SEJARAH RINGKAS |
Universiti Ain Shams merupakan universiti awam ketiga selepas tertubuhnya Universiti Cairo dan Universiti Alexandria. Pada kurun ke 1950 , madrasah ilmu ini telah ditubuhkan bagi memenuhi keperluan pelajaran belia-belia Mesir yang semakin berkembang dekad ini. Permulaan pertubuhan menyaksikan lambakan bilangan fakulti dan institusi yang akhirnya telah disatukan bagi mewujudkan sebuah universiti yang diberi nama ‘Universiti Ain Shams’. Pada mulanya, sekolah perubatan ini juga turut dikenali sebagai ‘El-Demerdash School of Medicine’.
Hospital El-Demerdash yang asal telah ditubuhkan pada 5 Ogos 1928 hasil sumbangan geran oleh El-Demerdash Pasha, isteri,dan anak perempuannya. Ia telah dibuka secara rasmi pada 5 Mei 1931 di Abbasiyyah dan hospital ini merupakan hospital tertua dan terbesar di Kaherah. Maka, tidak hairanlah jika fasiliti hospital ini cukup mustaid dengan didasari oleh beberapa cawangan fakulti yang hebat.
Istimewanya bumi Universiti Ain Shams kerana ianya dibina atas dasar waqaf. Kelebihan tanah waqaf ini begitu bernilai di sisi umat Islam apatah lagi tanah universiti ini merupakan simbolik kepada kemegahan Istana Heliopolis, kota metropolitan Mesir suatu ketika dahulu.
Tapak universiti ini adalah bekas peninggalan Istana Zaafaran sewaktu pemerintahan rejim Khedive Ismail. Tambahan pula, istana ini menjadi kemasyhuran kerajaan Heliopolis seiring dengan suburnya semaian jerih zaafaran. Sesungguhnya, Zaafaran sangat kaya dengan vitamin B2, hidroklorik asid, dan riboflavin.
BIDANG YANG DITAWARKAN |
◊ PERUBATAN
Hospital Demerdash Ditubuhkan pada tahun 1928 dengan sumbangan dari Encik Rahim Demerdash Pasha, dan mendirikan Fakulti Perubatan, Ain Shams University pada tahun 1947 dan dinamakan Kolej Perubatan Demerdash dan bergabung dengan Universiti Fuad I (Universiti Kaherah sekarang), dan kemudian dianugerahkan kepada Ain Shams University pada tahun 1950 untuk menjadi sekolah kedoktoran ketiga di Egyptafter Gigi Kedokteran Alexandria Kedoktoran, dan dilampirkan ke sebuah hospital pengajar adalah Hospital Demerdash dan termasuk kebanyakan jabatan pembedahan.
Bangunan-bangunan yang dipilih melindungi kebebasan bersebelahan dengan hospital ibu pejabat bahagian-bahagian saintifik: Anatomi dan Fisiologi dan Histologi dan biokimia dan muzium dan beberapa bahagian tahun, akhir seperti perubatan forensik dan pencegahan, kemudian menyertai hospital pengajaran Kanak-kanak Hospital, yang merupakan pengikut Persatuan Mesir untuk menjaga kanak-kanak dan akhirnya menubuhkan Hospital, Ain Shams, yang merangkumi seluruh bahagian Alakinnicah.
◊ PERGIGIAN
Fakulti Pergigian Universiti Ain Shams baru beroperasi pada tahun 1995. Pelajar-pelajar kemasukan pengambilan pertama telah menamatkan pengajian mereka pada tahun 2000.
SYARAT KELAYAKAN |
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan seperti berikut:
1.1 Perubatan
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 90% dalam lapan (8) subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM.
DAN
Sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM.
1.2 Pergigian
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 85% dalam lapan (8) subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM.
DAN
Sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM.
CARA MEMOHON |
Permohonan dibuat melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Biasanya selepas keputusan SPM diumumkan, pihak Kementerian Pengajian Tinggi akan memngumumkan permohonan dibuka.
Pihak DAULAH EDUCONSULT boleh membantu anda jika anda memerlukan bantuan penerangan lanjut dan kaunseling pendidikan. Kami juga bersedia membantu anda menguruskan semua dokumen permohonan. Apabila diterima, kami akan uruskan penerbangan, penginapan dan pendaftaran anda. MUDAH kan ?
3 comments
Pingback: Tawaran Kemasukan Pelajar Lepasan SPM ke Mesir - Deenamik
Pingback: Daulah Edu: Lepasan SPM Boleh Terus Sambung Medic - Deenamik
Pingback: Tawaran Pengajian ke Timur Tengah Bagi Lepasan SPM 2019 - Deenamik