina hubungan baik dengan universiti-universiti di Mesir. Peluang tersebut benar-benar membantu beliau untuk menguasai selok-belok birokrasi dan prosedur pendaftaran pelajar ke universiti-universiti di Mesir.

Pada tahun 2012, sepulangnya beliau dari Mesir, berbekalkan 4 tahun pengalaman mengurus pendaftaran dan penempatan pelajar, Daulah Educonsult ditubuhkan bagi merealisasikan impian beliau dalam bidang pendidikan ini.

 

Perkhidmatan

Daulah Educonsult memulakan langkah awal dengan menyediakan khidmat nasihat bagi mereka yang memerlukan khususnya berkait dengan perihal pemilihan bidang pengajian dan institusi pengajian. Menyedari kepelbagaian tahap kemampuan insan dan mempercayai keajaiban yang bakal muncul dari cita-cita dan semangat, menjadi aspirasi syarikat ini dalam memberikan khidmat nasihat.

Khidmat nasihat ini akan disusuli dengan perkhidmatan pendaftaran dan penempatan di institusi yang telah dipilih.

 

Institusi Pengajian

Ramai dikalangan lepasan SPM atau yang setara dengannya menghadapi kebingungan untuk memilih bidang pengajian dan tempat pengajian. Kebingungan itu mungkin disebabkan beberapa faktor seperti keputusan peperiksaan, maklumat mengenai bidang pengajian dan juga maklumat mengenai institusi pengajian. Daulah Educonsult amat sukacita untuk membantu mereka yang menghadapi masalah seperti ini.

Daulah Educonsult juga menawarkan perkhidmatan bagi beberapa institusi pengajian luar negara seperti berikut :-

Mesir:

1. Universiti Al-Azhar
2. Universiti Zagazig
3. Universiti Tanta
4. Universiti Mansoura
5. Universiti Alexandria
6. Universiti Cairo
7. Universiti Ain Shams

Rusia:

1. Kursk State Medical University
2. Moscow Aviation Institute
3. Nizhny Novgorod State Medical Academy

Poland:

1. Medical University of Lodz
2. Medical University of Warsaw

Indonesia:

1. Universiti Airlangga, Surabaya
2. Universiti Sumatera Utara

Bangladesh:

1. Dhaka Medical College
2. Dhaka Dental College
3. Bangladesh Agricultural University
4. Mymensingh Medical College
5. Chittagong Medical College
6. M.A.G Osmani College

Turki:

1. Istanbul University
2. Ankara University
3. Fateh Sultan Mehmet University

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *