Sebab Untuk Anda Memilih Bidang Perubatan

Menjadi impian setiap ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka menjadi ahli medik bukan? Bidang perubatan merupakan satu bidang yang sangat dipandang mulia kerana…. dapat membantu pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan perubatan dari mereka yang mengetahui mengenai bidang perubatan ini.

Bidang perubatan merupakan bidang perubatan yang sangat mencabar tetapi jika anda merasakan ianya suatu bidang yang sangat susah dan tidak menarik, ternyata anda silap sama sekali kerana bidang perubatan ini mempunyai banyak keunikannya yang ramai tidak ketahui.

Anda tidak hanya terhad untuk menjadi seorang doktor atau nurse sahaja jika memasuki bidang perubatan ini kerana anda juga boleh mendapatkan pekerjaan dalam bidang perubatan tetapi bukan sebagai seoarang doktor atau nurse kerana bidang perubatan ini tidak terhad dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Seseorang itu boleh menjadi seorang pakar nutrisi, ahli farmakologi serta seorang juruteknik pergigian tetapi masih lagi menjadi seorang pengamal perubatan.

Banyak kelebihan yang anda akan dapati jika anda memilih untuk melebarkan sayap dalam bidang perubatan bukan hanya dapat beruniform seorang doktor atau nurse sahaja dan memakai stetoskop sahaja. Banyak kelebihan jika anda memilih untuk berada dalam industri perubatan ini yang mungkin akan mengubah hidup anda. Antara kelebihannya adalah :

#1. PERTUMBUHAN POSITIF PEKERJAAN

Menurut satu kajian dari Statistik Biro Buruh Amerika Syarikat, industri kesihatan akan mengalami pertumbuhan sebanyak 26% pada 2022 dengan peningkatan sekitar 4.1 juta pekerjaan dalam bidang perubatan.

Bersesuaian dengan pertambahan populasi penduduk dan juga peringkat umur yang kian meningkat dan memerlukan lebih banyak perkhidmatan perubatan, hospital, doktor, rumah jagaan kejururawatan dan kemudahan lain yang akan merekrut pekerja secara aktif.

#2.PELUANG MENDAPAT GAJI LUMAYAN DAN MANFAAT SAMPINGAN

Seperti yang kita tahu, bidang perubatan ini bukanlah suatu bidang yang mudah untuk diceburui oleh itu gaji yang dibayar juga setimpal dengan tahap kepakaran anda dalam bidang perubatan nanti.

Semakin banyak pengalaman, kemahiran dan latihan anda, semakin banyaklah gaji yang akan dibayar. Selain itu, anda juga akan mendapat manfaat sampingan yang lebih baik berbanding bidang pekerjaan yang lain.

#3. PELUANG UNTUK BEKERJA DI LUAR NEGARA

Kepakaran seseorang dalam bidang perubatan sangat diperlukan di seluruh negara kerana bidang perubatan tidak mempunyai had atau batasan dan kepakaran anda tidak hanya diperlukan di negara anda sahaja.

Kepakaran dalam bidang perubatan mempunyai permintaan yang sangat tinggi di serata dunia. Jika anda berhasrat untuk bekerja sambil melancong, bidang perubatan lah bidang yang bersesuaian dengan anda. Bukan sahaja dapat melancong tapi juga dapat merawat pesakit.

#4. BANYAK PELUANG PEKERJAAN BERLAINAN

Terdapat banyak skop pekerjaan yang disediakan dalam bidang perubatan yang anda boleh pilih. Anda boleh memilih untuk skop perubatan yang anda ingin ceburui dan jika tiba-tiba ianya tidak kena dengan jiwa anda, anda boleh sahaja memilih skop lain yang berkaitan dengan perubatan.

Kebiasaannya hospital akan menawarkan pekerja mereka menjalani latihan memasuki bidang lain untuk membantu anda mendapatkan pengalaman dan mencuba benda baharu.

#5. DAPAT MEMBANTU ORANG

Pekerjaan dalam bidang perubatan merupakan pekerjaan yang sangat mulia kerana setiap hari anda akan membantu pesakit yang mungkin sedang bertarung nyawa dan memerlukan bantuan daripada kepakaran anda.

Jika doktor menjadi pilihan anda, pilihlah untuk meneruskannya kerana ia merupakan pekerjaan paling untung di dunia dan anda berada di kebun syurga. Setiap hari 140,000 malaikat akan mendoakan anda yang membantu pesakit.

Jika anda berniat untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan, terdapat beberapa senarai universiti yang patut menjadi pilihan anda dan senarai kami ini merupakan tempat pengajian bidang perubatan yang paling terkenal di dunia! Antaranya :

  1. KURSK STATE MEDICAL UNIVERSITY, RUSIA.
  2. UNIVERSITI SUMATERA UTARA, INDONESIA.
  3. DHAKA MEDICAL COLLEGE, BANGLADESH.

Berminat dalam bidang perubatan?

Jom hubungi konsultan kami untuk perkhidmatan konsultan secara percuma.

https://wa.me/601114307825 (cik Farhana)

https://wa.me/60162596316 (cik Sahira)

http://wa.me/60199439419 (cik Aini)

https://wa.me/60193731603 (cik Ida)

About admin

mm

Check Also

KURSUS BAHASA ARAB DI MESIR DAN JORDAN 2019

Siapa saja yang tidak teringin untuk mempelajari bahasa arab di bumi anbiya? Pasti semua teringin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *