Program Orientasi Pelajar Sains Mesir Berjaya Dilakukan Dengan Jayanya

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Selesai sudah Program Orientasi Pelajar Sains Mesir sesi 2018/2019. Program diadakan dengan jayanya pada 9 September 2018 (Ahad) yang lepas di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju. 

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi sedikit pendedahan dan maklumat mengenai proses dan cara hidup di sana. Ini sedikit sebanyak membantu para pelajar membuat persediaan untuk berlepas ke Mesir pada 22 September 2018 ini. Pelajar juga diberikan taklimat mengenai urusan dokumentasi yang diperlukan supaya semuanya tersedia dan proses kemasukan ke sana berjalan lancar.

Kami daripada Daulah Educonsult hanya menginginkan yang terbaik untuk para pelajar dan mendoakan semoga mereka berjaya dalam pengajian mereka di sana nanti  .

 

About admin

mm

Check Also

PERMOHONAN KE TIMUR TENGAH BAGI LEPASAN STAM SUDAH DIBUKA 🙌👏!!!

Tahukah anda Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan atas talian bagi lepasan STAM bermula dari …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *