Segi University

SEGi University & Colleges (SEGi) merupakan institute pendidikan swasta yang terletak di Kota Damansara, Selangor. SEGi merupakan antara university swasta yang terbesar di Malaysia

Sebelum ini, ia dikenali sebagai Kolej Universiti SEGi sehingga 2012, kemudian Kementerian Pendidikan telah mengumumkan peningkatannya kepada status universiti. SEGi mempunyai 5 buah kampus yang terletak di UEP Subang Jaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak.

SEGi telah menerima pelbagai anugerah termasuk trofi gangsa bagi kategori Pendidikan dan Pembelajaran di Anugerah Jenama Putra 2016. SEGi juga merupakan institusi pengajian tinggi pertama yang bekerjasama dengan MIDA yang menyediakan khidmat nasihat mengenai keperluan pembangunan sumber manusia untuk membangunkan program akademik yang memenuhi jangkaan industri.

 

Sejarah

SEGi ditubuhkan pada 1977 di Kuala Lumpur sebagai Kolej Sistematik. Dengan permulaan yang sederhana, kini SEGI telah mula berkembang dan mempunyai 5 kampus iaitu:

 

  1. Kampus Utama

Kampus utama SEGi terletak di Kota Damansara yang mengandungi beberapa fakulti termasuk fakulti Perniagaan, Teknologi dan Inovasi, Seni Kreatif dan Reka Bentuk  serta Pergigian. Dengan pembinaan stesen MRT Kota Damansara yang baru, memudahkan lagi perjalanan bagi pelajar yang tinggal di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Kampus ini mempunyai pelbagai fasiliti yang telah disediakan kepda pelajar seperti perpustakaan dan kolam renang.

Kampus lain:

  • Kolej SEGi di Subang Jaya

 

SEGi College Subang Jaya mula dibuka pada bulan Januari 2006. Kampus yang mempunyai 12 tingkat ini dilengkapi dengan fasiliti yang mampu memberikan pelajar persekitaran pembelajaran yang komprehensif terutamanya kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik dan pendidikan awal kanak-kanak. Pelajar SEGi berpeluang untuk mendapat akses percuma untuk menggunakan fasiliti sukan di Kompleks Sukan 3K yang terletak bertentangan dengan bangunan utama kampus.

  • Kolej SEGi di Kuala Lumpur

Kampus ini dibuka pada tahun 1977 dan kini ia telah berkembang menjadi dari satu bangunan ke lima bangunan di sekitar kawasan ini. Ketika ini, Kolej SEGI di Kuala Lumpur telahpun mempunyai kira-kira 4,000 pelajar yang belajar secara sepenuh masa atau separuh masa.

  • Kolej SEGi di Penang

Kolej SEGi di Penang berfungsi sebagai pusat pendidikan SEGi kepada pelajar di kawasan utara Malaysia. Kampus ini terletak di Green Hall. Kampus ini telah menawarkan pelbagai program di pelbagai peringkat seperti bidang perniagaan, perakaunan, sumber manusia, pendidikan awal kanak-kanak, komunikasi massa, teknologi maklumat, pengurusan hotel dan pelancongan.

 

  • Kolej SEGi di Sarawak

SEGi College Sarawak was established to offer quality education and training to prepare school leavers for the job market. Strategically located in the capital city, Kuching, it is one of the largest private colleges in East Malaysia. This is the only campus which offers law programmes at diploma and bachelor’s degree level.

 

Pencapaian & Anugerah

  • Education – Malaysia World Branding Award
  • Outstanding Innovation Awards 2014
  • Reader’s Digest Trusted Brand 2013 (Services, Private University/College)
  • Reader’s Digest Trusted Brand 2014 (Services, Private University/College)
  • Reader’s Digest Trusted Brand 2015 (Services, Private University/College)
  • Putra Brands Award- Bronze 2016
  • Putra Brands Award- Silver 2015
  • Putra Brands Award- Silver 2014
  • Putra Brands Award- Silver 2013
  • Putra Brands Award- Bronze 2012
  • Student Choice Awards 2015 – (Top 10 University)
  • Asia Pacific Entrepreneurship Awards 2012 (Most Promising Entrepreneur)
  • The Edge Billion Ringgit Club 2013 (Best Performing Stock Award – Trading & Services)
  • 10th Asia Pacific International Honesty (Enterprise Keris Award 2011)
  • 3rd Global Leadership Award 2013 (Leadership in Educational & Training Excellence)
  • The BrandLaureate Best Brand Award 2010 – 2011 (Education Tertiary Private)

 

Program yang ditawarkan :

 

Kategori Program yang ditawarkan Tempoh pengajian
Sijil ·         Sijil Pengajian Perniagaan

·         Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak

·         Sijil Reka Bentuk

·         Sijil Pengurusan Hotel

·         Sijil Teknologi Maklumat. 

 

 

1.5 tahun

Program Asasi  ·         Asasi Perdagangan

·         Asasi Seni

·         Asasi Sains

·         Asasi Teknologi Maklumat

 

1 tahun

A-Level ·         A-Level 1.5 tahun
Diploma ·          Diploma Sains Kesihatan

·         Diploma Perniagaan Dan Perakaunan

·         Diploma Pendidikan Awal Knak-Kanak

·         Diploma Seni Reka Bentuk Kreatif

·         Diploma Pengajian Komunikasi

·         Diploma Hospitaliti & Pelancongan

·         Diploma Kejuruteraan

·         Diploma Teknologi dan Inovasi

·         Diploma Undang-Undang

·         Diploma Psikologi

 

 

 

 

3 tahun

Diploma Eksekutif ·         Diploma Eksekutif In Pentadbiran Perniagaan

·         Diploma Eksekutif Reka Bentuk Grafik

·         Diploma Eksekutif Komunikasi Massa

·         Diploma Eksekutif Strategi Maklumat 

 

 18 bulan (separuh masa online learning)

Ijazah Sarjana Muda ·         Sains Kesihatan

·         Perniagaan dan Perakaunan

·         Pendidikan Awal Kanak-Kanak

·         Seni Reka Bentuk Kreatif

·         Pengajian Komunikasi

·         Hospitaliti dan Pelancongan

·         Kejuruteraan

·         Teknologi dan Informasi

·         Bahasa Inggeris dan Perhubungan Awam

·         Undang-Undang

·         Psikologi

 

 

4 years

Fasiliti yang disediakan:

  • Penginapan pelajar
  • Perpustakaan
  • Kemudahan sukan dan rekreasi
  • Internet 

 

Mengapa di SEGi?

  • Institusi Pendidikan tinggi yang medapat rekod yang baik selama 40 tahun.
  • Permohonan pelajar yang terbanyak iaitu sebanyak 25,000 peljar di 5 kampus
  • prestasi cemerlang dalam menyediakan kecemerlangan pendidikan, mengiktiraf pengiktirafan tempatan dan antarabangsa
awards-tier-5-IMG.png

STARA

Berada di kategori “Cemerlang” adalah pencapaian penting yang mengakui dedikasi kami terhadap kecemerlangan pendidikan dan peranan penting dalam membangunkan pemimpin masa depan.

awards-5-stars-IMG.png

QS 5 STARS

Universiti SEGi dinilai 5 bintang dalam kategori pengajaran, kemudahan, tanggungjawab sosial dan inklusif berdasarkan hasil kompilasi data pada tahun 2015 dalam audit bintang QS (Quacquarelli Symonds) dan mencapai 3 Bintang yang menakjubkan secara keseluruhan.

awards-my-quest-IMG.png

MyQuest 2014/2015

SEGi College Subang Jaya dan Kuala Lumpur memperoleh 6 bintang dalam penarafan MyQUEST pada 2014/2015, yang dianugerahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

 

About admin

mm

Check Also

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

  Universiti Sains Islam Malaysia merupakan sebuah university awam di Malaysia yang terletak di Nilai, …

×
Masih tertanya-tanya bagaimana untuk memohon? Kini lebih mudah berhubung dengan menggunakan Whatsapp. Whatsapp kami untuk mendapatkan info lebih lanjut.