Kini Mudah Saja Untuk Menyambung Pelajaran Ke Luar Negara

“Susah ke nak sambung belajar dekat luar negara ni?”…

Pasti soalan ini pernah terlintas dalam fikiran anda bukan? Yelah mana tidaknya, bukan semua orang dapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara ni. Dengan yuran pengajian yang mahal, persiapan ke negara orang yang leceh, faktor kewangan dan gaya hidup di negara orang yang kita tidak tahu pastinya membuat anda bertindak untuk melupakan niat dan impian anda untuk ke luar negara kan?

Belajar ke luar negara bukanlah yang susah seperti yang anda sangkakan selama ini kerana sekarang telah banyak peluang yang telag diberikan untuk pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringat tinggi di luar negara dan lebih-lebih lagi buat mereka yang cemerlang dalam pelajaran.

Jika anda masih berfikir untuk meneruskan pengajian di luar negara atau tidak dek kerana memikirkan kesusahan yang anda bakal tempuhi sebelum melanjutkan pelajaran ke negara idaman anda, kami mempunyai beberapa pencerahan yang boleh menukar persepsi anda mengenai kesukaran ingin menyambung pelajaran ke luar negara!

CARA- CARA UNTUK MENYAMBUNG  PELAJARAN KE LUAR NEGARA

#1. CARI UNIVERSITI DAN BIDANG YANG ANDA MINAT

Pastikan anda membuat sedikit kajian atau research tentang universiti-universiti yang terdapat di luar negara sama ada ianya mempunyai bidang yang anda minati atau pun tidak. Ambil kira faktor-faktor seperti kos hidup di negara berkenaan, yuran pengajian, kemudahan yang berada berhampiran dengan kampus, kemudahan asrama atau rumah sewa. Faktor-faktor seperti ini sangat penting untuk diambil kira kerana anda harus ingat, anda akan hidup berdikari di sana!

 

#2. SEDIAKAN DOKUMEN PENTING

Selepas mengambil kira faktor-faktor yang telah dinyatakan tadi dan juga universiti yang menjadi pilihan di hati, sekarang tiba masanya untuk anda bersiap sedia dengan dokumen-dokumen anda kerana inilah yang akan menentukan kemasukan anda ke universiti berprestij pilihan anda itu.

Beberapa jenis dokumen diperlukan semasa anda mendaftarkan diri di laman web universiti yang anda pilih nanti dan antaranya seperti visa, sijil SPM, transkrip dan sijil diploma, IELTS dan dua surat rujukan jika anda sudah bekerja.

 

#3. CARI ‘EDUCATION AGENT’ YANG BOLEH DIPERCAYAI!

Untuk membantu memudahkan lagi urusan kemasukkan anda ke universiti di luar negara, anda dinasihatkan supaya mencari dan menggunakan khidmat agensi pendidikan ini. Agensi pendidikan ini akan membantu anda menguruskan kemasukan anda sebelum sehinggalah anda tamat pengajian nanti.

Pastikan anda membuat rujukan mengenai agensi pendidikan yang ada di negara kita bagi mengelakkan anda ditipu atau khidmat yang diberikan kepada anda tidak memuaskan hati kerana kelewatan agensi pendidikan anda membayarkan yuran ke pihak universiti nanti.

About admin

mm

Check Also

INTAKE KEMASUKAN KE UNIVERSITI SUDAH DIBUKA? JOM DAFTAR SEGERA

[ SESI PENGAJIAN 2019 – IJAZAH SARJANA MUDA ] Anda merupakan pelajar Lepasan SPM, STPM, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×
Masih tertanya-tanya bagaimana untuk memohon? Kini lebih mudah berhubung dengan menggunakan Whatsapp. Whatsapp kami untuk mendapatkan info lebih lanjut.