Home / Turki / Q&A Mengenai Permohonan ke Turki

Q&A Mengenai Permohonan ke Turki

Terdapat pelbagai pertanyaan yang kami terima mengenai bagaimana cara-cara ingin memohon pengajian di Turki, apakah syarat-syaratnya dan universiti apa yang ditawarkan.

Disini kami akan jelaskan secara satu per satu.

A) Syarat-syarat minimum untuk memohon :

  • Minimum 12 tahun pengajian. Maksudnya pelajar perlu mempunyai sijil selain SPM seperti STPM, STAM, Matriks, Asasi atau Diploma.
  • Minimum CGPA (STPM/ Matriks/ Asasi/ Diploma) yang diperlukan adalah 3.00 (bergantung kepada bidang dan universiti di pilih)
  • Minimum pangkat keseluruhan STAM adalah Maqbul.

Sekiranya anda telah memenuhi syarat-syarat minimum berikut, anda boleh teruskan untuk pendaftaran.

 

B) Cara-cara untuk mendaftar

  • Mendapatkan informasi mengenai bidang dan universiti yang menjadi pilihan pelajar untuk mendaftar.
  • Mengenal pasti syarat minimum serta universiti tersebut merupakan universiti Awam ataupun Swasta.
  • Pelajar dan ibubapa perlu menghadiri taklimat di pejabat Daulah Educonsult dengan membuat temu janji terlebih dahulu.
  • Membuat persiapan untuk menjalani kursus Bahasa Turki di Turki 6 hingga 8 bulan.

 

 

 

C) Kursus Bahasa Turki

Level bahasa Turki

Level Exam untuk Bahasa Turki  Level (dalam Bahasa Turki) Penerangan mengenai Level
A1 Temel Seviye 2 Kemampuan Asas untuk Berkomunikasi
A2 Temel Seviye 4 Pengetahuan Asas mengenai Bahasa Turki
B1 Orta Seviye 4 Pengetahuan Pertengahan mengenai Bahasa Turki
B2 Yüksek seviye 2 Pengetahuan Bahasa Turki yang Baik 
C1 Yüksek seviye 4 Pengetahuan Bahasa Turki yang Sangat Baik 
C2 Yetkin seviye Pengetahuan bahasa di peringkat akademik, mungkin lebih baik daripada pembicara asli.
  • Ianya terdapat 6 peringkat (level) iaitu A1, A2, B1, B2, C1 dan C2 (sama juga seperti kita di Malaysia iaitu MUET; Band 1 – 6)
  • Level Bahasa Turki adalah bergantung kepada syarat kemasukan universiti dan bidang yang pelajar mohon. 
    Contoh: Pelajar ingin memohon bidang Sejarah Islam di Universiti Ankara – minimum Bahasa Turki yang diperlukan adalah B1.
  • Tempoh kursus tersebut berlangsung adalah 8 bulan – 10 bulan maksimum.
  • Setiap kursus bagi level bahasa Turki adalah berjumlah 720 Lira.
  • Anggaran tempoh untuk melengkapkan satu level adalah sebulan.
  • Kebiasaannya kursus bahasa Turki ini dijalankan di Fateh Sultan Mehmet University.

 

D) Ujian Yos

  • Ianya merupakan ujian kemasukan kepada pelajar luar negara yang ingin memohon ke Universiti Awam di Turki.
  • Ianya mengandungi 45 soalan berteraskan IQ dan 35 soalan berteraskan Matematik, jadi jumlah soalan adalah sebanyak 80 soalan objektif.
  • Soalan tersebut direka dalam bahasa English dan Turki.
  • Ujian tersebut dijalankan selama 90 minit – 120 minit, bergantung kepada universiti.
  • Pelajar dilarang untuk membawa masuk kalkulator ke dalam dewan peperiksaan.
  • Ujian Yos adalah berbeza mengikut Universiti. Pelajar boleh mengambil ujian Yos lebih daripada satu tempat bergantung kepada universiti yang menjadi pilihan pelajar.
  • Yuran ujian Yos adalah antara 50 – 100 USD, bergantung kepada universiti.
  • Tempoh sah keputusan ujian Yos adalah 1 tahun.

 

E) Ujian English/ Ujian Kemasukan Universiti

  • Ujian khas yang dilakukan oleh setiap Universiti Swasta di Turki kepada pelajar luar negara yang memohon.
  • Bergantung kepada universiti untuk mengadakan ujian atau tidak.
  • Keputusan Ujian Peperiksaan Bahasa English yang biasanya diminta adalah Test Of English as Foreign Language (TOEFL)

About admin

Check Also

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443H l 2022M

  Ramadhan barakah pasti dirindui, Moga amalan diterima ilahi, syawal menjelma sama dirai, Dengan ucapan …

12 comments

  1. Assalamualaikum encik, nak tanya saya gagal satu subjek stam 2017,dan sudah repeat pada tahun 2018 dan sdg menunggu, adakah boleh saya ke turki dgn result ulangan saya? ke tidak diterima ya result ulangan. terima kasih.

  2. asslmualaikum, saya pelajar di rusia . nk tnya if boleh tukar ke turki ,ada jln pnyelesaian untuk tukar uni di turki tak ? 0192876154 . no wssup sy .

  3. Salam, anak saya akan habis Diploma Quran dan qiraat di KUIS hujung bulan Feb2019, boleh tak anak saya memohon utk kemasukan university di Turkey pada tahun 2019 ini dan university apakah yang paling bagus dan sesuai.tq

  4. assalamualaikum saya pelajar lepasan stam dan baru sahaja mendapat keputusan. apa langkah seterusnya yg perlu saya lakukan sekiranya ingin melanjutkan pelajaran ke turki?

    • waalaikumsalam encik zaid, boleh berikan saya no tel untuk dihubungi? Atau boleh terus hubungi saya di talian 0132853903.

    • Assalamualaikum..saya nak tnya, saya stam 2018, dapat maqbul..boleh ke saya sambung belajar ke turkey?

  5. salam sye nak tanye kalau pelajar kelulusan kolej vokasional boleh tak nak degree kt university kt turkey

  6. no tel saya (Idris) 0133849067

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.