Home / Blog / 3 Sebab Perlu Belajar Di Luar Negara

3 Sebab Perlu Belajar Di Luar Negara

Bagi adik-adik yang ingin menyambung pengajian ke luar negara pasti berasa bimbang. Manakan tidak, selain faktor budaya terdapat juga beberapa faktor lain yang mempengaruhi adik-adik. Di sini, kami akan terangkan kepada adik-adik mengapa sambung belajar ke luar negara antara pilihan yang tepat.

#1. KENALI BUDAYA LUAR

Antara budaya yang dipersembahkan oleh masyarakat Rusia. Sumber foto: Kebudayaan Rusia

Sekiranya adik-adik menyambung pengajian di negara tercinta, sudah pasti adik-adik sedia maklum dengan persekitaran di Malaysia seperti norma masyarakat, musim cuti, cuaca dan pelbagai lagi. Namun begitu, jika adik-adik menyambung pengajian ke luar negara, secara tidak langsung dapat menimba budaya masyarakat tempatan di sana. Sudah pastinya setiap negara mempunyai keunikan tersendiri.

Sambung belajar ke luar negara juga dapat “menarik” adik-adik keluar daripada zon selesa. Adik-adik juga dapat merasai sendiri pengalaman sebagai warga tempatan, bergaul dengan rakan baharu serta meraikan budaya masyarakat di sana.

#2. SYARAT KEMASUKAN

Syarat kemasukan juga agak susah jika ingin menyambung pengajian dalam bidang perubatan. Sumber foto: nyuenex

Bagi adik-adik yang masih terpinga-pinga mengenai kemasukan di universiti awam di Malaysia. Syarat kemasukan yang diberikan agak “ketat”. Adik-adik perlu memperolehi sekurang-kurangnya keputusan cemerlang bagi setiap ujian. Keputusan yang cemerlang amat diperlukan jika adik-adik memasang impian untuk belajar dalam bidang perubatan di universiti awam Malaysia.

Menariknya jika belajar di universiti awam luar negara pula ialah syarat kemasukan yang longgar. Namun itu tidak bermakna bahawa institusi di sana tidak mengambil berat mengenai pelajar luar negara. Sebaliknya memberi peluang bagi pelajar untuk menimba ilmu di mana syarat kelayakan dalam bidang perubatan yang agak longgar.

#3. KOS PENGAJIAN

Jika adik-adik memasang impian untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan, sudah pasti kos pengajian yang perlu dibayar agak “perit”. Disamping syarat kemasukan yang tinggi pastinya kedengaran sangat mustahil.

 

Kos pengajian yang tinggi sudah pastinya membimbangkan pelajar. Sumber foto: medicinaprvencion.com

Namun begitu, jika adik-adik menyambung pengajian dalam bidang perubatan di luar negara, kos pengajian dapat dikurangkan. Pengajian dalam bidang sains perubatan seperti farmasi, pergigian dan lain-lain memerlukan kewangan yang sangat banyak namun dapat dikurangkan melalui  faktor mata wang negara asing dan lain-lain faktor.

INGIN TERUS BELAJAR KE LUAR NEGARA DALAM BIDANG PERUBATAN?

Di sini, kami akan menyediakan jalan penyelesaian bagi adik-adik yang masih buntu. Layari Daulah Educonsult dan ketahui banyak lagi mengenai universiti yang ditawarkan dalam bidang perubatan. Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi yang menguruskan kemasukan pelajar ke luar negara dalam pelbagai bidang.

Jom sambung belajar ke luar negara dengan Daulah Educonsult. Sumber foto: Daulah Educonsult.

Masih ragu-ragu mengenai kredibiliti Daulah Educonsult?

Daulah Educonsult memulakan perkhidmatan pada 2008 dan universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult turut mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), MQA dan banyak lagi.

Bagi ibu bapa yang berminat dan ingin ketahui lebih lanjut  atau sebarang konsultasi boleh klik di sini dan pihak mereka akan uruskan segalanya.

About admin

Check Also

DAFTAR MEDIC LUAR NEGARA MENGGUNAKAN TRIAL SPM 2023

Berminat untuk sambung belajar bidang perubatan? Adakah anda merupakan calon SPM 2023?  Tahukah anda, walaupun …

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.