Home / Blog / Ujian Kemasukan Ke Luar Negara Yang Wajib Anda Tahu

Ujian Kemasukan Ke Luar Negara Yang Wajib Anda Tahu

Bagi yang ingin menyambung pengajian ke luar negara, belajar di luar negara bukan mudah tapi tidak mustahil dengan usaha yang jitu. Terdapat beberapa ujian yang perlu anda duduki sebelum menyambung pengajian ke universiti swasta luar negara. Berikut antara senarai peperiksaan yang perlu diambil.

#1. TOEFL

TOEFL ialah singakatan daripada Test of English as a Foreign Language. Anda perlu mengambil ujian ini terlebih dahulu dan merupakan syarat utama jika ingin menyambung pengajian ke luar negara. Ujian ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu PBT (Paper Based Test), CBT (Computer Based Test) dan iBT (internet Based Test).

Sumber foto: Study in Sweden.

Pendaftaran ujian ini boleh dilakukan secara atas talian. Kos bagi ujian ini ialah RM 850.00. Pelajar kemudiannya akan menerima dokumen rasmi TOELF TRF dan akan menerima keputusan ujian dua hari selepas itu.

Ujian ini juga terdapat di Malaysia dan soalan ini berasal dari Amerika Syarikat. Peperiksaan ini dikendalikan oleh ELS Languages System. Anda masih boleh menduduki peperiksaan ini di cawangan terpilih seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Johor Bharu dan Kota Kinabalu.

#2. IELTS

International English Language Testing System (IELTS) juga antara ujian yang diperkenalkan sebelum menyambung pengajian ke luar negara. Bagi anda yang ingin mendaftar melalui agent, boleh sahaja tekan link di SINI.

Antara ujian di dalam IELTS. Sumber foto: Masterprep

Anda perlulah mendaftar dua bulan sebelum menduduki peperiksaan ini. Peperiksaan ini juga terdapat di beberapa cawangan antaranya Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bharu, Perak, Penang, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Kos bagi modul latihan, ujian IELTS atau bagi keperluan akademik berjumlah RM795.00. Bagi ujian ini, anda perlu menduduki ujian pendengaran, penulisan, percakapan dan baca pada hari yang sama atau bergantung kepada perubahan pihak akademik.

#3. MUET

MUET ialah Malaysia University English Test. Ramai pelajar yang masih tidak tahu bahawa ujian MUET hanya “valid” di Malaysia. Ujian ini perlulah diambil oleh pelajar sebelum menduduki Ijazah di Malaysia.

Ujian yang akan dilakukan dalam Muet. Sumber foto: MUET.

Pelajar boleh mendaftar di institusi masing-masing manakala bagi persendirian perlu mendaftar di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Ujian ini akan dijalankan tiga kali setahun iaitu pada awal, pertengahan dan akhir tahun. Yuran ujian ini ialah RM 100.00 dan borang pendaftaran pula RM 1.00.

BELAJAR DI LUAR NEGARA DENGAN DAULAH EDUCONSULT.

Pelajar yang ingin menyambung pengajian ke luar negara boleh hubungi Daulah Educonsult. Sumber foto: Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult merupakan agensi yang menguruskan kemasukan pelajar ke univesiti luar negara. Daulah Educonsult kini juga telah membuka kemasukan pelajar bagi sesi 2019.

About admin

Check Also

DAFTAR MEDIC LUAR NEGARA MENGGUNAKAN TRIAL SPM 2023

Berminat untuk sambung belajar bidang perubatan? Adakah anda merupakan calon SPM 2023?  Tahukah anda, walaupun …

Chat Kami Sekarang
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jom daftar sekarang.

NYATAKAN :
Nama penuh anda, Lepasan & Bidang yang anda minati pada konsultan kami.