Universiti Mansoura

SEJARAH RINGKAS

Mansoura Universiti ditubuhkan pada tahun 1972 di bandar Mansoura, Mesir. Ia merupakan salah satu universiti yang terbesar di Mesir dan telah memberi banyak sumbangan dari segi budaya dan kehidupan social di Mansoura khususnya dan Mesir secara amnya.

Sejarahnya bermula pada tahun 1962 sebagai Fakulti Perubatan Cairo dan kemudian semenjak ianya ditubuhkan Fakulti ini berkembang dan sentiasa menaiktaraf bukan sahaja infrastrukturnya malah juga menaiktaraf sistem pembelajarannya sehinggakan akhirnya Fakulti Perubatan Cairo ini berjaya membentuk empayarnya sendiri dengan pengisytiharannya pada tahun 1972 sebagai sebuah universiti yang sehingga kini dikenali sebagai Universiti Mansoura. Sesuai dengan namanya yang diambil bersempena dengan nama bandar tersebut (Mansoura) yang membawa maksud ”Kemenangan”, Faktor utama yang menjadikan Mansoura universiti pilihan:

  1. Antara kelebihan lain bagi Universiti Mansoura adalah capaian maklumat. Dengan mempunyai 35 buah perpustakaan pastinya tiada yang mustahil bagi para pelajar untuk mendapatkan maklumat.
  2. Blok penginapan  dengan universiti yang dekat, hanya berjalan kaki ke kedai-kedai makan yang berdekatan dengan penginapan serta keperluan mendapatkan barangan dapur yang mudah .Malah kami sendiri mempunyai Restoran masakan Melayu berdekatan dengan penginapan pelajar bagi memenuhi kehendak pelajar di sana.
  3. Diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysian Medical Council, Malaysian Dental Council, Majlis Amanah Rakyat dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  4. Universiti Mansoura sebagai salah satu universiti dalam senarai 10 universiti terbaik di dunia Arab.
BIDANG YANG DITAWARKAN

Universiti Mansoura merupakan universiti yang terletak di muhafazah Mansurah. Terkenal kerana menawarkan dua jenis sistem pembelajaran iaitu Conventional dan Twinning Program With Manchester, universiti ini ternyata termasuk dalam senarai pilihan terkemuka. Pilihan kursus yang ditawarkan di universiti ini ialah :

⇒ PERUBATAN

⇒ PERGIGIAN

⇒ FARMASI

Jurusan perubatan di sini menggunakan medium utama ialah bahasa inggeris. Pembelajaran dibahagikan kepada dua fasa, pra-klinikal (tahun 1 – 3) dan klinikal (tahun 4-6).
 
Di Mansoura ada dua jenis program perubatan, conventional dan problem based learning (manchester programme). Program ini tidak sama ditawarkan di seluruh Mesir, setiap universiti mempunyai program masing-masing, tetapi silibus dipantau oleh kementerian pendidikan dan kesihatan negara Mesir. Kedua-dua jenis program ini mempunyai perbezaannya.
 
Dari segi kualiti pengurusan, program manchester adalah lebih jauh kehadapan, kerana program ini merupakan kerjasama dengan Manchester University, UK. Oleh itu Mansoura University sentiasa membuat research and development, mengambil aduan atau sebarang masalah secara serius agar hubungan dan akreditasi Manchester University dikekalkan. Malah ketika masuk ke clinical year juga pelajar boleh mengikuti transfer programme ke UK (jika taknak, tetapi mahu terus belajar di Mesir juga tiada masalah). Manakala pengurusan programme conventional adalah agak terkebelakang kerana mungkin mereka sudah biasa dengan perangai ‘arab’, sebarang aduan biasanya tidak di ambil tindakan. Contoh aduan ialah lecturer menggunakan istilah di dalam bahasa arab, dan pelajar tidak faham sedangkan sepatutnya mereka belajar dalam bahasa inggeris. Mungkin juga mereka mengambil remeh di atas faktor yuran. Pelajar arab conventional membayar yuran yang jauh lebih rendah dari Manchester (tetapi jika international student seperti kita, yuran adalah sama, conventional dan manchester).
 
Dari segi silibus, pelajar yang mengambil program conventional perlu membaca dan menghadamnya dari kulit ke kulit. Jadi, pelajar conventional mungkin lebih ke hadapan dari segi teori berbanding pelajar manchester. Buku-buku juga dibekalkan secara percuma oleh pihak universiti manakala pelajar manchester perlu membeli sendiri buku-buku mereka. Berbanding dengan pelajar conventional, pelajar manchester tidak perlu menghabiskan buku yang dibaca tetapi perlu menghabiskan sasaran ILO (intended learning outcome) yang ditetapkan. Oleh itu, manchester lebih ke hadapan dari segi ilmu klinikal memandangkna silibus cuba digubal dengan konsep klinikal dan mengurangkan teori-teori yang dianggap kurang penting. Manakala dari segi sistem peperiksaan, conventional menggunakan sistem setahun iaitu peperiksaan sebenar ialah pada akhir setiap tahun berbanding program manchester yang menggunakan sistem semester iaitu dua kali setahun dan diantaranya ada kuiz-kuiz kecil. Dari segi masa, pelajar conventional mempunyai jadual yang padat pada 3 tahun pertama dan mula ringan pada 3 tahun berikutnya Pelajar manchester pula adalah lebih lenggang dan tidak sibuk tetapi akan menjadi sibuk apabila memasuki tahun klinikal.
 
SYARAT KELAYAKAN

Pemohon yang ingin mengikuti pengajian  di universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan seperti berikut:

1.1  Perubatan 

Mempunyai  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 90%  dalam lapan (8) subjek  iaitu Bahasa Melayu, Bahasa  Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik  Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM. 

DAN

Sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM.

1.2  Pergigian & Farmasi 

Mempunyai  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 85%   dalam lapan (8) subjek  iaitu Bahasa Melayu, Bahasa  Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik  Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM. 

DAN

Sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM. 

CARA MEMOHON

Permohonan dibuat melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Biasanya selepas keputusan SPM diumumkan, pihak Kementerian Pengajian Tinggi akan memngumumkan permohonan dibuka.

Pihak DAULAH EDUCONSULT boleh membantu anda jika anda memerlukan bantuan penerangan lanjut dan kaunseling pendidikan. Kami juga bersedia membantu anda menguruskan semua dokumen permohonan. Apabila diterima, kami akan uruskan penerbangan, penginapan dan pendaftaran anda. MUDAH kan ?

♥ TEMUI KONSULTAN PENDIDIKAN KAMI UNTUK MENDAPATKAN PENERANGAN LANJUT DAN PELAN PERANCANGAN PENDIDIKAN ANDA DALAM SESI EKSLUSIF BERSAMA KAMI.

 HUBUNGI/ WHATSAPP KAMI DI 

 https://wa.me/60189624322

About admin

mm

Check Also

Universiti Al-Azhar

  SEJARAH RINGKAS Universiti Al-Azhar merupakan salah satu pusat pembelajaran ilmu Islam yang tertua di …

×
Masih tertanya-tanya bagaimana untuk memohon? Kini lebih mudah berhubung dengan menggunakan Whatsapp. Whatsapp kami untuk mendapatkan info lebih lanjut.