Keberangkatan Pelajar Ke Universitas Sumatera Utara

11 Ogos 2018, Sabtu- Tepat jam 7.00 pagi, 6 orang pelajar daripada pelbagai bidang iaitu perubatan, pergigian dan farmasi telah berangkat ke Medan, Indonesia bagi meneruskan pengajian dalam bidang yang diimpikan. Universitas Sumatera Utara menjadi pilihan para pelajar untuk mengejar impian dan cita-cita mereka. Jarak bukan lagi menjadi penghalang untuk mereka menunaikan apa yang diimpikan sekali gus membanggakan kedua ibu bapa.

Keberangkatan mereka turut dihantar oleh ibu bapa pelajar dan Tuan Syed di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Para pelajar mengambil kesempatan yang ada dengan meluangkan masa bersama-sama ibu bapa sebelum masuk ke balai pelepasan.

Kami mendoakan perjalanan mereka menuntut ilmu ini diredhai Allah SWT dan pulang dengan jayanya.

“Realisasikan impian anda bersama Daulah Educonsult”

 

About admin

mm

Check Also

INTAKE KEMASUKAN KE UNIVERSITI SUDAH DIBUKA? JOM DAFTAR SEGERA

[ SESI PENGAJIAN 2019 – IJAZAH SARJANA MUDA ] Anda merupakan pelajar Lepasan SPM, STPM, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×
Masih tertanya-tanya bagaimana untuk memohon? Kini lebih mudah berhubung dengan menggunakan Whatsapp. Whatsapp kami untuk mendapatkan info lebih lanjut.