fbpx

Kenali Syarikat Penerbangan Terbaik 2018 dan Cara UntukMenyertainya

Siapa sahaja tidak mahu terbang ke awan biru untuk melawat negara-negara lain bukan? Tidak dinafikan lagi bahawa rakyat Malaysia memang gemar untuk melancong ke luar negara mahupun di negara ini sendiri dan ini dapat disahkan lagi dengan kadar peratus peningkatan rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara saban tahun makin meningkat.

Kini pelbagai syarikat penerbangan berlumba-lumba untuk menawarkan pelbagai pakej perlancongan dengan perkhidmatan terbaik dunia supaya membolehkan semua orang untuk terbang bersama syarikat penerbangan mereka.

Ada syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan tambang murah dan ada juga syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan dengan kelas dunia buat anda. Kini mudah sahaja untuk kita terbang bukan!

Tapi tahukah anda apakah syarikat penerbangan di dunia yang telah diiktiraf sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia oleh Skytrax pada tahun 2018 ini?

Disini kami senaraikan kepada anda 10 syarikat penerbangan terbaik dunia dan juga fakta lain tentang syarikat penerbangan terbaik dunia :

10 SYARIKAT PENERBANGAN TERBAIK 2018

  1. Singapore Airlines
  2. Qatar Airways
  3. ANA All Nippon Airways
  4. Emirates
  5. Eva Air
  6. Cathay Pacific Airways
  7. Lufthansa
  8. Hainan Airlines
  9. Garuda Indonesia
  10. Thai Airways

10 SYARIKAT PENERBANGAN TAMBANG MURAH TERBAIK 2018

  1. AirAsia
  2. Norwegian
  3. EasyJet
  4. Jetstar Airways
  5. AirAsia X
  6. WestJet
  7. IndiGo
  8. Southwest Airlines
  9. Eurowings
  10. Scoot

SYARIKAT PENERBANGAN DENGAN HOSPITALITI TERBAIK

  1. KIT KEMUDAHAN TERBAIK (EKONOMI) : Qatar Airlines.
  2. KIT KEMUDAHAN TERBAIK (BUSINESS) : American Airlines Cole Haan kit.
  3. KIT KEMUDAHAN TERBAIK (FIRST CLASS) : Lufthansa Jacob Jensen kit.
  4. MINUMAN TERBAIK DI PESAWAT : Virgin Australia.
  5. SNEK TERBAIK DI PESAWAT : Snackbox To-Go – French Fries on Brussels Airlines.
  6. SNEK TERBAIK (FIRST / BUSINESS) : En Route – Power of Pink products on Emirates
  7. INOVASI KATERING TERBAIK DI PESAWAT : Air Europa – Inflight Meals by Newrest.
  8. PESAWAT DENGAN TEKNOLOGI TERBAIK : Spiriant – Skytrack Trolley Tracking on Condor.
  9. PESAWAT TERBAIK UNTUK KANAK-KANAK : Singapore Airlines Moana and Star Wars kit.
  10. UNIFORM TERBAIK : Hainan Airlines.

Kerjaya untuk berada di atas awan biru sebagai seorang pramugari/pramugara, pilot sehinggalah mereka yang akan memastikan kelancaran pesawat dan berkaitan lain dengan pesawat, ia pastinya menjadi impian ramai orang bukan?

Kadang-kala tidak dinafikan lagi dengan minat untuk terbang ke luar negara atau dalam negara dengan pesawat, kebanyakkan pelajar-pelajar mula menyimpan hasrat untuk menjadikan kerjaya berkaitan pesawat sebagai impian mereka selepas tamat pengajian.

Apabila sudah tamat pengajian di sekolah menengah pula, ramai yang berhasrat ingin menyambung pelajaran sebagai kejuruteraan pesawat namun tidak ketahui universiti bersesuaian untuk mereka.

 

MOSCOW AVIATION INSTITUTE

Moscow Aviation Institute (MAI) merupakan antara universiti terbaik dunia yang terletak di Moscow yang menawarkan pembelajaran pelbagai bidang berkenaan pesawat. Universiti penerbangan telah bertapak sebagai universiti yang menawarkan pelbagai bidang berkaitan pesawat selama 88 tahun.

Sejak permulaan MAI, telah memajukan kemajuan dalam teknologi aeroangkasa di Rusia dan di seluruh dunia. Universiti ini memberi penekanan kepada arahan makmal dalam sains dan kejuruteraan terpakai, khususnya kepada tuntutan industri aeroangkasa.

MAI hari ini mempunyai lebih daripada 20,000 orang pelajar dan lebih 200 orang pelajar Malaysia memilih MAI sebagai destinasi mereka untuk melanjutkan pelajaran sebagai graduan kejuruteraan bertaraf dunia.

 

#APA YANG DITAWARKAN DI MOSCOW AVIATION INSTITUTE?

MAI menawarkan pengajaran dan penyelidikan saintifik  di peringkat sarjana, siswazah dan pasca-siswazah dalam teknologi kejuruteraan moden, pembinaan dan reka bentuk pelbagai kenderaan terbang serta sistem aeroangkasa bagi industri pesawat udara dan aeroangkasa.

Ia merupakan universiti yang harus dijadikan pilihan jika anda ingin mendapatkan pendidikan kejuruteraan dalam spektrum penuh dengan keahlian aeroangkasa.

Fokus utama bagi pengajian di universiti ini sudah semestinya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi yang mempunyai 4 jenis bidang jika anda ingin menyambung pelajaran bagi peringkat sarjana muda seperti Kejuruteraan Pesawat, Kejuruteraan Kapal Angkasa, Kejuruteraan Propulsi dan Sistem Kawalan dan Sains Komputer dalam bidang Kejuruteraan.

#AKTIVITI DAN KELAB KAMPUS YANG AKTIF

Universiti ini bukan hanya menekankan tentang pendidikan sahaja bahkan turut menyediakan pelbagai jenis aktiviti di kampus yang selain berkaitan dengan pembelajaran mereka supaya pelajar-pelajar di sana tidak berasa tertekan dengan tekanan pelajaran mereka. MAI turut menyediakan acara seperti Miss MAI, kelab komedi, pertandingan bakat dan banyak lagi yang anda pastinya tidak mahu dikecewalikan.

Setiap tahun MAI akan mengadakan pelbagai acara atau event yang berkaitan dengan Sains dan aeroangkasa seperti Cosmonautics Day, Aerospace Science Week, Gagarin Readings, Knowledge day dan banyak lagi.

 

#LEBIH 50 KELAB SUKAN DI MOSCOW AVIATION INSTITUTE

Selain aktif dengan kelab-kelab dan juga acara di kampus, bagi anda yang berminat dalam sukan juga universiti mempunyai tempat buat anda untuk mengembangkan bakat kerana setiap pelajar MAI mempunyai peluang untuk memasuki kelab sukan di sana.

Terdapat 50 kelab sukan disediakan dan sejumlah 2,000 orang telah berada di kelab sukan kampus itu. Universiti ini juga kerap mengadakan hari sukan, pertandingan sukan, acara lumba lari dan banyak lagi antara falkuti.

Terdapat lebih daripada 60 juara Olimpik, Dunia dan Eropah di kalangan atlet MAI. Pasukan MAI dalam sukan mendayung, bola kerajang, bola tampar, bola baling, ragbi. Hoki, pelancongan serta atlet individu telah berulang kali menjadi juara USSR dan Rusia, pemenang pertandingan antarabangsa Rusia dan Moscow.

#KEMUDAHAN ASRAMA YANG DISEDIAKAN

Kampus MAI mempunyai 9 bangunan asrama dengan jumlah sebanyak 7,020 katil tersedia. Setiap bangunan asrama dilengkapi dengan bilik dobi, kemudahan memasak, bilik penyimpanan basikal dan banyak lagi khas untuk keselesaan penginapan pelajar-pelajar. Ia turut menyediakan akses internet Wi-Fi secara percuma.

 

#KEJURUTERAAN PESAWAT

MAI menawarkan sambungan pelajaran bagi peringkat degree dalam bidang kejuruteraan pesawat dengan tempoh pembelajaran selama 4 tahun untuk ditamatkan. MAI merupakan salah satu universiti aeroangkasa yang diiktiraf paling terkenal di dunia yang akan memberikan pengetahuan dan pengetahuan terbaik kepada anda yang diwarisi dari industri  berteknologi tinggi Rusia.

Antara silibus pembelajaran anda di sana ialah seperti :

  • Kaedah untuk kejuruteraan reka bentuk pesawat
  • Mekanik penerbangan
  • Termodinamik dan pemindahan haba
  • Teori bahan dan teori kekuatan
  • Pengurusan kitaran hayat produk dalam industri penerbangan
  • Kaedah untuk pemodelan dalam sistem perisian CAD.

 

#GRADUAN MOSCOW AVIATION INSTITUTE

Bakal graduan MAI boleh dengan mudahnya menyertai mana-mana syarikat penerbangan atau masuk ke salah satu projek industri udara nasional di seluruh dunia. Graduan MAI mempunyai kecekapan yang tinggi dengan cepat untuk memasuki aliran kerja yang digunakan oleh majoriti dunia industri aeroangkasa seperti Boeing, Embraer, Thales, COMC, ATR, Cessna, Fokker, Aeroautik Hindustan.

 

JOM JADI PELAJAR KEJURUTERAAN MOSCOW AVIATION INSTITUTE!

Anda berminat untuk melangkah masuk ke universiti penerbangan terkenal di Rusia ini? Daulah Educonsult akan membantu anda untuk merealisasikan impian anda!

Dengan menggunakan perkhidmatan dari Daulah Educonsult anda sudah selangkah untuk menjadi pelajar Moscow Aviation Institute kerana tempat anda telah seratus peratus pasti dan dijamin. Daulah Educonsult akan membantu anda menguruskan segala urusan anda untuk melanjutkan pelajaran ke sana serta turut menyediakan khidmat konsultan buat anda secara percuma.

Usah ragu-ragu dengan perkhidmatan yang Daulah Educonsult tawarkan kerana Daulah Educonsult telah menghantar ramai pelajar ke melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara serta mempunyai pengalaman dalam menguruskan pelajar-pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di luar negara.

 

About admin

mm

Check Also

Sebab-Sebab Memilih Universiti Sumatera Utara, Indonesia

Sejarah Universiti Sumatera Utara (USU) bermula dengan penubuhan Yayasan Universiti Sumatera Utara pada tarikh 4 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *