ASASI JADI PILIHAN ANDA SELEPAS MENDAPAT KEPUTUSAN SPM?

Jika anda merupakan pelajar tahun akhir yang akan berada di peringkat sekolah menengah pada tahun ini, ia pastinya menjadi tahun penting buat anda untuk fokus dengan persediaan…peperiksaan SPM dan juga persediaan dalam merancang masa depan anda selepas ini bagi pendidikan di peringkat yang lebih tinggi pula sama ada di dalam negara mahu pun di luar negara bukan?

Ramai diantara anda sudah pun mengetahui hala tuju selepas mendapat keputusan peperiksaan SPM nanti bahkan ramai juga yang masih tidak mengetahui hala tuju selepas SPM. Sebenarnya terdapat banyak pilihan yang anda boleh pilih bukan sahaja melanjutkan pelajaran di peringkat diploma.

Terdapat juga alternatif lain seperti asasi atau ‘foundation’ yang sering menjadi pilihan buat pelajar-pelajar lepasan SPM kerana tidak mahu mengambil masa yang terlalu lama  iaitu selama dua hingga tiga tahun untuk menghabiskan pelajaran mereka untuk menyambung pelajaran ke peringkat degree. Tapi apa itu asasi?

#APA ITU ASASI?

Asasi atau juga dikenali sebagai foundation ini merupakan sebuah pembelajaran yang dikhaskan kepada pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM yang membolehkan anda untuk melangkah terus ke degree tanpa perlu mengambil diploma apabila sudah mendapat sijil asasi nanti.

#MASA

Kebanyakan pelajar di Malaysia memilih untuk menyambung pelajaran dengan ‘tiket’ asasi ini ialah kerana masa atau tempoh pembelajaran yang singkat iaitu selama setahun atau dua tahun sahaja bergantung kepada jurusan yang diambil berbanding dengan diploma yang mengambil masa yang lama untuk dihabiskan.

 

#SUKATAN PELAJARAN

Sukutan pelajaran jika anda ingin menyambung pelajaran ke peringkat asasi ialah lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah atau degree yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

 

#JENIS ASASI YANG DITAWARKAN

Terdapat banyak kursus yang ditawarkan jika anda ingin melanjutkan pelajaran di peringkat asasi dan ianya bergantung kepada pilihan yang telah ditawarkan oleh universiti-universiti awam dan swasta kepada pelajar. Antara jurusan yang ditawarkan ialah seperti Asasi Sains, Asasi Undang-undang, Asasi Pengajian Islam, Asasi TESL, Asasi Kejuruteraan & Sains Komputer dan banyak lagi.

#KELEBIHAN ASASI

  1. Membantu pelajar membuat persediaan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah kelak dalam bidang pilihan.
  2. Struktur pengajian yang merangkumi kemahiran (soft skills) serta akademiknya.
  3. Jika memperolehi keputusan yang cemerlang akan terus ditawarkan pengajian ke peringkat degree oleh universiti tanpa perlu memohon lagi melalui UPU.

#KEKURANGAN ASASI

  1. Jika gagal, tiada pilihan selain menggunakan semula kelayakan SPM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sijil/ diploma sahaja.
  2. Sijil asasi yang diperolehi tidak boleh digunakan untuk memohon pekerjaan.
  3. Jika keputusan kurang cemerlang, perlu memohon melalui UPU semula untuk pengajian degree.
  4. Pelajar lepasan asasi selain UITM dan UM tidak diterima untuk sambung pengajian degree ke universiti awam yang lain.

 

#HALA TUJU SELEPAS ASASI

Seperti yang telah dinyatakan di awal penulisan tadi, jika anda menyambung pelajaran ke peringkat asasi ianya tidak akan mengambil masa yang lama untuk anda menghabiskan pembelajaran dan kemudiannya boleh terus menyambung pelajaran ke peringkat degree selepas setahun atau dua tahun asasi. Tiket mudah dan cepat.

#PERKARA YANG ANDA HARUS TAHU TENTANG ASASI

  1. Jika anda mengambil asasi di universiti awam, tidak semestinya universiti tersebut akan membenarkan pelajar lepasan asasi untuk menyambung pelajaran ke peringkat degree khususnya bagi bidang perubatan di universiti yang sama disebabkan oleh faktor had tempat yang ditawarkan serta permintaan yang tinggi oleh pelajar-pelajar untuk menyambung pelajaran di peringkat degree.
  2. Jika anda ingin memohon degree di universiti selain daripada universiti anda mengambil asasi kecuali pelajar asasi lepasan UITM dan UM, kebanyakan univesiti tidak menyediakan tempat untuk anda kerana mereka lebih mengutamakan tempat pengajian degree buat pelajar di tempat itu sahaja.

About admin

mm

Check Also

TAHNIAH! Adam Danial berjaya memperoleh Ijazah Sanad Tahsinul Quran

Tahniah diucapkan kepada Adam Danial Bin Mohd Zahir kerana telah tamat dan memperolehi Ijazah Sanad …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×
Masih tertanya-tanya bagaimana untuk memohon? Kini lebih mudah berhubung dengan menggunakan Whatsapp. Whatsapp kami untuk mendapatkan info lebih lanjut.