Halatuju Pelajar Lepasan SPM Ke Menara Gading

Selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan kejayaan buat pelajar. Perasaan gembira sukar digambarkan kerana setiap pekerjaan di Malaysia memerlukan… sijil kelulusan SPM.

Tiada kelulusan ini, maka sukar ingin mendapat gaji yang “sedap”. Namun begitu, SPM sebenarnya merupakan “tiket” untuk menyambung pengajian ke bidang yang lebih tinggi. Di sini, terdapat pelbagai cara jika ingin sambung pengajian selain dari mengambil Diploma.

 

#1. HALA TUJU SELEPAS SPM

Berikut ialah cabang yang perlu di pilih pelajar bagi melanjutkan pelajaran. Sumber Foto: Daulah Educonsult
  • Sijil Tinggi Pengajian Malaysia (STPM)

Pengajian ini mengambil tempoh selama dua tahun. Ia juga menjimatkan kos kerana tiada yuran yang tinggi perlu dibayar. Pelajar boleh melanjutkan pengajian di sekolah-sekolah yang menawarkan STPM sahaja. Pada peringkat STPM, bidang pengajian tebahagi kepasa Sains, Sastera dan Sejarah. Ini boleh menjimatkan kos pelajar seterusnya dapat sambung pengajian di luar negara.

  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Pengajian ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).  Masa pengajian juga mengambil masa selama dua tahun. Mata pelajaran yang ditawarkan kebiasaanya berkaitan dengan bidang keagamaan seperti Nahu, Fiqh, Tauhid dan lain-lain. Pelajar yang mengambil peperiksaan STAM secara umumnya akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar.

  • Technical Vocational Education Training (TVET)

Program yang semakin mendapat perhatian para pelajar dan masyarakat. Pelajar akan dilatih mengikut bidang industri yang disediakan. Pengajian ini akan membentuk suasana pelajar ke alam pekerjaan. Program ini turut beri pengajian ke peringkat ‘Advance Diploma’.

  • International Baccalaureate (A-Level/ O-Level)

A-Level ialah salah satu program yang ditawarkan sebelum menyambung pengajian ke luar negara. Terdapat juga ujian peperiksaan yang perlu dilakukan pelajar sepanjang tempoh pengajian. Ia juga bergantung kepada bidang yang di ambil pelajar.

Rancang pengajian anda atau mungkin menyesal dikemudian hari. Sumber foto: jixifox
  • Matrikulasi

Program ini di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Tempoh pengajian bergantung kepada prestasi pelajar sama ada setahun atau dua tahun. Kemasukan pelajar akan dinilai mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Progam ini terbahagi kepada Sains Hayat, Sains Fizikal dan Perakaunan. Pelajar juga akan diberi elaun sepanjang tempoh pengajian.

  • Diploma

Program diploma mengambil masa selama tiga hingga ke empat tahun bergantung kepada kos pengajian yang di mohon. Sekiranya pelajar mengambil diploma dibawah universiti kerajaan, kos pengajian juga dapat dikurangkan. Pinjaman dan biasiswa turut disediakan bagi pelajar yang memohon.

  • Program Asasi

Progam yang perlu di ambil sebelum melanjut pengajian ke luar negara. Program ini mempunyai syarat yang ketat berbanding matrikulasi. Tempoh pengajian juga bergantung sama ada setahun mahupun dua tahun.

Program ini hanya ditawarkan di beberapa buah universiti sahaja. Bagi program ini, kerajaan menanggung sebahagian besar kos pengajian manakala selebihnya dibayar oleh pelajar. Pelajar perlu menanggung sepenuh kos yuran sekiranya mengambil asasi di institusi swasta.

 

About admin

mm

Check Also

INTAKE KEMASUKAN KE UNIVERSITI SUDAH DIBUKA? JOM DAFTAR SEGERA

[ SESI PENGAJIAN 2019 – IJAZAH SARJANA MUDA ] Anda merupakan pelajar Lepasan SPM, STPM, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×
Masih tertanya-tanya bagaimana untuk memohon? Kini lebih mudah berhubung dengan menggunakan Whatsapp. Whatsapp kami untuk mendapatkan info lebih lanjut.