Testimonial Pelajar

APA KATA MEREKA TENTANG DAULAH ?

 

Nama                       : Mohd Khairil bin Alias

Fakulti                     : Perubatan

Universiti                 : Mansoura

 Assalamualaikum w.b.t

Pengalaman saya dengan Daulah Medic amat memuaskan, dari kem 5 hari di Nur Lembah Pangsung, Hulu Langat, semasa dalam tempoh penerbangan dari Malaysia hingga ke Mesir dan juga setelah sampai di Mesir. Alhamdulillah, dari pengamatan saya, setakat ini Daulah Medic merupakan ejen yang menawarkan pakej yang termurah berbanding dengan ejen-ejen yang lain. Semasa di Nur Lembah Pangsun, penerangan dari senior tentang universiiti dan sistem pembelajaran di Mansoura mempersiapkan saya untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir. Selain itu beberapa perkhidmatan yang diadakan bersama Daulah Medic amat memuaskan hati seperti sambutan Aidiladha dimana kami tanpa disangka-sangka dibelikan seekor u nta dan 3 ekor kambing untuk majlis korban. Yang paling memuaskan apabila saya sendiri mudah untuk berhubung dengan Tuan Syed Fuad sekiranya ada beberapa isu yang berbangkit yang memerlukan saya terus berhubung dengan beliau. Pendek kata , saya amat berpuas hati dengan segala perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak Daulah Medic dan saya menggalakkan adik-adik yang akan dan mahu melanjutkan pelajaran di mesir memilih Daulah Medic sebagai ejen anda .

 

Nama                 : Mohamad Firdaus bin Ibrahim

Fakulti                : Perubatan

Universiti            : Zagazig

Bangga sangat jadi batch pertama Daulah. Walaupun Daulah merupakan ejen baru dalam bidang ini , namun segala urusan dan ekbajikan pelajar diuruskan dengan cekap dan professional. Saya sgt berpuas hati dengan ejen ini dari semua aspek. Saya harap Daulah Educonsult Sdn Bhd akan terus maju dan dapat menghantar ramai lagi pelajar Malaysia ke Mesir supaya dapat menyumbang dalam pembangunan negara Malaysia dari segi duniawi dan ukhrowi. BTW Zagazig best !

 

Nama                 : Noor Saleeza binti Zahir

Fakulti                : Ulum Islamiah

Universiti            : Al-Azhar

Daulah Educonsult Sdn Bhd merupakan sebuah agensi pendidikan yang baru ditubuhkan namun berupaya maju ke hadapan sesuai dengan peredaran zaman kerana gerak kerja yang dilakukan amat baik dan mantap. Membantu serta memudahkan setiap urusan pelajar ke luar negara dengan baik. Pengurusan yang sistematik sesuai untuk ibubapa yang inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Daulah Educonsult juga membantu serta menjadikan pelajarnya sentiasa bergerak ke hadapan di negara orang dan mementingkan pendidikan yang cemerlang kepada pelajar-pelajar di bawah jagaannya. Malah pengurusnya juga berjiwa remaja dan rasional kerana memahami setiap pelajar dan berusaha melakukan yang terbaik buat mereka . Syabas Daulah Educonsult !

 

Nama                 : Nurhidayah binti Mohd Noor

Fakulti               : Perubatan

Universiti           : Iskandariah / Alexandria

Saya amat berterima kasih kepada pihak Daulah Educonsult yang telah banyak membantu saya dalam proses melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Syukur Alhamdulillah, proses yang berlaku sebelum dan selepas penerbangan berjalan dengan lancar sekali. Kursus persediaan yang diadakan selama seminggu memberikan banyak input yang menarik dan sangat berguna kepada saya terutama sekali slot motivasi, kelas bahasa arab dan slot pendedahan dunia Mesir serta sistem pembelajaran di setiap universiti seperti Universiti Iskandariah oleh senior-senior yang menuntut di universiti timur tengah ini .

Selain itu, pengurusan rumah sewa dan pembayaran yuran universiti juga telah diuruskan oleh pihak Daulah Educonsult dengan lancar disertakan lagi dengan dokumen, sijil, resit bukti pembayaran mahupun pengurusan visa yang teratur. Konklusinya , saya yakin dengan komitmen pihak Daulah dalam melaksanakan tanggungjawab penghantaran pelajar ke Mesir ini kerana saya telah selamat tiba dan memulakan proses pembelajaran tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah, semoga urusan pihak Daulah Educonsult dipermudahkan dan diberkati oleh ALLAH swt.

 

Nama                      : Afiqah Syazana binti Ishak

Fakulti                    : Pergigian

Universiti                : Tanta

Saya amat berpuas hati dengan pengurusan dan perkhidmatan yang pihak Daulah Educonsult berikan kepada saya sepanjang saya di Mesir. Kos perkhidmatan yang ditawarkan adalah yang paling murah berbanding agen-agen yang lain. Pihak Daulah Educonsult sentiasa mengambil tahu akan kebajikan para pelajarnya. Daulah Educonsult turut mengadakan aktiviti bersama pelajar Daulah seperti korban hari Aidil Adha selama 2 hari berturut-turut di Cairo. Segala perancangan dan perkhidmatan adalah selesa dan lancar melalui Daulah Educonsult ini. Saya sebagai pelajar di Tanta berpendapat bahawa segala keperluan , rumah serta pengurusan dengan pihak universiti adalah sempurna dan tidak perlu lagi berbelanja lebih. Daulah Educonsult menguruskan para pelajarnya dengan teliti dan profesional walaupun agen ini baru setahun jagung.

 

Nama            : Ahmad Adnin bin Roslan

Fakulti          : Ulum Islamiah

Universiti      : Al-Azhar

Bismillah. Saya amat bersyukur kerana ALLAH temukan saya dengan agen Daulah Educonsult. Sepanjang pengamatan saya bermula dari kursus sebelum ke Mesir, pengurusan flight hinggalah pengurusan rumah sewa, universiti dan kemudahan-kemudahan di Mesir, ejen Daulah Educonsult yang dipimpin oleh Ustaz Syed Fuad amat-amat teratur, terbaik , tersusun dan memuaskan saya juga kawan kawan yang lain.

Selain itu, pihak Daulah Educonsult menyelesaikan masalah-masalah berkaitan rumah dan lain-lain dengan amat pentas. Penyebaran maklumat dari pihak Daulah Educonsult amat pantas. Akhir sekali, saya ucapakan Jazakallahu Khairan kepada Ustaz Syed Fuad dan saya menyeru agar pelajar-pelajar yang ingin ke Mesir pergi melalu ejen Daulah Educonsult.

 

Nama                 : Nashihin Hanis binti Ismail

Fakulti               : Perubatan

Universiti           : Mansoura

Alhamdulillah, telah hampir dua bulan saya berada di mesir bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Jutaan terima kasih kepada pihak Daulah Educonsult Sdn Bhd yang telah menguruskan segala persiapan untuk ke Mesir serta hal-hal berkaitan seperti kem orientasi, pendaftaran universiti, tempat tinggal pelajar di mesir dan lain-lain. Dapat saya simpulkan disini bahawa pihak Daulah Educonsult Sdn Bhd sangat komited serta bersistematik dalam pengurusan pelajar ke Mesir. Walaupun kami merupakan batch pertama, segala pengurusan telah diselesaikan dengan amat profesional dan Alhamdulillah, setakat ini semua proses berjalan lancar. Dan jika ada permasalahan yang timbulsekalipun, ia telah dapat diselesaikan dan diatasi dengan cekap.

Disamping itu, caj pengurusan yang dikenakan oleh pihak Daulah Educonsult Sdn Bhd juga sangat berpatutan. Disamping itu, dapat saya katakan bahawa pihak Daulah Educonsult sangat bertanggungjawab dan tidak bersikap lepas tangan serta sentiasa cakna dengan perkembangan para pelajar yang berada di bawah pengurusan mereka dari semasa ke semasa. Saya percaya bahawa pihak Daulah Educonsult Sdn Bhd akan terus cemerlang serta bertambah baik tahun demi tahun.

 

Nama                   : Ahmad Nawal bin Mazlan

Fakulti                 : Ulum Islamiah

Universiti             : Al-Azhar

Saya, Ahmad Nawal, secara jujurnya amat bersyukur kerana dapat ke Mesir bersama agent Daulah Educonsult. Saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh pihak agent. Segala masalah dan perminta kami telah ditunaikan dan diselesaikan dengan kadar yang amat segera.

Keduanya, sekedar apa yang saya perhatikan. Agent Daulah Educonsult sungguh sistematik dan lebih baik pengurusannya berbanding agent-agent lain. Alhamdulillah. Akhir sekali, saya berjanji akan belajar elok-elok dan akan membawa segulung ijazah insyallah !

 

Nama                    : Shyrellyn binti Orbanus @ Aliyya Maisarah

Fakulti                  : Ulum Islamiah

Universiti              : Al-Azhar

Assalamualaikum

Agent Daulah Educonsult adalah agent yang telah memberikan saya jalan untuk berpijak di Mesir. Walaupun sebelum ini saya telah berputus asa untuk mencari maka “Islam” di balik kehidupan di Malaysia. Sebelum ke Mesir, saya tidak ditawarkan oleh mana-mana pihak universiti untuk menyambung pengajian. Saya telah membuat keputusan yang agak “bahaya” di mata keluarga dan melakukan pengorbanan yang agak mengejutkan. Alhamdulillah, setelah mengikuti kem di Lembah Pangsun, dan membuat persiapan. Ustaz Syed Fuad Syed Othman telah membawa saya dan kawan-kawan ke Mesir sendiri.

 

Nama                   : Choiriyatul ‘Azmiyaty binti Amar Ma’ruf

Fakulti                 : Perubatan

Universiti             : Al-Azhar

Saya seperti penama di atas yang merupakan pelajar batch pertama yang dihantar dibawah agensi Daulah Educonsult ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana telah memberi peluang kepada kami untuk melanjutkan pelajaran di Mesir. Layanan yang telah diberikan oleh Ustaz Fuad sepanjang urusan kami adalah amat membanggakan dan mesra buat kami yang baru-baru ini. Malah, kakak-kakak senior juga turut membantu kami dengan sebaiknya. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat ustaz Fuad yang telah berjaya membawa kami kesini dan semoga urusan beliau akan dipermudahkan untuk batch-batch seterusnya , Insyallah.

 

Nama                    : Ahmad Fitri bin Hamzah

Fakulti                  : Perubatan

Universiti              : Zagazig

Saya sangat berterima kasih kerpada pihak Daulah Educonsult kerana membuka peluang dan memudahkan urusan untuk saya melanjutkan pelajaran di timur tengah dalam bidang sains kesihatan.

Semenjak saya sampai di mesir, banyak manfaat yang saya peroleh berada di bawah jagaan pihak Daulah Educonsult :

– Ruma sewa yang selesa dan strategik

– Tempoh visa 3 bulan (berbanding agent lain hanya 2 minggu)

– Pengurusan pendaftaran dengan pihak universiti yang teratur

– Mendapat bimbingan ketika permulaan berada di Mesir

– Pegawai yang mudah berurusan dan sangat membantu dan lain lain

4 comments

  1. nak smabung belajar ke indonesia lepasan diploma teknologi makmal peruabatan

    • mm

      Sila hubungi kami untuk mendapatkan info dengan lebih mendalam dan nasihat/konsultasi berkenaan pendidikan anda atau saudari boleh hadir ke pejabat kami di No 1-19, Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, Ampang 55100 Kuala Lumpur

      03 9285 1322 – Pejabat
      018 9624 322 (Customer Service)
      013 2090 322 – Tuan Syed Fuad

  2. nak smabung belajar ke indonesia lepasan diploma teknologi makmal peruabatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *