Terokai Kota Anbia Di Mesir Sambil Belajar

Menetap di tanah air sendiri pastinya tidak membawa impak pada anda. Bagaimana pula jika menetap di luar negara pada tempoh yang lama? Sudah pasti anda akan berfikir dua kali. Inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh individu ke luar negara. Kali ini, kita akan terokai budaya serta… cara hidup di negara Mesir.

KEHIDUPAN DI MESIR

Bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran ke sini, bahasa arab adalah bahasa ibunda rakyat tempatan. Seperti di Malaysia, tiap negeri mempunyai loghat tersendiri. Di Mesir, loghat yang digunakan ialah loghat Amiyah. Sekiranya anda boleh bertutur dengan baik, pastinya komunikasi akan berjalan dengan lebih baik.

Pakaian rasmi wanita Arab. Sumber foto: BP Guide

Jarak perjalanan dari Malaysia memakan masa sehingga 16 jam. Waktu semasa di Mesir agak lambat berbanding Malaysia, lewat 6 jam. Jadi bagi anda yang ingin hubungi orang tersayang di kampung halaman, pastikan waktu membuat panggilan ialah waktu yang sesuai.

TEMPAT TINGGAL

Bangunan Wisma Pahang khas bagi pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian ke sini. Sumber foto: Dana Wakaf Pahang

Bagi pelajar yang menyambung pengajian di sana, terdapat asrama yang didirikan oleh MARA di Mesir. Terdapat juga asrama lain yang dibina berdekatan dengan kawasan universiti. Bagi pelajar yang ingin berdikari, terdapat juga rumah yang berdekatan untuk disewa.

PENGAJIAN YANG DITAWARKAN DI MESIR

Bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian ke sini, hubungi sahaja Daulah Educonsult!

Terdapat pelbagai universiti yang ditawarkan di bawah Daulah Educonsult. Bagi kelulusan STAM, bidang seperti Pengajian Islam, Syariah, Bahasa Arab dan banyak lagi turut ditawarkan. Manakala bagi lepasan SPM, bidang yang ditawarkan di bawah Daulah Educonsult ialah perubatan, pergigian dan farmasi dengan minimum lulus B dalam subjek yang dipohon.

Hubungi Daulah Educonsult bagi sebarang maklumat lanjut. Sumber foto: Daulah Educonsult

Berikut ialah universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult. Bagi anda yang masih ragu-ragu, kesemua universiti ini mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)

#1. Universiti Al-Zahra

#2. Universiti Alexandria

#3. Universiti Mansoura

#4. Universiti Tanta

#5. Universiti Ain-Sham

#6. Universiti Cairo

#7. Unversiti Zagazig

About admin

mm

Check Also

Tawaran Pengajian Islam Universitas Islam Negeri Sultan Syariff Kassim Indonesia

Universitas Islam Negeri Sultan Syariff Kassim,  Riau Indonesia, Sesi Kemasukan SEPTEMBER 2020✓ 👉🏻Khas kepada pelajar …

4 comments

  1. Saya ingin sambung belajar ke mesir,tetapi saya tidak mengambil subjek biologi. Em. Boleh ke saya sambung belajar ke sana?

    • mm

      Cik Noor Aishah, boleh saya tahu cik berminat nak sambung dalam bidang apa ya ? atau cik tinggalkan no telefon untuk saya hubungi/whatsapp, boleh saya terangkan dengan lebih lanjut.

  2. Assalamuaaikum, Anak saya sedang menduduki SPM tahun 2018, anak berminat untuk sambung belajar di luar negara, dia amat berminat bidang perubatan pergigian, Bolehkah memohon dan bagaimana caranya, adakah memerlukan keputusan percubaan? Untuk makluman pihak tuan Percubaan MRSM anak saya mendapat 8 A dan 1 B…