Sambung Belajar Ke Universiti Al-Azhar Tanpa SPM STAM

Bagi mereka yang cintakan pendidikan yang lebih berarah kepada Islam pastinya mengetahui tentang universiti kedua tertua di dunia ini iaitu Universiti Al-Azhar bukan?

Universiti Al-Azhar telah… melahirkan banyak ilmuan dan para profesional Islam yang bijak mengenai ilmu agama Islam maka tidak hairanlah beribu-ribu pelajar daripada seluruh negara datang ke Universiti Al-Azhar untuk melanjutkan pelajar dalam bidang agama Islam.

 

Universiti Al-Azhar telah mula dibina sejak dinasti Fatimiah dan nama ‘Fatimiah’ telah diambil sempena nama puteri Nabi Muhammad SAW yang bernama ‘Fatimah.’Fatimah terkenal dengan gelaran ‘Az-Zahra’ yang bermaksud pintar dan universiti ini diambil nama tersebut sebagai penghormatan buat beliau.

Ramai yang beranggapan bahawa ianya sukar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka ini dan pastinya memerlukan keputusan peperiksaan yang cemerlang untuk melayakkan diri mereka untuk berada di Universiti Al-Azhar. Bagaimana pula jika markah anda hanyalah cukup-cukup makan dan tidak mendapat banyak ‘A’ tetapi anda begitu teringin untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang agama Islam di Universiti Al-Azhar impian anda itu pasti tidak akan tercapai sama sekali bukan?

Keputusan yang cemerlang bukanlah jaminan dan keputusan yang kurang memberangsangkan pula bukanlah tanda anda tidak mempunyai harapan lagi untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dan di universiti-universiti yang terkemuka. Usah bersedih lagi kerana kami mempunyai jalan untuk anda melanjutkan pelajaran ke luar negara di universiti terkenal seperti Universiti Al-Azhar tanpa keputusan SPM dan STAM sekali pun anda masih layak untuk diterima!

Pengambilan pelajar ke Universiti Al-Azhar terbuka buat anda yang :

  • Berumur 14-24 tahun.
  • Lelaki dan perempuan.
  • Minat dalam bidang agama Islam.
  • Tiada sijil SPM atau STAM.

MADRASAH DAULAH

Pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar bersama Daulah EduConsult pertama sekali diwajibkan untuk mengikuti program ‘Madrasah Daulah’ yang disediakan oleh pihak Daulah EduConsult bagi persiapan anda untuk belajar ke Universiti Al-Azhar.

Di Madrasah Daulah, anda akan dibimbing dan diberikan tunjuk ajar tentang Tahsinul Qur’an, Tahfizul Qur’an, Talaqqi Kitab bersama Syeikh, pengajian bahasa Arab, pengajian umum dan juga program study tour. Selepas anda menamatkan pengajian di madrasah Daulah, anda akan dikehendaki untuk menduduki sebuah ujian bagi menentukan tahap pendidikan anda seterusnya.

Ujian yang anda akan duduki akan menentukan sama ada anda akan berada di ‘Dirosah Khossoh’ (sekolah rendah) dan ‘Maahad Buuth’ (sekolah menengah) sebelum anda melangkah ke alam universiti di Universiti Al-Azhar. Terdapat sebelas peringkat bagi Dirosah Khossoh dan tujuh peringkat bagi Maahad Buuth. Tempoh pengajian boleh disingkatkan bergantung kepada prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar sendiri.

Syarat bagi kemasukan Madrasah Daulah ialah terbuka kepada semua pelajar sehingga berumur 21 tahun dan tiada kelayakan khusus atau keputusan yang cemerlang yang diperlukan untuk melayakkan anda ke Madrasah Daulah.

About admin

mm

Check Also

TAHNIAH! Adam Danial berjaya memperoleh Ijazah Sanad Tahsinul Quran

Tahniah diucapkan kepada Adam Danial Bin Mohd Zahir kerana telah tamat dan memperolehi Ijazah Sanad …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×
Masih tertanya-tanya bagaimana untuk memohon? Kini lebih mudah berhubung dengan menggunakan Whatsapp. Whatsapp kami untuk mendapatkan info lebih lanjut.