Pengambilan Pelajar bidang Sains ke Mesir bagi sesi September 2018 – Masih Dibuka !

Apabila kita bertanya kepada pelajar lepasan SPM, ramai yang masih tidak tahu kemana hala tuju atau bidang mana yang ingin dipilih untuk dijadikan kerjaya. Tahukah anda, antara bidang yang popular dikalangan pelajar pada masa kini adalah Perubatan, Pergigian dan Farmasi. Ada juga yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian di luar negara, seperti di Mesir.. 

Related image

 

Kenapa memilih untuk melanjutkan pengajian di Mesir? Berikut merupakan salah satu sebabnya :

  • Kemasukan terus ke Tahun Pertama untuk pelajar lepasan SPM, tanpa perlu mengambil Matrikulasi, Asasi dan A-Level. Ini boleh menjimatkan masa dan kos pelajar.
  • Selepas Matrikulasi, peluang kemasukan adalah terhad untuk ke IPTA. Hanya yang hampir dengan CGPA 4.0 atau setaraf dengannya akan layak mendapat tawaran kursus perubatan. Akhirnya, pelajar terpaksa menerima apa saja kursus selain dari perubatan dan akhirnya cita-cita menjadi Doktor tidak kesampaian.
  • Kos sara hidup amat rendah serendah RM400 sebulan sudah amat memadai.
  • Kadar tukaran semasa wang bersamaan RM1 = 4.4 LE
  • Pengajian perubatan di Mesir lebih murah jika dibandingkan dengan di Rusia, India dan Indonesia.
  • Pengajian 100% dalam Bahasa Inggeris. Tiada kemahiran Bahasa Arab diperlukan.
  • Bumi Mesir menyediakan pelbagai sudut untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat. Oleh itu, pelajar berpeluang untuk membentuk diri sebagai seorang Doktor Muslim yang lebih bermanfaat kepada ummah.
  • Pelajar perubatan Mesir yang sudah bergraduat dan kini berkhidmat di Malaysia sudah menjangkau 4000 orang.
  • Kini, pelajar Malaysia yang masih menuntut di Mesir masih ramai dan ini menyebabkan pelajar baru akan berasa selesa dengan suasana di Mesir.
  • Kawasan penempatan pelajar Malaysia adalah dikelilingi dengan lebih 20 restoran makanan Melayu, jadi pelajar tidak perlu risau untuk mendapatkan makanan citarasa Asia.

 

Di Mesir, pelbagai universiti yang telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, dimana menawarkan bidang Sains kepada pelajar Malaysia lepasan SPM. Antaranya :

  • Universiti Al-Azhar
  • Universiti Alexandria
  • Universiti Mansoura
  • Universiti Cairo
  • Universiti Tanta
  • Universiti Zagazig
  • Universiti Ain Shams

Image may contain: sky and outdoor

Apakah syarat-syarat untuk memohon bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Mesir? 

Image result for perubatan

Perubatan

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 90% dalam lapan (8) subjek iaitu:

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi

dan

Memperoleh sekurang-kurangnya dengan gred B dalam subjek:

  • Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan

Related image

Pergigian & Farmasi

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 79% dalam lapan (8) subjek iaitu:

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi

dan

Memperoleh sekurang-kurangnya dengan gred B dalam subjek:

  • Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan

Nota: Bagi permohonan bidang Sains Kesihatan di Universiti Al-Azhar, sijil SPM hendaklah tidak melebihi tempoh dua (2) tahun dari tahun semasa (tahun 2017 dan 2016) dan pelajar perlu mempunyai Bahasa Arab di peringkat SPM. Bayaran penalti akan dikenakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Mesir dengan kadar EGP750.00 bagi setiap tahun yang lewat kepada pemegang sijil SPM iaitu selain daripada tahun 2017 (tahun 2016 dan 2015). Pembayaran perlu dibuat oleh pelajar melalui pejabat EME di Mesir.

Pengambilan pelajar kini masih lagi dibuka untuk pengambilan sesi September 2018. Hubungi kami segera sebelum tempoh pendaftaran ditutup. Anda juga boleh pra-daftar dengan mengisi borang pendaftaran online berikut https://goo.gl/JQLS12 dan akan diberikan maklumbalas serta konsultasi yang bersesuaian dengan pelajar.

Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami di :

Email : daulahmedic@gmail.com
 
 No. Telefon :
03 92851322 (Pejabat)
013 2090322 (Tuan Syed Fuad)
018 9624322 (Customer Service)
Whatsapp : https://wa.me/60162596316 (Sahira)
 
*Perkhidmatan konsultan adalah percuma*
 
 Alamat pejabat : No 1-19, Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur.
 

 

 

About admin

mm

Check Also

PENDAFTARAN MADRASAH DAULAH (MESIR) SESI OKTOBER, NOVEMBER & DISEMBER 2018 KINI DIBUKA

  KHAS UNTUK ANDA YANG BERMINAT BAGI KEMASUKAN KE MAAHAD BUUTH & UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×
Masih tertanya-tanya bagaimana untuk memohon? Kini lebih mudah berhubung dengan menggunakan Whatsapp. Whatsapp kami untuk mendapatkan info lebih lanjut.