MENGAPA BANGLADESH HARUS MENJADI DESTINASI PENGAJIAN?

Bagaimana jika anda melanjutkan pelajaran ke Bangladesh? Sanggupkah anda? Melihat sendiri rakyat Bangladesh yang bekerja di Malaysia, sudah tentunya memberi gambaran yang buruk mengenai negara mereka. Buang stigma buruk anda dan… ketahui fakta menarik tentang Bangladesh.

Bangladesh merupakan negara islam kedua terbesar selepas Indonesia dengan rata-rata penduduk 89.5 %, 9.6 % Hindu manakala selebihnya adalah agama Kristian dan lain-lain. Ini bukan lagi masalah besar seperti “kejutan budaya” kerana majoriti mereka terdiri daripada muslim. Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke sana, Bangladesh adalah pilihan yang sesuai. Dhaka juga bermaksud “Kota Masjid”. Terdapat lebih 400 masjid yang terdapat di Dhaka buat pengganut agama Islam.

Terdapat banyak keindahan alam semulajadi di Bangladesh. Sumber foto: bangladesh nation

Mata wang yang digunakan di Bangladesh ialah Taka. Bagi duit RM 1 bersamaan dengan 14 taka. secara tidak langsung, mata wang yang digunakan juga murah. Dari segi mata wang, melanjutkan pengajian di sana bukanlah satu masalah yang besar. Selain itu, Universiti yang ditawarkan di Bangladesh juga antara yang terbaik yang pernah ditawarkan. Fasiliti dan tenaga pengajar yang cukup merupakan tarikan bagi menyambung pengajian di sana.

National Parliament House antara tarikan di Dhaka. Sumber foto: bm.cari.com

Ramai menggangap bahawa Bangladesh antara negara yang tiada potensi untuk berjaya. Betulkan persepsi anda kerana terdapat beberapa tempat menarik yang terdapat di sana. Ahzan Manzil terletak di Dhaka dan merupakan salah satu tarikan yang menarik dari segi reka bentuk dan sejarahnya.

Ahzan Manzil, tempat menarik di Dhaka. Sumber foto: bm.cari.com

National Parliament House juga tempat menarik untuk dilawati. Senibina yang menarik juga merupakan daya tarikan buat pelancong yang ingin ke sana. Cox Bazar Beach merupakan tarikan pantai yang terdapat di Bangladesh. Orang ramai yang mengunjung ke sana boleh menikmati keindahan alam semulajadi ini.

About admin

mm

Check Also

INTAKE KEMASUKAN KE UNIVERSITI SUDAH DIBUKA? JOM DAFTAR SEGERA

[ SESI PENGAJIAN 2019 – IJAZAH SARJANA MUDA ] Anda merupakan pelajar Lepasan SPM, STPM, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×
Masih tertanya-tanya bagaimana untuk memohon? Kini lebih mudah berhubung dengan menggunakan Whatsapp. Whatsapp kami untuk mendapatkan info lebih lanjut.