6 Kerjaya Yang Menguntungkan Untuk Lepasan Graduan

Boleh dikatakan hampir semua orang ketika masih kecil apabila ditanya tentang kerjaya impian mereka pada masa hadapan, kami pasti ramai yang mengimpikan kerjaya sebagai seorang doktor sebagai pilihan kerana gaji bulanannya yang lumayan disamping dapat berkhidmat kepada masyarakat bukan?

 

Mungkin ramai di antara kita yang masih mengekalkan impian mereka untuk menjadikan kerjaya profesional yang menguntungkan itu sebagai kerjaya tetap atas sebab kelayakan yang bersesuaian. Ada juga di antara kita yang apabila sudah meningkat dewasa, memandang soal kerjaya bukanlah hanya terletak kepada gaji yang lumayan semata-mata kerana kerjaya merupakan satu pilihan yang harus kita pilih dengan tepat sekali.

Tidak dinafikan bahawa kerjaya dalam bidang seperti bidang perubatan, kejuruteraan dan IT memang antara pilihan panas yang akan menjadi tumpuan pelajar-pelajar untuk melayakkan diri mereka dalam bidang-bidang tersebut.

Di negara kita sendiri mempunyai banyak pilihan pekerjaan kerjaya dalam pelbagai bidang yang menawarkan gaji lumayan buat lepasan graduan baru. Anda ingin mengetahui kerjaya apakah yang berjaya mengungguli carta kerjaya dengan kutipan gaji yang tertinggi di negara kita? Bolehkah anda mencari kerjaya anda dalam senarai di bawah ini?

6 KERJAYA DENGAN GAJI TERTINGGI DI MALAYSIA

#1. TEKNOLOGY MAKLUMAT (IT)

Dengan perkembangan pesat penggunaan internet di seluruh dunia menyebabkan permintaan bagi kerjaya yang berkaitan dengan teknologi komputer ini telah meningkat dengan mendadak sekali terutamanya bagi pereka laman web, aplikasi, sistem dan pemaju teknologi bagi memenuhi permintaan syarikat-syarikat yang memerlukan kepakaran mereka dalam bidang IT.

Bidang IT bukan sahaja menjanjikan gaji asas lumayan bahkan turut memberikan anda peluang pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pengajian di peringkat tinggi nanti.

Bagaiamana pun, gaji bagi seorang pakar IT ini bergantung sepenuhnya kepada syarikat yang anda pilih untuk berkhidmat kerana berkemungkinan lain syarikat menyediakan bayaran yang berlainan daripada syarikat yang lain. Selain bergantung kepada syarikat yang anda pilih, ianya juga bergantung kepada jenis programming yang anda lakukan.

GAJI KASAR GRADUAN BARU BAGI BIDANG IT : Purata RM 4,600.

#2. BANGUNAN DAN PEMBINAAN

Kerjaya dalam bidang pembinaan sekarang dilihat semakin mengembang seperti permintaan bagi pakar-pakar IT dan kerjaya dalam bidang pembinaan pada hari ini lebih terbuka untuk menerima idea-idea pembinaan bangunan dari anak muda yang mempunyai idea ‘fresh’ untuk tujuan pembinaan sesuatu bangunan yang bercirikan moden dan turut melibatkan penggunaan teknologi baru seperti robot bagi meningkatkan produktiviti .

Kejuruteraan bangunan dan pembinaan ini merupakan salah satu pekerjaan yang akan membayar anda dengan gaji tertinggi walaupun anda hanyalah graduan lepasan universiti dalam bidang kejuruteraan bangunan dan pembinaan yang baru.

Salah satu pekerjaan membayar tertinggi untuk graduan baru adalah satu dalam kejuruteraan bangunan dan pembinaan. Jurutera sivil dan struktur, arkitek, juru ukur kuantiti dan pereka dalaman berada di bawah kategori ini.

GAJI KASAR BAGI BIDANG BANGUNAN DAN PEMBINAAN : Purata RM5,500.

#3. KEJURUTERAAN

Kejuruteraan merupakan salah satu pekerjaan yang tidak lapuk ditelan zaman dan tetap mengekalkan bayaran yang lumayan buat mereka yang berada di dalam bidang ini. Walaupun menjanjikan pendapatan bulanan yang lumayan buat anda dan terutamanya buat lepasan graduan baru, bidang kejuruteraan ini bukanlah sebuah kerjaya yang mudah untuk diceburui dan setimpal lah dengan apa yang anda bakal dapat.

Permintaan jurutera yang tinggi di Malaysia ini bergantung kepada bidang pengkhususan anda dan antara yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di negara kita ialah kejuruteraan kimia, elektrik, eletronik, mekanikal atau automatif. Di negara kita sahaja memerlukan lebih daripada 200,000 pakar jurutera menjelang tahun dua tahun lagi iaitu pada 2020 dan setakat ini difahamkan hanya terdapat 10,000 sahaja jurutera yang terdapat di negara kita dan pemintaan terhadap bidang ini masih terbuka luas.

GAJI KASAR BAGI BIDANG KEJURUTERAAN : Purata RM3,500.

#4. OIL AND GAS

Ramai yang amat memandang tinggi mereka yang bekerja dalam bidang ini bukan? Mana kan tidaknya kerjaya dalam bidang oil and gas ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk menempatkan diri dalam industri ini dan kerjayanya juga amat mencabar.

Penggunaan minyak yang tinggi telah menjadikan penyumbang kepada bidang oil and gas ini berkembang dan perkembangan positif ini memerlukan lebih banyak peluang pekerjaan bagi bidang ini di seluruh dunia walaupun ada desas desus mengatakan bahawa industri gas dan minyak ini bakal berdepan dengan masalah permintaan pada dua tahun lagi namun khabar angin mengenai kerjaya dalam bidang ini hanyalah buah mulut sahaja.

Difahamkan bahawa gaji bagi jawatan Eksekutif Kanan dalam industri ini menerima dua kali gaji yang diterima oleh pekerja-pekerja lain. Dengan memilih syarikat-syarikat GLC tertentu, anda akan mendapat banyak manfaar kerja yang kebanyakkan industri lain tidak tawarkan.

GAJI KASAR BAGI BIDANG OIL AND GAS : Mulai dari RM4,000

#5. PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

Kerjaya dalam bidang pelancongan dan hospitaliti ini merupakan salah satu pilihan yang anda boleh pertimbangkan apabila memilih kerjaya anda nanti. Bukan sahaja persekitaran pekerjaan yang menyeronokkan kerana berada dalam sektor pelancongan bahkan bidang ini turut menawarkan pendapatan bulanan yang agak lumayan buat graduan baru dengan anggaran purata sebanyak RM4,500.

Kerjaya dalam bidang pelancongan dan perhotelan ini mempunyai pelbagai profesi yang berkaitan dengan acara hotel, makan dan rekreasi. Sebaik sahaja anda menjadi graduan lepasan industri ini, anda akan mendapat gelaran profesi seperti pengurus hotel, pemandu pelancong, pengurus kepimpinan operasi dan banyak lagi. Menarik bukan?

GAJI KASAR BAGI BIDANG PELANCONGAN & HOSPITALITI : Bermula RM4,500.

#6. BIDANG PERUBATAN

Tidak dapat dinafikan lagi bidang perubatan merupakan antara bidang kegemaran ‘mak-mak’ untuk anak-anak mereka menyambung pelajaran bukan?

Memang tidak silap lagi kerana bidang ini menawarkan pelbagai jenis kerjaya dalam satu bidang dan tidak hanya terhad kepada menjadi seorang doktor semata-mata bahkan anda juga boleh berada dalam bidang perubatan tetapi dalam profesi yang berlainan seperti jururawat, doktor gigi, veterina, ahli farmasi dan banyak lagi.

Walaupun ekonomi negara dilihat tidak menentu bagaimana pun ianya sedikit pun tidak menggugat industri perubatan untuk terus berkembang dan perkembangan yang positif ini turut menyumbang kepada permintaan tenaga kerja dalam bidang perubatan dengan lebih ramai lagi untuk menampung jumlah pesakit yang kian meningkat di hospital-hospital seluruh dunia.

Dianggarkan akan terdapat sebanyak 3.2 juta peluang pekerjaan baru dalam industri kesihatan ini yang akan mula wujud dalam tempoh 8 tahun yang akan datang.

Bagi graduan baru bidang ini akan mendapati bahawa pendapatan mereka pada awalnya tidak akan sebanyak yang disangkakan ini disebabkan oleh kekurangan pengalaman dan pendapatan anda akan mula meningkat sebaik anda mengumpul banyak pengalaman dalam bidang ini. Mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini boleh membawa pulang pendapatan sebanyak RM30,000 dalam masa sebulan!

GAJI KASAR BAGI BIDANG PERUBATAN : RM3,000 dan ke atas.

 

INGIN MENYAMBUNG PELAJARAN DALAM BIDANG YANG MENGUNTUNGKAN INI?

Anda pasti berasa semangat untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang anda inginkan lebih-lebih lagi jika kerjaya impian anda itu merupakan antara kerjaya yang menguntungkan bukan? Tetapi anda masih tidak pasti ke mana dan bagaimana untuk meneruskan impian itu? Anda berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan / IT / kejuruteraan?

Jangan risau, kami akan membantu anda menjawab segala permasalahan anda itu!

Daulah EduConsult Sdn.Bhd merupakan agensi pendidikan yang anda boleh percayai seratus peratus untuk membantu menguruskan pendidikan anda di luar negara nanti. Daulah EduConsult turut menyediakan khidmat konsultasi percuma buat anda yang memerlukan konsultasi atau pencerahan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

Daulah EduConsult menawarkan kepada anda hanya universiti-universiti yang terbaik dan terkenal di negara universiti tersebut dengan yuran pengajian yang berpatutan! Bukan itu sahaja, jika anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Daulah EduConsult dijamin sebelah kaki anda telah pun berada di universiti tersebut kerana seratus peratus tempat pengajian itu akan menjadi milik anda!

About admin

mm

Check Also

KURSUS BAHASA ARAB DI MESIR DAN JORDAN 2019

Siapa saja yang tidak teringin untuk mempelajari bahasa arab di bumi anbiya? Pasti semua teringin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *