Mari Jadi Graduan Perubatan Universiti Terkenal Di Rusia

Kami pasti ramai yang memasang impian untuk menjadi doktor apabila tamat pengajian di sekolah menengah nanti dan tak kurang juga dengan mereka yang memasang niat untuk menjadi seorang graduan doktor daripada… universiti terkenal di luar negara bukan? Ada yang menyangka bahawa impian tersebut hanyalah mimpi yang tidak akan tercapai kerana memikirkan tentang had atau kuota bagi pelajar Malaysia untuk dihantar belajar ke luar negara yang terhad.

Bagaimana pula jika kami berkata bahawa segala kemungkinan anda untuk menjadi seorang graduan doktor daripada university luar negara itu bukanlah hanya khayalan atau mimpi yang tidak akan terjadi dalam hidup anda?

Kami menawarkan kepada anda universiti perubatan terbaik dan berpengalaman di Rusia seperti universiti Kursk State Medical University terletak di Kursk City dan telah mempunyai pengalaman dalam mengajar bidang perubatan selama 83 tahun dan telah melahirkan lebih daripada 40 ribu orang doktor, ahli farmasi dan juga ahli perubatan profesional dalam bidang lain.

Kursk State Medical University mempunyai lebih 19 000 orang pelajar yang belajar di universiti tu di mana 7 000 orang pelajar mendapat pendidikan tinggi dan lebih 900 orang pelajar berada di pendidikan profesional menengah, lebih daripada 600 penduduk dan pasca siswazah, lebih daripada 10 000 pakar kesihatan awam dan pendidikan tinggi.

Kursk menawarkan kepada anda dua jenis tahap pendidikan iaitu ‘Pre-Med’ dan juga ‘Medical Degree.’

PRE-MED :

Pengajian Pre-Med ini ditawarkan kepada lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran di universiti berprestij ini. Anda akan melalui tempoh pengajian selama 7 tahun untuk menamatkan pengajian. Antara syarat dan kebaikan yang ditawarkan kepada anda ialah :

  • Pengambilan pelajar dilakukan sebanyak empat kali pada setiap tahun iaitu pada bulan Februari, April, Jun dan September.
  • Anda boleh mendaftar diri anda ke university KURSK ini dengan menggunakan keputusan SPM anda dan juga boleh mendaftar menggunakan keputusan percubaan SPM anda jika anda ingin melanjutkan pengajian lebih awal (kebiasaanya bagi pengambilan Februari).
  • Kelayakan keputusan yang dikehendaki ialah minimum ‘B’ bagi setiap subjek teras Sains yang anda ambil di sekolah. Tetapi jika anda memperoleh markah bagi subjek teras Sains selain daripada gred ‘B’ dan tidak gagal, Daulah Educonsult boleh membantu anda dan masih boleh diambil kira.
  • Tempoh pengajian selama 7 tahun (1 tahun pengajian ‘Pre-Med’ + 6 tahun pengajian bagi Medical Degree).
  • Pada (1) tahun tempoh pengajian bagi ‘Pre-Med’ anda akan dipersiapkan dengan persiapan sebelum memasuki Medical Degree di mana anda akan di ajar bahasa Rusia dan mempelajari semula subjek-subjek teras Sains yang pernah anda pelajari di sekolah. Semasa di peringkat Medical Degree pula anda akan menjalani praktikal di tahun ketiga.

 

MEDICAL DEGREE :

Medical Degree pula ditawarkan buat lepasan STPM dan setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di universiti ini. Tempoh pengajian bagi Medical Degree pula berlainan dengan Pre-Med iaitu selama 6 tahun. Antara syarat dan kebaikan yang ditawarkan buat anda yang akan melanjutkan dalam Medical Degree ialah seperti :

  • Anda haruslah mempunyai asasi / STPM / A-Level / diploma dalam bidang Sains.
  • Kelayakan CGPA yang diperlukan ialah 3.0 dan minimum pointer ialah 2.5 .
  • Tempoh pengajian selama 6 tahun sahaja termasuklah praktikal di hospital kerajaan yang terdapat di Rusia.

YURAN PENGAJIAN

Kursk State Medical University menawarkan yuran pengajian yang sangat berpatutan jika ingin dibandingkan dengan yuran pengajian dalam bidang Sains di universiti-universiti IPTS yang terdapat di Malaysia walaupun ianya terletak di luar negara.

Pengajian di Kursk State Medical University sangat berpatutan kerana yuran pengajiannya tidak melebihi RM300,000 seperti yuran pengajian IPTS lain di Malaysia seperti MSU yang berharga melebihi RM300,000 bagi keseluruhan tempoh pengajian di bidang Sains.

Yuran pengajian di Kursk juga meliputi yuran bagi tempat tinggal anda di sana sepanjang semester dan juga termasuk insurans kesihatan anda. Anda tidaklah hanya membayar yuran pembelajaran semata-mata.

MENGAPA KURSK STATE MEDICAL UNIVERSITY?

Mengapa Kursk State Medical University harus menjadi pilihan anda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan kerana ianya bukan sahaja sebuah universiti yang berprestij dan melahirkan pakar-pakar perubatan yang bertauliah malah banyak lagi kelebihan yang anda akan dapat jika memilih Kursk State Medical University. Antara kelebihannya ialah :

  • Universiti perubatan paling murah di Rusia.
  • Banyak akses kemudahan di sekeliling kampus seperti pusat membeli-belah, mudah untuk mendapatkan makanan halal kerana ianya berdekatan dengan kampus, tempat-tempat menarik untuk dilawati dan banyak lagi.
  • Lebih 300 orang pelajar Malaysia menuntut di Kursk State Medical University ini.
  • Menggunakan bahasa Inggeris bagi sesi pembelajaran. Bagaimana pun kebolehan untuk berbahasa Rusia juga digunakan bagi memudahkan anda berinteraksi dengan pesakit-pesakit apabila menjalani latihan praktikal nanti. Anda tidak perlu risau kerana anda akan diajar untuk berbahasa Rusia pada tahun pertama pengajian.
  • Kos sara hidup tidak tinggi.

About admin

mm

Check Also

Peluang Mempelajari Bahasa Arab Di Luar Negara!

“Saya nak belajar bahasa arab tapi tak tahu kat mana!”  Jangan risau! Tahukah anda bukan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *