Home / Blog / Pendaftaran Kemasukan Ke Universiti Luar Negara Kini Dibuka

Pendaftaran Kemasukan Ke Universiti Luar Negara Kini Dibuka

Siapa sahaja yang tidak mahu belajar di luar negara, bak kata orang “pengalaman sekali seumur hidup”. Di sini, kami mencadangkan adik-adik mengenali Daulah Educonsult dahulu. Agensi yang sangat diyakini dan berjaya membawa ratusan pelajar untuk belajar ke luar negara. Jom kita ketahui info yang menarik mengenai Daulah Educonsult.

#1. SYARIKAT YANG BERDAFTAR

Tidak dapat dinafikan, terdapat banyak agensi yang mengambil kesempatan di atas “kesempitan” pelajar. Agensi seperti ini pada mulanya menawarkan pelbagai “janji manis” namun lesap. Adik-adik tidak perlu risau jika menyambung pengajian dengan Daulah Educonsult.

Pejabat urusan Daulah Educonsult. Sumber foto: Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult mula membawa pelajar ke luar negara sejak 2008 dan mula dikenali pada 2012. Bermakna, Daulah Educonsult telah melahirkan graduan luar negara. Adik-adik tidak perlu ragu dengan perkhidmatan yang disediakan Daulah Educonsult.

#2. PENGALAMAN YANG LUAS

Daulah Educonsult dalam sesi membawa pelajar ke luar negara. Sumber foto: Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult mempunyai pengalaman yang sangat luas serta diyakini. Buktinya, sehingga kini Daulah Educonsult sudah menyediakan bidang pengajian di universiti yang terbaik antaranya dari Poland, Indonesia, India, Bangladesh, Mesir, Rusia dan banyak lagi.

Adik-adik di haluan yang betul kerana pihak Daulah Educonsult kini membuka kemasukan pelajar bagi sesi 2019. Antara negara yang ditawarkan ialah Poland, Bangladesh, Rusia dan Indonesia.

#3. BANTU PELAJAR DARI “A TO Z”

Pelajar akan diberi perhatian oleh pihak Daulah Educonsult dari setiap segi. Sumber foto: Daulah Educosult

Menariknya di Daulah Educonsult, pihak mereka menjaga kebajikan pelajar dari mula sehingga akhir pengajian. Pihak Daulah Educonsult sendiri akan berangkat bersama pelajar bagi mendaftar ke universiti di luar negara. Begitu juga dengan tempat tinggal dan premis makanan Halal.

Jika adik-adik mempunyai sebarang masalah semasa belajar di luar negara, pihak Daulah Educonsult sendiri akan turun padang membantu menyelesaikan perkara tersebut. Ini menunjukkan tiada isu “lepas tangan” daripada Daulah Educonsult.

#4. MENDAPAT PENGIKTIRAFAN

Pengiktirafan daripada kerajaan merupakan “tiket” untuk bekerja di Malaysia. Sumber foto: Daulah Educonsult.

Sudah kami katakan, tiada ragu serta gusar lagi dengan Daulah Educonsult. Setiap universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult turut mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia. Kini tiada lagi istilah susah ingin mendapat kerja jika belajar di luar negara. Ramai graduan yang tidak mendapat pekerjaan disebabkan perkara sebegini.

Bagi adik-adik yang mula berjinak ingin menyambung pengajian ke luar negara, pengiktirafan dari kerajaan Malaysia sangat penting. Pengiktirafan yang disebut ialah Malaysia Medical Council (MMC), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Master of Business Administration (MBA), Malaysia Qualifications Agency (MQA), dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

#5. UNIVERSITI PERUBATAN YANG TERBAIK

Daulah Educonsult turut menyediakan universiti perubatan yang terbaik di dunia. Bagi pelajar yang menggunakan khidmat Daulah Educonsult, Universiti seperti Kursk State Medical Univesity Medical dan juga Nizhny Novgorod State Medical Academy merupakan universiti yang terbaik.

 

Ini ialah Universiti yang terdapat di Rusia. Sumber foto: Daulah Educonsult.

Program antara universiti yang terbaik. Adik-adik yang mengambil bidang perubatan di sini, terdapat juga latihan praktikal setiap tahun. Latihan praktikal mula dijalankan apabila pelajar memasuki tahun kedua pengajian.

#6. PERSATUAN SENIORS

Apa itu persatuan seniors? Persatuan seniors ialah persatuan yang diasaskan oleh rakyat Malaysia semasa menyambung pengajian ke luar negara. Persatuan ini terdapat di universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult. Melalui ini, pelajar dapat berkongsi sebarang maklumat atau mengadakan sebarang aktiviti dengan persatuan ini.

#7. LOKASI YANG STRATEGIK

Universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult sangat strategik. Hal ini demikian kerana, setiap universiti yang ditawarkan berada di pusat kota. Bagi adik-adik yang ingin mencari makanan halal, membeli-belah, melawat tempat menarik, semuanya ada tidak jauh dari universiti yang ditawarkan.

INGIN TERUS DAFTAR DENGAN DAULAH EDUCONSULT?

Pendaftaran sudah mula dibuka bagi adik-adik yang berminat. Bagi yang masih menduduki SPM ataupun sudah mempunyai sijil SPM, boleh sahaja hubungi Daulah Educonsult. Bagi ibu bapa atau penjaga yang ingin mula mendaftar atau berminat dengan perkhidmatan Daulah Educonsult, tekan sahaja di SINI.

Berikut ialah paparan yang menawarkan pelbagai bidang universiti. Sumber foto: Daulah Educonsult.

Di laman rasmi Daulah Educonsult, terdapat pelbagai maklumat mengenai bidang yang ditawarkan di setiap universiti. 

 

About admin

Check Also

DAFTAR MEDIC LUAR NEGARA MENGGUNAKAN TRIAL SPM 2023

Berminat untuk sambung belajar bidang perubatan? Adakah anda merupakan calon SPM 2023?  Tahukah anda, walaupun …

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.