Universitas Airlangga pilihan untuk sambung belajar

Jika anda bertanya kepada pelajar-pelajar di Indonesia ke manakah mereka teringin untuk melanjutkan pelajaran terutamanya dalam bidang perubatan, sudah semestinya nama universiti perubatan ini yang akan menjadi pilihan mereka. Tetapi universiti apakah yang kami katakan ini?

Universiti yang kami maksudkan pada awal tadi ialah Universitas Airlangga yang terletak di tengah-tengah kota bandar raya Surabaya, Indonesia. Universitas Airlangga merupakan universiti kedua tertua di Indonesia yang telah dibina sejak tahun 1954 dan telah mempunyai pengalaman yang luas dalam memberikan pembelajaran dalam pelbagai bidang Perubatan.

Kini Universitas Airlangga atau juga dikenali sebagai Unair ini telah menerima lebih daripada 35,000 orang pelajar dan sebanyak 1,570 ahli falkulti. Unair bukan hanya terhad kepada beberapa bidang pengajian Perubatan sahaja kerana universiti ini mempunyai 15 fakulti keseluruhannya. Antara bidang pengajian Perubatan lain yang ditawarkan ialah dalam veterina, kejuru rawatan, pergigian dan banyak lagi.

Selain daripada banyak pilihan bidang dalam pengajian Perubatan, apakah yang membuatkan universiti ini menjadi impian pelajar-pelajar Indonesia untuk melanjutkan pelajaran ke sana dan apakah pula keistimewaannya?

MENGAPA UNIVERSITAS AIRLANGGA?

#1. MELAHIRKAN TOKOH HEBAT INDONESIA

Ternyata universiti perubatan yang terletak di Surabaya ini bukanlah universiti Perubatan yang biasa-biasa kerana universiti ini telah melahirkan beberapa tokoh hebat dan juga individu penting yang telah menjadi kebanggaan rakyat Indonesia.

Antara tokoh-tokoh hebat lulusan univrsiti ini ialah seperti Dr. H. Saoekarwo SH, M.Hum yang merupakan seorang gabenor Jawa Timur, Prof. Dr. H. Muhammad Hatta Ali, S.H, M.H iaitu seorang pengetua Unair pada ketika dahulu dan seterusnya menjawat jawatan sebagai Ketua Mahkamah Agung Republik Indonesia pada tahun 2012-2017. Selain itu, menteri Perhubungan Republik Indonesia (2014-2019) iaitu Ignasius Jonan juga merupakan garduan lulusan Unair.

 #2. KEDUDUKAN KAMPUS YANG STRATEGIK

Kedudukan universiti juga kadang kala amat mempengaruhi ‘kerelaan’ pelajar-pelajar untuk menyambung  pelajaran mereka di sesuatu universiti itu dan pelajar-pelajar kebiasaannya akan memilih lokasi kampus mereka yang dekat dengan pelbagai kemudahan yang akan memudahkan mereka nanti. Kedudukan Universiti Airlangga ini terletak di tengah-tengah kota raya Surabaya jadi anda tidak perlu risau lagi dengan kemudahan yang anda perlukan nanti.

Jika anda melangkah masuk ke dalam kampus Unair ini, anda akan dapat melihat rekaan bangunan kampus yang bercirikan antik dan moden dalam masa yang sama. Kampus Unair ini sangat luas sehingga boleh menempatkan tiga blok kampus iaitu blok kampus A,B dan juga C.

#3. MEMPUNYAI HOSPITAL PERSENDIRIAN

Jika anda memilih untuk menjadi pelajar bidang Perubatan sudah semestinya kemahiran praktikal bersama pesakit sebenar di hospital itu amat penting sekali bukan?

Kebanyakkan universiti-universiti yang menawarkan bidang Perubatan akan menghantar pelajar-pelajar mereka untuk melakukan latihan praktikal di hospital-hospital luar yang bukan dimiliki oleh universiti itu sendiri tetapi bukan untuk Universitas Airlangga ini.

Universiti ini memiliki rumah sakit mereka sendiri yang dilengkapi dengan kakitangan medik profesional dan turut memliki alat kesihatan yang canggih. Hospital ini bukan sahaja menawarkan rawatan am bahkan turut mempunyai hospital bagi sakit gigi dan mulut dan juga hospital haiwan yang turut akan dijadikan sebagai tempat pelajar-pelajar Unair untuk belajar dengan persekitaran sebenar.

#4. FASILITI PEMBELAJARAN YANG BAIK

Unair juga amat mementingkan keselesaan bagi kemudahan yang disediakan kepada pelajar-pelajarnya supaya mereka dapat belajar dengan selesa di luar waktu kelas. Di Unair, perpustakaan diibaratkan sebagai rumah kedua pelajar-pelajar di sana kerana di sanalah mereka akan menghabiskan masa mengulang kaji pelajaran.

Perpustakaan Unair dilengkapi dengan dengan koleksi-koleksi buku yang lengkap, kemudahan wifi yang pantas dan juga mempunyai keluasan ruang yang besar dan selesa untuk anda menghabiskan masa berjam-jam di sana.

Untuk menggalakkan pelajar-pelajar mereka untuk mengasah bahasa Inggeris mereka dengan lebih mendalam lagi, Unair juga turut menyediakan sebuah ruang yang dikenali sebagai ‘American Corner.’

Universiti ini juga dilengkapi dengan kemudahan biosafety tiga tingkat.

#5. UNIVERSITI YANG CEMERLANG DENGAN PENCAPAIAN TERBAIK

Unair sering memperoleh pengiktirafan dalam pelbagai bidang akademik dan juga bidang olahraga. Dalam bidang akademik, perwakilan pelajar Unair telah berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam Pertandingan Matematik Antarabangsa (IMC)di Bulgaria pada Julai 2016 dan telah memenangi tempat ke-3 dalam sebuah pertandingan akademik yang dikenali sebagai PIMNAS (Minggu Saintis Pelajar Kebangsaan) ke-29 di Institut Pertanian Bogor.

Pelajar-pelajar di Unair bukan hanya cemerlang dalam pelajaran bahkan mereka juga cemerlang dalam bidang lain selain akademik seperti bidang sukan juga. Unair merupakan pemenang kedua pasukan wanita dan pemenang kedua dalam kejohanan beregu kategori lelaki di Kejohanan PSHT Pencak Silat Antarabangsa Kedua Eleven Mac di UNS Surakarta pada tahun 2014 lalu.

#6. PELBAGAI BIASISWA DITAWARKAN

Unair amat menitik beratkan tentang pelajar-pelajarnya untuk merealisasikan impian mereka menjadi graduan perubatan oleh itu mereka menyediakan pelbagai jenis tawaran biasiswa khas buat mereka yang cemerlang dalam pelajaran tetapi tidak berkemampuan dek kerana halangan kewangan yang dihadapi.

Unair telah menawarkan pelbagai jenis program biasiswa buat pelajar-pelajar cemerlang seperti Bidikmisi, PPA dan BBM, BCA bank, Djarum dan banyak lagi program biasiswa supaya pelajar-pelajar mereka terus bersemangat untuk meneruskan pelajaran mereka dengan mendapatkan keputusan yang cemerlang.

#7. MENGAMALKAN ASPEK “EXCELLENT WITH MORALITY”

Kebiasaan kampus-kampus di seluruh negara dan tidak terkecuali di negara kita kadang kala terdapat ‘usikkan-usikkan nakal’ khususnya buat pelajar-pelajar yang baru sahaja melaporkan diri di sesebuah universiti itu sehingga kan usikkan nakal tersebut menjadi usikan yang ganas sehingga timbul kes-kes buli di kalangan pelajar-pelajar universiti bukan?

Di Unair, mereka sama sekali menentang nilai keganasan atau buli di kalangan pelajar-pelajar dan universiti ini tampil dengan cara yang istimewa untuk mengalu-alukan pelajar-pelajar baru mereka  daripada dibuli oleh pelajar-pelajar senior. Dalam bidang pengajian di Unair, pelajar baru dikehendaki untuk menghadiri latihan rohani untuk melengkapkan kemahiran softskill mereka iaitu untuk membina minda bagi pencapaian peribadi dan moral mereka.

Jadi tidak hairanlah universiti perubatan ini terkenal dengan gelaran “excellent with morality” atau prestasi yang “sangat baik dengan moral” dalam kalangan masyarakat Indonesia. Bagi menyokong lagi program ini, Unair turut mengadakan aktiviti untuk pelajar-pelajar baru mereka dengan program yang dikenali sebagai ‘Progres Sosial Amarta (SOSPRO)’ yang dirancang khas sebagai bentuk dedikasi yang nyata kepada masyarakat di sana.

MENYAMBUNG PELAJARAN DALAM BIDANG PERUBATAN DI INDONESIA?

Anda sudah lama memasang niat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara namun tidak mahu berjauhan dengan negara tercinta ini? Kami syorkan kepada anda universiti perubatan terbaik dan kedua tertua di Indonesia yang mempunyai pengalaman selama 64 tahun dalam mengajar pelajar-pelajar dalam bidang perubatan iaitu Universitas Airlangga ini!

Universiti ini bukan hanya menawarkan bidang Perubatan am sahaja bahkan turut menyediakan bidang Perubatan yang lain seperti pergigian, farmasi dan veterina.

Perjalanan yang hanya memakan masa kurang dari 3 jam ke Surabaya dengan pengalaman pembelajaran perubatan setaraf negara-negara lain yang anda tidak harus lepaskan. Bukan sahaja jarak perjalanan yang tidak terlalu jauh dengan menaiki kapal terbang bahkan anda juga tidak akan mengalami kesukaran untuk memahami atau berbahasa di sana dan mudah untuk anda mendapat makanan halal.

Jadi tunggu apa lagi? Mari sertai Daulah Educonsult untuk mengumpul pengalaman mempelajari budaya serta keindahan negara Indonesia sambil melanjutkan pelajaran anda!

DAULAH EDUCONSULT SDN.BHD SEDIA MEMBANTU ANDA!

Daulah Educonsult Sdn.Bhd merupakan agensi pendidikan yang anda boleh percayai seratus peratus untuk membantu menguruskan pendidikan anda di luar negara nanti. Daulah Educonsult turut menyediakan khidmat konsultasi percuma buat anda yang memerlukan konsultasi atau pencerahan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

Daulah Educonsult menawarkan kepada anda hanya universiti-universiti yang terbaik dan terkenal di negara universiti tersebut dengan yuran pengajian yang berpatutan! Bukan itu sahaja, jika anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult dijamin sebelah kaki anda telah pun berada di universiti tersebut kerana seratus peratus tempat pengajian itu akan menjadi milik anda!

 

About admin

mm

Check Also

TAHNIAH! Adam Danial berjaya memperoleh Ijazah Sanad Tahsinul Quran

Tahniah diucapkan kepada Adam Danial Bin Mohd Zahir kerana telah tamat dan memperolehi Ijazah Sanad …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×
Masih tertanya-tanya bagaimana untuk memohon? Kini lebih mudah berhubung dengan menggunakan Whatsapp. Whatsapp kami untuk mendapatkan info lebih lanjut.