Tips Peperiksaan Buat Anda Yang Akan Menduduki SPM

Kurang daripada minggu sahaja lagi pelajar-pelajar yang berada di tingkatan terakhir iaitu tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan SPM yang akan menentukan segala kemungkinan dan juga realiti kehidupan mereka selepas ini.

Pasti anda yang akan menduduki peperiksaan SPM yang akan bermula 13 November minggu hadapan berasa gementar dan sedang bersiap sedia untuk menduduki ‘perang’ nanti dengan nota-nota persediaan akhir nanti bukan?

Memandang peperiksaan SPM akan berlangsung tidak kurang seminggu sahaja lagi, adakah anda sudah mempersiapkan diri dengan sebaiknya tentang pelajaran-pelajaran yang anda telah pelajari selama lima tahun berada di sekolah menengah?

Jika tidak, jadi apa yang anda harus lakukan untuk kembali ‘catch-up’ dengan subjek-subjek pelajaran yang anda ketinggalan? Apa tips yang anda harus ikuti sebelum peperiksaan menjelang? Kami ada tips untuk membantu anda!

#LATIHAN TUBI

Latihan tubi merupakan satu jalan yang penting untuk anda lakukan kerana dengan kaedah ini akan membantu anda untuk mengingati semula topik-topik yang pernah diajarkan oleh guru-guru anda serta dapat mengasah pengetahuan anda tentang sesuatu topik pelajaran tersebut.

Banyakkan membuat latihan tubi bagi soalan-soalan peperiksaan SPM pada tahun yang terdahulu kerana kebanyakkan soalan peperiksaan SPM diolah semula melalui soalan-soalan peperiksaan SPM yang terdahulu. Jika anda mempersiapkan diri untuk menghadapi perang ini dengan berlatih menjawab soalan-soalan terdahulu, anda pasti akan mengetahui ciri-ciri soalan sama yang diolah saban tahun.

#ULANG KAJI SECARA ‘STUDY SMART NOT STUDY HARD’

Teknik pembelajaran ‘study SMART not study HARD’ ini sangat penting untuk anda praktikkan dalam pembelajaran kerana teknik study smart ini lebih berkesan jika dibandingkan dengan teknik study HARD untuk sesuatu pelajaran itu kerana otak yang letih kerana terlalu dipaksa untuk terus menelaah buku sukar untuk menyerap ilmu yang dibaca dan dipelajari dengan baik.

Pastikan anda tidak terlalu mendesak diri anda untuk belajar dengan kuat kerana risau apabila anda menduduki dewan peperiksaan, anda akan mengalami ‘blank’ kerana otak tidak dapat berfungsi dengan baik dan menyebabkan anda tidak mengingati apa yang telah dipelajari selama ini.

Tapi bagaimana caranya untuk belajar secara SMART?  Jadikan ulang kaji SMART anda menyeronokkan dan tidak menyebabkan anda tertekan. Hadkan melaku ulang kaji dengan 2 subjek sahaja sehari dan 1 subjek 2 bab.

Untuk memudahkan anda, anda juga menggunakan bahan pembelajaran untuk membantu anda mengulang kaji secara SMART iaitu dengan pengguna ‘mind-map’ atau ‘flashcard.’ Penggunaan pen dan highlighter berwarna-warni juga akan turut membantu anda mengingati.

#BELAJAR MENGGUNAKAN VIDEO

Kini banyak portal-portal pendidikan yang mengetengahkan pembelajaran secara ‘e-learning’ dengan penggunaan video untuk membantu pelajar-pelajar memahami sesuatu topik itu dengan mudah sekali.

Tidak dinafikan, pengguna video untuk mengulang kaji pelajaran sangat membantu anda yang mudah bosan untuk membaca dan lebih tertarik dengan visual yang bergerak seperti video. Pembelajaran dengan bantuan video pelajaran ini akan menjadikan ulang kaji anda lebih menyeronokkan dan memudahkan anda untuk menghadam topik tersebut. Bukan sahaja menjadikan ulang kaji anda menyeronokkan dengan bantuan visual malah anda juga boleh mengulangnya sehingga anda faham!

#MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT

Anda pasti pernah dimarahi ibu dek kerana memakan mi segera apabila peperiksaan sekolah semakin hampir bukan? Percayalah larangan itu bukan untuk menyeksa anda tetapi mi segera dan makanan ringan yang lain memang patut anda jauhi jika anda akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi dan lebih-lebih lagi peperiksaan besar seperti SPM ini.

Makanan yang anda masukkan ke dalam mulut dan seterusnya melalui perut itu amat mempengaruhi  dan memainkan peranan yang penting terhadap tumpuan dan juga tahap tenaga anda.  Elakkan memakan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi beberapa hari sebelum menduduki peperiksaan.

Amalkan memakan makanan yang dapat membantu meningkatkan daya ingatan anda seperti ikan, blueberry, yogurt, kekacang dan bijian.

#BERCAKAP SEORANG DIRI

Biasakan untuk bercakap seorang diri di hadapan cermin. Biasakan diri anda untuk bercakap semula tentang apa yang anda telah pelajari di hadapan cermin kerana dengan kaedah ini anda dapat mengetahui tahap anda mengingati topik subjek yang anda telah lakukan ulang kaji.

Terdapat kajian yang sudah membuktikan bahawa dengan lebih banyak pancaindera yang anda gunakan, lebih banyak aktiviti di otak yang akan berfungsi serta lebih senang untuk anda menerima pembelajaran yang sedang dilakukan. Keluarkan bunyi daripada mulut anda dengan bercakap semula tentang apa yang telah dipelajari bagi memastikan otak anda terus menjadi aktif.

#STUDY GROUP

Study group atau belajar secara berkumpulan merupakan salah satu kaedah pembelajaran SMART yang anda boleh lakukan.

Belajar secara berkumpulan akan membantu anda bersama rakan-rakan untuk melakukan ulang kaji dengan pantas tetapi berkesan. Bagaimana caranya?

Anda dan rakan-rakan anda boleh mengambil satu topik bagi setiap orang dan cuba untuk memahami topik yang telah dipilih dan selepas memahami topik tersebut dengan mendalam, ceritakan semula apa yang anda ketahui kepada rakan-rakan anda dan begitu juga dengan rakan-rakan anda yang lain.

Dengan kaedah belajar secara berkumpulan ini juga akan membolehkan anda untuk membincangkan sesuatu topik yang anda dan rakan-rakan anda lemah bersama-sama  dan mungkin rakan-rakan anda yang memahami topik yang anda lemah itu dapat memberikan tunjuk ajar tentangnya.

#JANGAN STUDY LAST MINUTE

Elakkan untuk belajar di saat-saat akhir terutamanya jika tarikh peperiksaan semakin hampir kerana ianya bukan dapat membantu anda mengingati apa yang anda telah baca tetapi hanya akan membuat anda berasa tertekan dan berkemungkinan akan menyebabkan anda lupa apa yang telah dibaca.

Jadikan ulang kaji di awal waktu sebagai amalan jadi tidaklah nanti anda terkejar-kejar ingin mengulang kaji topik-topik pelajaran dan akhirnya anda tidak dapat ‘cover’ kesemua topik dan menyebabkan anda kecewa di akhirnya.

Tidak rugi pun jika anda mengulang kaji pelajaran sebaik selepas anda mempelajari sesuatu topik baru di sekolah bahkan akan membantu anda memahaminya dengan lebih mendalam lagi.

About admin

mm

Check Also

5 HOSPITAL TERBAIK NEGARA DENGAN SERVIS LIMA BINTANG!

Saban hari memang tidak dapat dinafikan kadar bagi pesakit-pesakit di hospital makin meningkat dengan pelbagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×
Masih tertanya-tanya bagaimana untuk memohon? Kini lebih mudah berhubung dengan menggunakan Whatsapp. Whatsapp kami untuk mendapatkan info lebih lanjut.