Makanan Halal Di Rusia? Ini Adalah Antara Makanan Halal Yang Ada Di Rusia

Apabila individu ke di luar negara sama ada melancong mahupun atas urusan kerjaya, sudah pastinya kita memerlukan destinasi makan yang halal. Tidak lupa juga…buat pelajar Malaysia yang berada di luar negara. Kedai makan mahupun kedai yang menjual barangan halal sudah menjadi kewajipan buat mereka.

Bagaimana pula dengan pelajar di Rusia? Tidak dapat dinafikan, Rusia merupakan destinasi pilihan buat pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian terutama dalam bidang perubatan. Kalau soal makanan halal di Rusia, tak perlulah risau lagi.

Moscow, Rusia. Sumber: black.white.com

Namun bagaimana pula dari segi makanan ? Negara Soviet kini makin sedar bahawa peningkatan pelajar Muslim ke negara merupakan satu strategi yang bernas untuk mempromosikan makanan halal.

Rusia sendiri telah merasmikan “Halal Friendly” yang berada berdekatan Bakhetle.  Halal Friendly bertujuan untuk menarik minat pelabur asing dalam memasarkan perniagaan mereka dalam industry halal. Sebenarnya tiada isu bagi kita tidak memasukkan Rusia sebagai destinasi pilihan untuk sambung belajar. Berikut ialah senarai kedai makan halal yang berada di sekitar ibu kota.

#1. HALAL RESTAURANT

Destinasi makanan halal ini terletak di Tatarstan atau lebih tepatnya di Kota Kazan, ini merupakan makanan halal yang berkonsepkan makanan Indonesia. Pelbagai jenis makanan yang dihidangkan antaranya nasi goreng, mee goreng dan pelbagai. Bagi pelajar Malaysia, hidangan ini tidak lagi asing pada tekak mereka memandangkan negara jiran turut menyediakan makanan yang sedap. Jadi, anda tak perlu risau lagi!

#2. INDO FOOD

Antara kedai makanan halal di Rusia. Sumber: mediaindonesia.com

Indo Food merupakan restoran halal yang pertama kali dibuka di Rusia. Perniagaan ini juga mendapat sambutan daripada penduduk tempatan terutamanya pelajar muslim yang berada di Rusia.  Pembukaan restoran ini menjadi perkembangan yang baik dan pelajar muslim tidak lagi perlu risau dengan makanan halal yang disediakan di sana.

#3. DONER KEBAB

Makanan halal yang dihidangkan Doner Kebab sangat ringkas tapi mampu menjamin kepuasan kepada pelajar muslim. Antara makanan yang dijual antaranya ialah kebab, shawama dan terdapat pelbagai makan yang lain berasal dari negara timur tengah.

Kebab sepanjang perjalanan ke MSMU. Sumber: azamrusiakita.blongspot.com

Kedai ini tidak terlalu besar dan kawasan ini sangat strategik. Pelajar muslim yang melanjutkan pengajian di Moscow State Medical University (MSMU), gerai ini sebaris dengan arah ke MSMU. Jadi tidak logic kalau kita katakana bahawa tiada kedai halal di bumi Rusia.

Banyak lagi kedai makan yang halal disamping pasar raya yang berkonsepkan muslim friendly. Bagi individu yang ingin menyambung pengajian di Rusia, amatlah digalakkan. Sebenarnya ini ialah cara untuk kita mencuba sesuatu yang baru dan belajar budaya negara luar. Kepelbagaian makanan yang halal juga mendorong pelajar untuk sambung belajar di sini.

 

About admin

mm

Check Also

Pendaftaran Ke Indonesia Telah Di Buka (Sesi 2019)

  Anda berminat untuk menyambung pelajaran di Indonesia dalam bidang Sains kesihatan dan anda baru …

2 comments

  1. let me know all the fee
    how many years to study medicine

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *