Home / Daulah Medic / Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 

Universiti Sains Islam Malaysia merupakan sebuah university awam di Malaysia yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Sebelum ini, USIM dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) yang telah ditubuhkan pada tahun 1998 kemudiannya ia telah bertukar kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 1 Februari 2007.

Terdapat banyak program yang telah ditawarkan di USIM. USIM mempunyai 9 fakulti yang mengandungi 32 program Ijazah Sarjana Muda seperti bidang ekonomi, Syariah, Quran dan Sunnah, undang-undang dan sebagainya. USIM kini telah menjadi salah satu university pilihan bagi pelajar khususnya bagi bidang pengajian Islam.

USIM juga menyediakan kemudahan fasiliti seperti:

  • Perpustakaan
  • Servis Kesihatan
  • Pengangkutan awam
  • Wifi dan ICT
  • Tempat bersukan dan rekreasi

 

Program yang ditawarkan.

Ijazah Sarjana Muda Tamhidi (Asasi)
·         Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah

·         Fakulti Pergigian

·         Fakulti Undang-Undang dan Syariah

·         Fakulti Ekonomi dan Muamalat

·         Fakulti Sains dan Teknologi

·         Fakulti Kejuruteraan

·         Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

·         Fakulti Bahasa

·         Fakulti Penguruan dan Kepimpinan

·         Tamhidi Perakaunan dan Muamalat

·         Tamhidi Perubatan

·         Tamhidi Sains dan Teknologi

·         Tamhidi Pergigian

·         Tamhidi Shari’ah dan Undang-undang.

 

Kenapa memilih perlu USIM?

  • USIM merupakan sebuah universiti awam yang unik di Malaysia dan menawarkan dua program akademik utama daripada pelbagai bidang yang mengintegrasikan pengetahuan Naqli dan Aqli.
  • USIM adalah satu-satunya universiti awam di mana ilmu pengislaman diterapkan dalam semua program akademiknya.
  • Program akademik USIM direka bentuk untuk menghasilkan graduan yang dapat memenuhi tuntutan pelbagai industri, berpengetahuan, mahir dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris serta mahir dalam kemahiran berkomunikasi.
  • USIM mempunyai gabungan baik staf akademik tempatan dan antarabangsa yang berkelayakan dan berpengalaman juga pakar dalam bidang masing-masing.

 

About admin

Check Also

DAFTAR MEDIC LUAR NEGARA MENGGUNAKAN TRIAL SPM 2023

Berminat untuk sambung belajar bidang perubatan? Adakah anda merupakan calon SPM 2023?  Tahukah anda, walaupun …

2 comments

  1. Lepasan madrasah boleh tak,? X de sijil spm

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.