Kursus Bahasa Arab di Jordan

Suasana pembelajaran merupakan salah satu penyumbang kepada peningkatan kosa kata pelajar itu sendiri. Keberadaan pelajar di negara di mana bahasa Arab itu dipertuturkan dapat membantu mereka meningkatkan tahap kefasihan bahasa arab itu sendiri.

Oleh yang demikian, Daulah Medic membuat satu inisiatif untuk membantu mereka yang berminat untuk menguasai bahasa Arab dengan menawarkan Kursus Bahasa Arab. Berita baik, kursus ini diadakan di JORDAN. Peluang terbuka sangat luas untuk anda belajar bahasa arab di ‘pasar’ Jordan.

Warisan di Jordan sangat kaya dengan pelbagai monument yang boleh dilihat dari era Rom, Yunani, dan Byzantine. Daripada runtuhan zaman purba sehinggalah kepada keindahan kota Jordan yang penuh kemodenan dengan pusat-pusat membeli-belahnya yang besar. Salah satu pemandangan indah di Jordan iaitu kota kuno Nabataea iaitu Petra menjadi tatapan mata yang cukup cantik. Selain itu, Bandar Aljun dengan istana zaman pertengahannya dan juga sisa-sisa peninggalan Perang Salib yang menghadap ke Bandar dari kawasan gunung merupakan sesuatu yang menjadi tarikan di sana. Akhirnya, jika anda berminat untuk merasai sendiri pengalaman berjalan di padang pasir dan menunggang unta dengan para Badwi sehinggalah ke Laut Mati, inilah saatnya. Ibarat menyelam sambil minum air, anda dapat melepaskan segala tekanan belajar dengan merasai sendiri semua pengalaman berharga di bumi Anbiya’.

Syarat Kemasukan

  • Terbuka kepada lelaki dan perempuan
  • Berumur 12 tahun dan ke atas
    • Golongan dewasa dan juga pesara sangat digalakkan untuk memohon.

Tempoh Pembelajaran

  • 1 bulan
    • Program cuti sekolah (Sesi May, July dan September 2019)
  • 2 bulan
    • Para pelajar boleh membuat pilihan untuk melanjutkan pembelajaran selepas tamat tempoh 2 bulan ini.
  • 4 bulan
    • Para pelajar boleh membuat pilihan untuk melanjutkan pembelajaran selepas tamat tempoh 4 bulan ini.

Tempat pengajian

  • Ewan University 

Bantuan dan perkhidmatan dari Daulah Medic:

  • Penjelasan lanjut mengenai proses pembelajaran
  • Tiket penerbangan sehala ke Jordan
  • Proses permohonan visa
  • Penginapan rumah sewa
  • Proses pendaftaran ke Ewan University 

Tiada istilah terlambat dalam menuntut ilmu. Tambahkan ilmu bahasa anda dengan kursus yang kami tawarkan ini.

Daftar segera bersama kami dengan klik link dibawah :

>>>> https://goo.gl/f6UX3q

Daulah Medic Sdn Bhd boleh dihubungi di talian;

Website : https://daulahmedic.com
Email : daulahmedic@gmail.com

No. Telefon :

  • 013-2090322 (Tuan Syed Fuad)
  • 018-9824322 (Khidmat Pelanggan)
  • 03-92851322 (Pejabat)

 

“Realisasikan impian anda bersama Daulah Educonsult”

About admin

mm

Check Also

Pengambilan Pelajar Luar Negara Sesi 2019

  Pernah kah anda memasang impian untuk melanjutkan pengajian ke luar negara? Ke negara yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *