Universiti Tanta

Sejarah Universiti Tanta

Pada 1962, sebuah fakulti Perubatan telah ditubuhkan iaitu, Fakulti Perubatan, Universiti Iskandariah yang bertempat di Tanta. Penubuhan fakulti ini menjadi batu asas kepada penubuhan fakulti-fakulti baru seperti Fakulti Sains, Fakulti Perniagaan dan Fakulti Pendidikan di Tanta, Fakulti Pertanian juga telah ditubuhkan di Kafr el-Sheikh pada tahun 1969, kesemua fakulti ini adalah merupakan cawangan kepada Universiti Iskandariah.

Kemudian pada tahun 1970, barulah tertubuhnya Universiti Tanta yang pada asalnya merupakan cawangan Universiti Iskandariah yang merangkumi Fakulti Perubatan, Fakulti Sains, Fakulti Perniagaan dan Fakulti Pendidikan di Tanta serta Fakulti Pertanian di Kafr el-Sheikh. Universiti Tanta di isytiharkan sebagai universiti kelima Republik Arab Mesir, selepas Universiti Kaherah, Ain Shams, Alexandria dan Assiut.

Pada tahun 1976, Fakulti Pergigian, Farmasi , Undang-undang, Kejuruteraan, Pertanian dan Perubatan Veterinary telah ditambah di Universiti Tanta dan cawangannya di Kafr El-Sheikh. Pada tahun 2006cawangan Universiti Tanta di Kafr El-Sheikh telah dimansuhkan dan seterusnya menubuhan Universiti Kafr El-Sheikh yang menjadikan Universiti Tanta sebagai paksi dan asas bagi penubuhan universiti baru!

Kini terdapat 13 buah fakulti yang terdapat di Universiti Tanta!

 

Lokasi Universiti

Universiti Tanta terletak di Tanta, ibu negeri Gharbiya. Tanta terletak 90 km dari Kaherah dan 120 km dari Alexandria. Universiti ini adalah berada terus di bawah pengawasan dan diselia oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.

Pengangkutan

Pengangkutan utama di Tanta adalah van (disebut Tramco, atau lebih masyhur dikenali sebagai arabiyya atau mini busoleh arab) dan bas (dipanggil utubis). Manakala untuk keluar ke bandar-bandar lain pengangkutan utama adalah kereta api, van dan bas.

Tambang van dan bas di seluruh tempat sekitar Bandar Tanta adalah sekata, iaitu sebanyak LE 0.50- LE1.00 (RM 0.25-RM 0.50) seorang. Stesen bagi kereta api (mahattah) terletak di sebelah Awal Bahr. Manakala stesen bagi van merta di seluruh Tanta yang masyhur adalah di Siberbay, Gumlah, Maarad, Mahattah dan lain-lain.

Makanan

Terdapat beberapa kedai makan Nusantara di sekitar kawasan Maarad (kawasan penempatan utama pelajar Malaysia dari Universiti Tanta) diusahakan oleh pelajar dari Malaysia dan Indonesia. Manakala bagi kedai arab kebanyakan menyediakan makanan arab seperti kusyari, tojin, sandwich, pizza dan lain-lain. Terdapat juga kedai makanan segera seperti KFC, Al-Baik, Mo’men, Cook Door, Pizza Hut dan lain-lain. Terdapat juga pasar harian dan mingguan untuk barangan mentah manakala kedai runcit wujud hampir di setiap lorong di Bandar Tanta.

BIDANG YANG DITAWARKAN

PERUBATAN

◊ PERGIGIAN

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon yang ingin mengikuti pengajian  di universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan seperti berikut:

1.1  Perubatan 

Mempunyai  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 90%  dalam lapan (8) subjek  iaitu Bahasa Melayu, Bahasa  Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik  Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM. 

DAN

Sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM.

1.2  Pergigian 

Mempunyai  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 85%   dalam lapan (8) subjek  iaitu Bahasa Melayu, Bahasa  Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik  Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM. 

DAN

Sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM. 

CARA MEMOHON

Permohonan dibuat melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Biasanya selepas keputusan SPM diumumkan, pihak Kementerian Pengajian Tinggi akan memngumumkan permohonan dibuka.

Pihak DAULAH EDUCONSULT boleh membantu anda jika anda memerlukan bantuan penerangan lanjut dan kaunseling pendidikan. Kami juga bersedia membantu anda menguruskan semua dokumen permohonan. Apabila diterima, kami akan uruskan penerbangan, penginapan dan pendaftaran anda. MUDAH kan ?

♥ TEMUI KONSULTAN PENDIDIKAN KAMI UNTUK MENDAPATKAN PENERANGAN LANJUT DAN PELAN PERANCANGAN PENDIDIKAN ANDA DALAM SESI EKSLUSIF BERSAMA KAMI.

 HUBUNGI/ WHATSAPP KAMI DI 

 https://wa.me/60189624322

About admin

mm

Check Also

Tips Peperiksaan Buat Anda Yang Akan Menduduki SPM

Kurang daripada minggu sahaja lagi pelajar-pelajar yang berada di tingkatan terakhir iaitu tingkatan 5 akan …

×
Masih tertanya-tanya bagaimana untuk memohon? Kini lebih mudah berhubung dengan menggunakan Whatsapp. Whatsapp kami untuk mendapatkan info lebih lanjut.