Bahaya Produk Kecantikan Express Yang Anda Harus Ketahui

Di zaman yang dikawal oleh media sosial, ramai di luar sana yang berlumba-lumba untuk mendapatkan kulit yang cantik, bersih, putih dan gebu tanpa cacat cela sehingga begitu taksub untuk menjadi cantik semata-mata untuk meraih ‘likes’ yang banyak di laman sosial mereka.

Dengan lambakan produk-produk ‘ekspres’ cantik dan putih di luar sana, tidak hairanlah boleh dikatakan kaum wanita khususnya semakin berani untuk mencuba produk-produk kecantikan yang dijual di toko-toko jamu tanpa meletak tepi soal bahaya sesuatu produk itu.

Sehingga sekarang pun kita boleh lihat produk-produk kecantikan ekspres ini muncul dengan banyak sekali dek kerana melihat kepada permintaan pengguna yang inginkan kesan kecantikan dalam masa yang singkat. Lambakan iklan-iklan dan tagline yang menarik di gunakan oleh pengusaha produk kecantikan untuk menarik kaum hawa khususnya untuk menggunakan produk mereka walaupun banyak pengusaha produk kecantikan ini sendiri mengetahui tentang bahaya produk mereka.

Sejak tahun 2008 hingga 2018, sebanyak 122 produk kecantikan telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana mengandungi bahan-bahan terlarang yang boleh menyebabkan kesan sampingan terhadap pengguna.

Walaupun kesannya pasti membuatkan anda gembira dengan kepantasannya bertindak balas dengan kulit anda namun kegembiraan anda itu bukanlah selamanya kerana produk-produk yang mengandungi kandungan bahaya seperti merkuri, Tretinoin dan Asid Azelaik ini dikatakan boleh memberikan kesan jangka panjang buat kesihatan anda seperti kulit rasa terbakar, kanser kulit dan kekurangan perlindungan UV, keburukan buah pinggang dan sistem saraf.

Walaupun masyarkat kita umum mengetahui tentang bahayanya jenama produk-produk yang pernah diiktiraf tidak selamat oleh KKM namun masih ramai yang tidak mengendahkan tentang keburukan penggunaan produk kecantikan sebegini. Selain daripada kesan yang cepat, faktor seperti mudah terpengaruh dengan iklan-iklan, harga yang murah juga menjadikan ianya merupakan penyebab utama produk berbahaya sebegini kekal di hati mereka.

Bahkan baru-baru ini Dr.Amelina Bakri turut menyentuh tentang lambakan produk-produk kecantikan ekspres yang ada di pasaran negara ini dan bahayanya produk tersebut untuk diguna pakai di laman Twitter beliau.

 

BAGAIMANA INGIN MENGETAHUI JIKA PRODUK KECANTIKAN ANDA SELAMAT DIGUNAKAN?

Amat penting sekali untuk mengetahui sama ada produk kecantikan anda itu selamat untuk digunakan atau pun tidak supaya anda boleh bertindak untuk berhenti menggunakannya dengan cepat.

Sekiranya produk yang anda gunakan itu berdaftar, status pendaftaran produk itu akan dipaprkan. Selepas memeriksa nombor pendaftaran, pengguna dinasihatkan supaya menyemak semula label hologram di produk anda sama ada palsu atau tidak melalui ahli farmasi di hospital, farmasi berdekatan dan juga klinik.

Pengguna boleh menyemak status pendaftaran semua produk farmaseutikal di laman web berikut:

http://npra.moh.gov.my/q3plus/index.php/products-search

INGIN MENJADI AHLI FARMASIS?

Isu produk kecantikan terlarang ini menjadi antara isu yang sering dijadikan perhatian oleh ahli-ahli farmasis untuk menyampaikan dan mengesahkan maklumat tentang produk-produk kecantikan ekspres yang berada di luar sana.

Ramai yang memadang remeh tentang peranan sebenar ahli-ahli farmasis dengan menyangka bahawa kerja sebagai ahli farmasis ini hanyalah berada di hadapan kaunter farmasi untuk memberi ubat semata-mata. Namun peranan ahli farmasis ini sebenarnya sama pentingnya dengan doktor-doktor di luar sana untuk merawat pesakit.

APA YANG ANDA HARUS KETAHUI TENTANG AHLI FARMASIS

PENDIDIKAN :

  • Untuk menjadi seorang ahli farmasis, mereka haruslah mempunyai degree dalam bidang farmasi yang kebiasaanya memakan masa selama 4 tahun untuk dihabiskan.
  • Sebelum ingin menyambung pelajaran ke peringkat degree, anda haruslah mempunyai diploma dalam bidang Sains atau Farmasi / asasi dalam bidang Sains / Matrikulasi dalam bidang Sains Tulen.

APA YANG AHLI FARMASIS HARUS KETAHUI :

  • Fisiologi normal badan manusia.
  • Apa yang berlaku apabila keadaan normal dikompromi.
  • Cara mengatasi masalah yang timbul dengan menggunakan ubat.
  • Semua berkenaan ubat daripada cara pembuatannya hingga kepada kesan sampingan ubat itu.

BEZA ANTARA DOKTOR DAN AHLI FARMASIS :

  • Doktor : Dapat mengenal pasti penyakit-penyakit kerana mereka belajar dengan lebih mendalam.
  • Ahli farmasis : Belajar mendalam tentang ubat-ubatan.

 KERJAYA DALAM BIDANG FARMASI

AHLI FARMASIS DI HOSPITAL :

  • Hospital mempunyai jumlah ahli farmasis yang paling ramai sekali kerana di hospital mempunyai banyak bahagian contohnya ahli farmasis yang berada di wad akan memantau dos ubat serta kesan sampingannya.

AHLI FARMASIS DI KEDAI FARMASI :

  • Ahli farmasis ini kebiasaanya boleh dilihat di kedai-kedai farmasi seperti Watsons, Guardian, Caring dan banyak farmasi yang ada. Mereka akan memberikan konsultasi tentang penyakit ringan berdasarkan ubat-ubatan yang ada di dalam loker kaca mereka.

FARMASI PERINDUSTRIAN :

  • Ahli farmasis di farmasi perindustrian ini kebiasaannya diletakkan di kilang-kilang ubat seperti Pharmaniaga. Mereka akan memantau pembuatan ubat-ubatan, mengawal kualiti ubat kerana sangat penting untuk memastikan semua ubat memberi kesan dan mencukupi untuk merawat penyakit yang berkaitan.

PENGAMAL FARMASI :

  • Pengamal farmsi ini akan memantau kesemua aktiviti jual beli yang melibatkan ubat dan kosmetik.

ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI FARMASIS?

Anda berminat untuk berada dalam bidang perubatan namun anda mungkin tidak berminat untuk menjadi seorang doktor atau jururawat kerana lebih berminat dengan kerjaya yang berlainan dalam bidang perubatan ini?

Anda mempunyai impian untuk menjadi seorang ahli farmasis? Tetapi masih mencari-cari tempat pengajian yang menawarkan bidang farmasi di universiti-universiti terbaik?

Kami mempunyai jawapan buat persoalan anda itu!

AYUH SAMBUNG BELAJAR DALAM BIDANG FARMASI DENGAN DAULAH EDUCONSULT SDN.BHD

 

Anda berminat untuk menjadi bakal graduan bidang farmasi? Daulah Educonsult akan membantu anda untuk merealisasikan impian anda!

Dengan menggunakan perkhidmatan dari Daulah Educonsult anda sudah selangkah untuk menjadi pelajar dalam bidang farmasi kerana tempat anda telah seratus peratus pasti dan dijamin. Daulah Educonsult akan membantu anda menguruskan segala urusan anda untuk melanjutkan pelajaran ke sana serta turut menyediakan khidmat konsultan buat anda secara percuma.

Usah ragu-ragu dengan perkhidmatan yang Daulah Educonsult tawarkan kerana Daulah Educonsult telah menghantar ramai pelajar ke melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara serta mempunyai pengalaman dalam menguruskan pelajar-pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di luar negara.

About admin

mm

Check Also

TAHNIAH! Adam Danial berjaya memperoleh Ijazah Sanad Tahsinul Quran

Tahniah diucapkan kepada Adam Danial Bin Mohd Zahir kerana telah tamat dan memperolehi Ijazah Sanad …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×
Masih tertanya-tanya bagaimana untuk memohon? Kini lebih mudah berhubung dengan menggunakan Whatsapp. Whatsapp kami untuk mendapatkan info lebih lanjut.