TIPS UNTUK MEMILIH UNIVERSITI TERBAIK DI LUAR NEGARA

Belajar di luar negara memang seronok mana kan tidaknya kita dapat mengumpul pengalaman hidup di sana dengan orang sekeliling yang belainan budaya dengan kita dan … dapat belajar sambil melancong di negara orang.

Tapi tahukah anda sebelum anda memilih untuk menyambung pelajaran ke luar negara, terdapat beberapa persediaan awal yang anda harus lakukan? Antara persediaan awal selepas anda mengambil keputusan untuk belajar di negara orang ialah untuk memilih universiti terbaik yang mempunyai jurusan yang anda inginkan di negara idaman anda itu.

Jika anda masih tidak ketahui atau masih keliru untuk memilih universiti mana bersesuaian dengan anda untuk menyambung pelajaran di luar negara nanti, anda tidak risau kerana kami akan memberikan anda tips-tips untuk membantu anda untuk memilih universiti yang terbaik di luar negara.

#1. MEMBUAT ‘RESEARCH’

Tips pertama ini amat penting sekali untuk anda mengetahui tentang universiti-universiti yang ada di luar negara ataupun yang sudah ada dalam list universiti pilihan anda. Anda wajib membuat sedikit kaji selidik atau ‘research’ kerana daripada kaji selidik mengenai universiti itulah anda akan mendapat maklumat tentang universiti itu sama ada ia mempunyai jurusan yang anda inginkan atau pun tidak dan adakah ianya bersesuaian dengan kelayakan anda.

Selain itu, daripada kaji selidik itu nanti anda akan dapat mengetahui jika universiti yang anda di sana mempunyai kemudahan buat pelajar, kemudahan untuk mendapat makanan halal, yuran pembelajaran, kos hidup dan adakah mereka menawarkan biasiswa buat pelajar daripada luar negara.

#2. CARI UNIVERSITI YANG TERKENAL

Universiti WarSaw di Poland merupakan universiti di ranking pertama negara itu.

Cuba anda listkan atau cari universiti-universiti yang terkenal di luar negara seperti Universiti Kursk State Medical di Rusia, Universiti Sumatera Utara di Indonesia dan Universiti of Warsaw di Poland yang menjadi pilihan beribu-ribu pelajar daripada negara untuk menyambung pelajaran.

Kelulusan sijil atau pengiktirafan universiti-universiti terkenal dan ‘top’ ini kebiasaannya diiktiraf oleh UNESCO, WHO dan juga pertubuhan badan-badan dunia yang lain. Anda tidak perlu sangkalkan lagi kerana kebanyakan universiti yang telah menjadi universiti terbaik di dunia ini mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang yang mereka tawarkan dan ada di antaranya telah pun beroperasi beratus-ratus tahun.

#3. KOMUNITI PELAJAR DARI MALAYSIA

Ianya amat penting untuk anda buat research sama ada universiti-universiti di luar negara itu mempunyai komuniti pelajar Malaysia atau pun tidak. Dengan adanya komuniti pelajar dari Malaysia di sana, anda tidak akan rasa terasing di negara orang nanti dan akan memudahkan anda jika berlaku apa-apa perkara sepanjang anda berada di sana nanti.

#4. KENAL PASTI UNIVERSITI TERBAIK ANTARA YANG TERBAIK

Selepas anda telah mengenai pasti dan menyenarai pendekkan universiti-universiti terbaik di luar negara itu, tibalah masa untuk anda memilih universiti yang paling terbaik antara terbaik untuk anda menyambung pelajaran. Pelbagai aspek harus diambil kira kerana tempoh pembelajaran itu bukanlah masa yang singkat dan jarak antara negara kita dengan negara universiti pilihan anda sangat jauh.

Pastikan anda memilih universiti yang betul-betul terbaik daripada segi pembelajarannya, kos yuran serta semua kelebihan dan kemudahan yang disediakan supaya tidaklah anda menyesal di kemudian hari.

About admin

mm

Check Also

INTAKE KEMASUKAN KE UNIVERSITI SUDAH DIBUKA? JOM DAFTAR SEGERA

[ SESI PENGAJIAN 2019 – IJAZAH SARJANA MUDA ] Anda merupakan pelajar Lepasan SPM, STPM, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×
Masih tertanya-tanya bagaimana untuk memohon? Kini lebih mudah berhubung dengan menggunakan Whatsapp. Whatsapp kami untuk mendapatkan info lebih lanjut.