Program Ibadah Qurban dan Majlis Hari Raya Aidiladha di Mesir

Program Ibadah Qurban dan Majlis Hari Raya Aidiladha telah berlangsung seawal jam 6 pagi sehingga 10 malam, 22 Ogos 2018 yang lepas di bumi Mesir. Program ini di anjurkan oleh Daulah Educonsult dan Sahabat Daulah, dengan kerjasama HALUAN Mesir, ABIM Mesir, Yayasan Assegaff, Daulah Holding, Deenamik, Komuniti Mesir, Madrasah Daulah dan Origin Creative.

Seramai 200 orang pelajar Malaysia telah mengikuti program ini. Golongan wanita turut serta merasai pengalaman menyembelih haiwan qurban dan mengagihkan sebahagian daging qurban tersebut kepada fakir miskin, rakyat tempatan Mesir dan juga pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Lebihan daging tersebut digunakan untuk majlis makan malam sempena Majlis Hari Raya Aidiladha untuk pelajar-pelajar Malaysia di Mesir dan juga tetamu-tetamu jemputan yang lain.

 

 

About admin

mm

Check Also

KURSUS BAHASA ARAB DI MESIR DAN JORDAN 2019

Siapa saja yang tidak teringin untuk mempelajari bahasa arab di bumi anbiya? Pasti semua teringin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *