Jom Kenali Jenis-Jenis Bidang Kejuruteraan Yang Ada

Selain daripada kerjaya sebagai seorang doktor, jurutera juga merupakan antara kerjaya popular yang sering menjadi sebutan dan idaman pelajar-pelajar sekolah yang masih mencari kerjaya sesuai buat mereka. Tapi tahukah anda tugas dan jenis-jenis bidang kejuruteraan yang ada?

Buat mereka yang sedang dalam perjalanan menamatkan pelajaran di peringkat sekolah menangah yang sedang berjuang menjawab SPM pasti sedang terfikirkan tentang bidang apa yang anda mahu sambung selepas ini bukan? Anda berminat akan bidang kejuruteraan? Pastikan anda membaca entri kali ini sehingga habis untuk mengetahui jenis-jenis bidang kejuruteraan yang ada serta tugas-tugasnya.

Jom kita kenali kenali jenis-jenis kejuruteraan yang ada supaya nanti tidak tersilap pilih bidang!

#1. KEJURUTERAAN MEKANIKAL (MECHANICAL ENGINEERING)

Kejuruteraan mekanikal menggunakan Kejuruteraan, Fizik, Matematik Kejuruteran dan juga prinsip Sains bahan untuk merancang, menganalisis, mengeluarkan dan menyelenggara system mekanikal. Kejuruteraan Mekanikal ini merupakan bidang pembelajaran yang sangat mencabar dan menerapkan pembelajaran secara praktikal serta teori.

Kejuruteraan mekanikal ini akan membina dan menganalisis kenderaan bermotor, pesawat, pemanasan dan penyejukan system, kilang pembuatan, peralatan industri, jentera, robotik, peranti perubatan, tenaga alternatif dan banyak lagi.

Kejuruteraan mekanikal ini mempunyai beberapa sub bidang dibawahnya seperti Kejuruteraan Pembuatan, Kejuruteraan Automotif, Kejuruteraan Loji dan Kejuruteraan Plastik. Ianya berada dalam skop yang sama tetapi dalam pengkhususan yang berbeza.

Jika anda sukakan sesuatu yang mencabar, anda bolehlah mencabar diri anda memasuki bidang kejuruteraan mekanikal ini kerana bidang ini melibatkan banyak kerja-kerja praktikal yang mencabar dan pasti akan memberikan anda pengalaman terbaik!

#2. KEJURUTERAAN ELEKTRIK (ELECTRIC ENGINEERING)

Kejuruteraan elektrik ini merupakan bidang juruteraan yang masih baru dan merupakan satu-satunya bidang jurutera yang berkaitan dengan teknologi elektrik.Tugas jurutera elektrik ialah untuk mereka bentuk dan membangunkan system elektik baru, menyelesaikan masalah dan menguji peralatan.

 Jika anda memilih untuk bidang kejuruteraan ini, anda akan belajar serta menggunakan Fizik dan Matematik Elektrik, Elektromagnetisme dan Elektronik untuk kedua-dua sistem besar dan kecil untuk memproses maklumat dan menghantar tenaga. Anda juga akan bekerja dengan menggunakan pelbagai jenis peranti elektronik dan peranti poket terkecil hinggalah superkomputer besar.

Jurutera elektrik boleh memilih pelbagai jenis teknologi yang mereka ingin bekerja daripada reka bentuk perkakas rumah, lampu dan pendawaian bangunan, sistem telekomunikasi, stesen  janakuasa elektrik dan komunikasi satelit. Anda juga boleh memilih untuk bekerja dalam teknologi lain seperti mikroelektronik bagi reka bentuk dan pembangunan sistem  serta litar elektrik di komputer dan gadget.

Antara kerjaya yang boleh diceburi termasuklah:

  • Jurutera Penjanaan Kuasa
  • Jurutera Pengagihan
  • Jurutera Pusat  Janakuasa
  • Jurutera Pencahayaan Elektrik
  • Jurutera Peralatan Elektromekanik

#3. KEJURUTERAAN KOMPUTER

Jika anda sangat menggemari akan teknologi yang ada di komputer, bidang kejuruteraan inilah yang sesuai untuk kerjaya anda!  Cabang kejuruteraan ini menggabungkan Kejuruteraan Elektronik dan Sains Komputer bersama tetapi juga merangkumi bidang seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, rangkaian komputer, seni bina komputer dan sistem operasi.

Jurutera komputer akan mereka bentuk dan membangunkan sistem komputer serta peranti teknologi lain. Tapi tugas sebagai kejuruteraan komputer ini?

Antara tugas penting sebagai jurutera komputer ini ialah untuk mengintergrasikan komponen-komponen ini ke dalam sistem komputer dan rangkaian. Tugas ini sangat memerlukan pengetahuan kerja yang sangat baik tentang kejuruteraan elektrik. Selain itu, jurutera komputer juga akan menyelidik, mereka bentuk, membangun dan menguji sistem dan komponen komputer seperti pemprosesan, papan litar, peranti memori, rangkaian dan penghala.

Oleh kerana keinginan untuk teknologi canggih terus meningkat, jadi begitu jugalah dengan permintaan bagi pekerja dalam cabang kejuruteraan ini. Biro Statistik Buruh (BLS Oktober 2017) melaporkan bahawa pembukaan dalam kejuruteraan perkakasan komputer dijangka bertambah lima peratus secara nasional antara tahun 2016 dan 2026.

 

#4. KEJURUTERAAN MEKATRONIK (MECHATRONICS ENGINEERING)

Jika anda sangat menggilai dan pengumpul tegar bagi permainan robot, mungkin kerjaya kejuruteraan dalam bidang ini akan menjadikan impian anda untuk mencipta robot ciptaan sendiri akan tercapai! Cabang kejuruteraan ini menggabingkan asas Sains Mekanik, Elektrik dan Komputer untuk membangunkan sistem autonomi.

Jurutera Mekatronik membat reka bentuk mesin dan sistem pintar yang boleh mengetahui akan persekitaran mereka dan boleh memproses maklumat untuk membuat keputusan.Kerjaya dalam bidang kejuruteraan ini juga dikatakan bakal mengalami permintaan yang sangat tinggi seiring dengan perkembangan industri pembuatan yang memerlukan lebih banyak mesin dan sistem pintar bagi kegunaan kilang-kilang khususnya.

Contoh industri dan juruteknik jurutera mekanik boleh bekerja di dalamnya termasuklah:

  • Industri pembuatan

  • Robotik

  • Aeroangkasa

  • Automasi perindustrian

  • Elektronik

  • Pertahanan

  • Sistem perubatan bio

  • Industri Minyak dan Gas

  • Industri komputer

TAPI KE MANA NAK SAMBUNG PENGAJIAN DALAM BIDANG KEJURUTERAAN? 

Anda masih tercari-cari ke manakah hala tuju anda apabila tamat pengajian di sekolah menengah nanti? Nak sambung pengajian dalam bidang kejuruteraan tapi tak tahu universiti apa yang harus menjadi pilihan hati anda? Jangan risau lagi kerana kami sedia untuk menyenaraikan kepada anda universiti-universiti terbaik yang ada untuk anda menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Yang pastinya hanya universiti terbaik dan berpengalaman luas kami senaraikan kepada anda!

# WARSAW UNIVERSITY OF TECHNOLOGY, POLAND

Warsaw University of Techonology yang terletak di Poland ini merupakan antara universiti tertua di Poland yang kini sudah berusia 92 tahun dan merupakan universiti teknologi terbesar di Eropah Tengah. Warsaw merupakan antara 3% universiti terbaik di dunia dengan jumlah universiti penyelidikan yang kini mecapai lebih 20 ribu.

Universiti Warsaw ini mempunyai pengalaman yang luas dalam mengajar pelajar-pelajar dalam bidang teknologi dengan kira-kira seramai 357 profesor termasuk 145 profesor titular dengan lebih 19 fakulti yang merangkumi hampir semua bidang Sains dan Teknologi. Universiti ini mempunyai 47,600 orang pelajar setiap tahun daripada pelbagai negara.

Universiti Warsaw bukan sahaja menawarkan bidang teknologi bahkan turut menyediakan bidang-bidang lain yang pelbagai untuk pilihan pelajar-pelajar contohnya bidang Kemanusiaan, Sains Sosial dan Sains Semulajadi serta turut menyediakan pelbagai bidang interdisiplin yang menggabungkan pengetahuan dan kemahiran pelbagai disiplin.

Kualiti pembelajaran di universiti Warsaw ini anda tidak perlu sangkalkan lagi kerana kualiti pembelajaran di universiti ini telah disahkan oleh penilaian tahunan yang dijalankan oleh universiti itu sendiri yang menunjukkan bahawa majoriti pelajar berpuas hati dengan pemilihan universiti dan program pendidikan mereka.

17 program yang disediakan oleh UW telah disenaraikan dalam Peringkat Universiti QS World oleh Subjek 2018. 15 program yang ditawarkan oleh UW telah disenaraikan dalam Eduniversal Best Masters & MBA Ranking 2017. Keputusan menunjukkan bahawa memiliki diploma dari University of Warsaw ini merupakan aset yang pasti dalam pasaran pekerjaan kerana 94% responden telah mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

# VISTULA UNIVERSITY, POLAND

Vistula University merupakan universiti swasta pertama di Poland yang kini telah berusia 26 tahun. Universiti ini menawarkan pelbagai bidang seperti Ekonomi, Hubungan Antarabangsa, Pelancongan dan Rekreasi, Falsafah, Sosiologi dan pastinya bidang Kejuruteraan.

Sebaik sahaja anda melangkah kaki dan menjadi pelajar universiti Vistula ini, anda akan dapat merasai pengalaman unik dengan pelajar-pelajar di sana yang datang daripada 60 negara!

Universiti ini juga dikatakan telah bekerjasama dengan banyak sayraikat terkenal dunia seperti IBM, Microsoft, Aster, Oracle melalui program COOP-EDU. Universiti ini turut menawarkan pelajar-pelajarnya untuk menyertai program biasiswa latihan dan program antarabangsa seperti Erasmus.

Universiti Vistula disenaraikan dalam 10 teratas universiti bukan awam terbaik peringkat oleh Perspektywy Magazine 2014.

 

JOM SAMBUNG BELAJAR!

Memandangkan peperiksaan SPM sudah hampir ingin melabuhkan tirainya, pastinya anda sedang sibuk membelek semula semua pamphlet universiti-universiti yang anda pernah dapat sebelum ini bukan?

Memilih universiti yang berpengalaman merupakan sesuatu yang penting dan anda harus ambil kira supaya mendapat kualiti pembelajaran setaraf dengan bidang yang anda pilih. Tapi apa pula yang anda harus lakukan jika anda sudah pun mempunyai pilihan?

Apa kata sambung pengajian anda selepas tamat peperiksaan SPM nanti tanpa harus menunggu keputusan rasmi SPM untuk keluar pada tahun hadapan?

Ya! Kini anda boleh menyambung pengajian anda ke peringkat universiti tanpa harus menunggu keputusan rasmi SPM untuk melayakkan anda memasuki universiti kerana dengan keputusan percubaan SPM sahaja boleh membantu anda menyambung terus pengajian ke universiti di luar negara lagi! Dengan memilih perkhidmatan Daulah Educonsult Sdn.Bhd, tiada apa yang mustahil untuk merealisasikan impian anda untuk ke menara gading!

BERMINAT UNTUK MENYAMBUNG PELAJARAN DALAM BIDANG KEJURUTERAAN?

Berita baik buat anda yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan tetapi masih tercari-cari universiti terbaik untuk menyambung pelajaran. Jom realisasikan impian anda untuk menjadi graduan bidang kejuruteraan dari universiti terbaik dunia dengan Daulah Educonsult Sdn.Bhd!

Daulah Educonsult kini membuka kemasukan pelajar-pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran di peringkat degree dalam bidang kejuruteraan di universiti teknologi terbaik Poland iaitu Warsaw University of Technology dan Vistula University.

Permohonan kemasukan ke universiti-universiti terbaik Poland ini dibuka buat semua pelajar yang sudah mempunyai asas pembelajaran dalam bidang kejuruteraan terutamanya buat pelajar lepasan sekolah Teknik & Vokasional, diploma dalam Kejuruteraan dan juga asasi.

Untuk memahami pembelajaran di universiti itu nanti, anda tidak perlu risau kerana pengajian di sana akan di ajar dengan bahasa Inggeris untuk kemudahan dan pemahaman anda. Jadi tunggu apa lagi? Mari ambil peluang yang terbuka luas ini untuk menyambung pelajaran di luar negara dengan Daulah Educonsult Sdn.Bhd! Siapa kata anda tidak mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran di luar negara? Kini tidak lagi kerana semua orang mempunyai peluang untuk menjadi bakal graduan universiti terbaik luar negara!

 

DAULAH EDUCONSULT SDN.BHD

Daulah EduConsult Sdn.Bhd merupakan agensi pendidikan yang anda boleh percayai seratus peratus untuk membantu menguruskan pendidikan anda di luar negara nanti. Daulah EduConsult turut menyediakan khidmat konsultasi percuma buat anda yang memerlukan konsultasi atau pencerahan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

Daulah EduConsult menawarkan kepada anda hanya universiti-universiti yang terbaik dan terkenal di negara universiti tersebut dengan yuran pengajian yang berpatutan! Bukan itu sahaja, jika anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Daulah EduConsult dijamin sebelah kaki anda telah pun berada di universiti tersebut kerana seratus peratus tempat pengajian itu akan menjadi milik anda!

Jadi apa lagi yang anda tunggu? Pilihlah Daulah EduConsult sebagai agensi pendidikan anda untuk membantu merealisasikan impian anda ke menara gading itu tercapai!

About admin

mm

Check Also

TAHNIAH! Adam Danial berjaya memperoleh Ijazah Sanad Tahsinul Quran

Tahniah diucapkan kepada Adam Danial Bin Mohd Zahir kerana telah tamat dan memperolehi Ijazah Sanad …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×
Masih tertanya-tanya bagaimana untuk memohon? Kini lebih mudah berhubung dengan menggunakan Whatsapp. Whatsapp kami untuk mendapatkan info lebih lanjut.