22 September 2018, Sabtu- Alhamdulillah, tepat jam 12.00 tengahari, pelajar Daulah Sains Mesir sesi 2018/2019 telah selamat berangkat ke Mesir. Pelajar-pelajar yang terdiri daripada bidang perubatan dan pergigian dihantar oleh ibu bapa dan sanak saudara yang tidak melepaskan peluang untuk menghantar dan memberi kata-kata semangat kepada anak-anak pelajar. Turut mengiringi para pelajar ini ialah Tuan Syed Fuad sendiri.
Kami mendoakan semangat jitu yang dibawa para pelajar ini dapat membantu mereka meneruskan perjuangan menuntut ilmu dan pulang membawa segulung ijazah. Semoga mereka menjadi doktor-doktor yang bukan sahaja memberi kebaikan kepada orang ramai tetapi juga memberi kebaikan kepada Islam keseluruhan In Sya Allah Aminn.