Universiti Al-Azhar Perubatan

 

SEJARAH RINGKAS

Universiti Al-Azhar merupakan salah satu pusat pembelajaran ilmu Islam yang tertua di dunia. Secara umumnya, fakulti Al-Azhar terbahagi kepada dua, iaitu Pengajian Agama dan Pengajian Sosial & Sains Kesihatan. Kesemua kuliah Ilmiyah terletak di kawasan Nasr City, dan selebihnya (kuliah Adabiyah) terletak di kawasan Hussien, bersebelahan dengan Masjid Agung Al-Azhar, dan cawangan-cawangan universiti Al-Azhar yang berada di pelbagai wilayah. Melalui perbincangan antara kerajaan Malaysia dan beberapa universiti lain di Mesir, kursus perubatan di Mesir secara umumnya digelar sebagai MoU (Memorandum of Understanding) dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara utama.

 

 

PENGANGKUTAN AWAM

Medan Ramsis merupakan pusat perhubungan yang terletaknya stesen metro, stesen bas dan juga stesen tremco. Metro yang dimaksudkan di Mesir ini hampir sama dengan sistem KTM dan juga LRT. Metro merupakan pilihan utama bagi mengelakkan kesesakan jalan raya di Mesir. Selain itu, faktor tambang yang sangat murah juga memberi kesan ia sentiasa menjadi pilihan.

Tremko juga sangat popular di Mesir. Mahasiswa Malaysia lebih gemar menggunakan tremko kerana bilangan penumpangnya lebih sedikit sekitar dua belas orang sahaja dan saiz tremko seperti sebuah van itu menyebabkan pergerakan kenderaan lebih pantas. Tambang yang dikenakan juga tidaklah semahal tambang teksi. Bukan itu sahaja, tremco juga sering kali dijadikan sebagai pengangkutan untuk ke universiti bagi mereka yang tinggal agak jauh dari lokasi universiti.

Selain itu, pengangkutan awam yang agak berlainan tetapi sangat popular digunakan ialah tuk-tuk. Tuk Tuk ialah sejenis kenderaan seperti beca tetapi mempunyai kelajuan seperti motor. Kelajuannya akan membuatkan penumpang-penumpang berasa seperti mahu terbang. Maksima penumpang Tuttut boleh muat 3 orang sahaja dan tambangnya hanyalah 1 EP seorang.
 
Teksi dan bas merupakan antara pengangkutan awam utama di Kaherah yang digunakan oleh masyarakat tempatan dan pendatang asing. Semua bas telah memaparkan destinasi yang dituju dan perhentian yang dilalui pada cermin hadapan atau cermin sisi bas tersebut. Selain daripada itu setiap bas mempunyai nombor yang khusus yang hanya pergi ke destinasi tertentu sahaja.

 

 

KELAYAKAN MINIMUM

1.1    Perubatan

Mempunyai  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 90%  dalam lapan (8) subjek  iaitu  Bahasa Melayu, Bahasa  Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik  Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi  di peringkat SPM. 

DAN

Sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM.

1.2  Pengajian Islam

Lulus  semua subjek dalam  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat  sekurang-kurangnya Gred B  dalam  subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Syariah Islamiah dan Pendidikan al Quran Sunnah  dengan syarat sijil SPM tidak melebihi tiga (3) tahun semasa membuat permohonan. Ataupun, mempunyai  Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)  dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat JAYYID dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun semasa membuat permohonan

DAN

Menduduki ujian Imtihan Qabul (IQ).

 

About admin

mm

Check Also

Entrance Exam Universiti Sumatera Utara Sesi September 2018

Ujian kemasukan ke University Sumatera Utara (USU) bagi sesi September 2018 telah dijalankan di Bangunan …

×
Masih tertanya-tanya bagaimana untuk memohon? Kini lebih mudah berhubung dengan menggunakan Whatsapp. Whatsapp kami untuk mendapatkan info lebih lanjut.