Home / Indonesia / Pengurusan Pelajar di Universiti Sumatera Utara Medan

Pengurusan Pelajar di Universiti Sumatera Utara Medan

11 Ogos 2018 – Pelajar Daulah telah berangkat ke Medan bagi bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Universitas Sumatera Utara (USU), Medan Indonesia ✈️
.
Pada mulanya masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain oleh kerana berasal daripada negeri yang berbeza. Ada yang berasal dari Kedah, Kelantan, Penang, Johor, Selangor dan juga Sabah. Sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di Medan, keadaan berubah. Masing masing tidak merasa kekok lagi dan sudah mula rapat antara satu sama lain. 
.
2 hari pertama mereka sibuk menyelesaikan dokumentasi dan juga pendaftaran. Kemudian, mereka dibawa melawat kampus universiti dan juga kawasan hostel. Diselitkan juga, aktiviti melawat tempat-tempat wisata seperti di Gundaling Hill dan Berastagi.
.
Banyak memori indah yang telah tercipta sepanjang perjalanan pihak Daulah dan pelajar di Medan, meskipun hanya bersama selama 4 hari. Kami berharap dan mendoakan supaya mereka menjadi doktor-doktor yang berjaya kelak. Insha Allah. 

About admin

Check Also

DAFTAR MEDIC LUAR NEGARA MENGGUNAKAN TRIAL SPM 2023

Berminat untuk sambung belajar bidang perubatan? Adakah anda merupakan calon SPM 2023?  Tahukah anda, walaupun …

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.