5 HOSPITAL TERBAIK NEGARA DENGAN SERVIS LIMA BINTANG!

Saban hari memang tidak dapat dinafikan kadar bagi pesakit-pesakit di hospital makin meningkat dengan pelbagai jenis kes penyakit dilaporkan setiap hari di seluruh negara. Bagi anda yang pernah dimasukkan di hospital, perkara pertama yang akan terlintas di fikiran anda tentang sesuatu hospital itu pastinya tentang servis perkhidmatan yang diberikan.

Tapi jika servis perkhidmatan sudah bagus, bagaimana pula dengan bil yang akan anda tanggung selepas tamat rawatan? Tapi tidak salahlah untuk kita berhabisan ribuan ringgit untuk kesihatan kita yang lebih bernilai daripada nilai sekeping duit kan?

Dengan banyak kemunculan hospital-hospital swasta di negara kita ini yang bertujuan untuk membantu menampung jumlah pesakit-pesakit di hospital kerajaan yang kian meningkat setaip hari ini, kami pasti pernah terlintas di fikiran anda tentang hospital manakah yang mengungguli carta ‘Best Hospital in Malaysia’ ini bukan?

Di sini kami senaraikan kepada anda pusat perubatan terbaik di Malaysia yang setaraf dengan hospital-hospital di luar negara yang anda boleh dapatkan rawatan tanpa perlu berbelanja lebih untuk mendapat perkhidmatan pakar dari luar negara.

#1. GLENEAGLES MEDICAL CENTRE

Jika anda tak tahu, hospital Gleneagles ini terletak di Jalan Ampang dan merupakan antara hospital termahal di negara kita. Walaupun ranking bagi hospital Gleneagles dikatakan agak jatuh kerana munculnya hospital baharu seperti Prince Court dan Sunway Hospital.

Namun untuk terus berada di tangga pertama dalam carta, Gleneagles masih layak untuk memegang ranking ini kerana Gleneagles Hospital ini dilihat makin berkembang dan komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik dalam bidang perubatan di Malaysia seiring dengan perubahan bidang perubatan.

Jika anda mencari hospital yang menawarkan rawatan dan juga kepakaran perubatan yang menggunakan teknologi moden , pastikan anda jadikan Gleneagles Hospital sebagai destinasi anda untuk mendapatkan rawatan dengan servis 5 bintang daripada makanan wad anda , bilik wad hinggalah perubatan!

#2. PANTAI HOSPITAL GROUP

Jika anda tidak ketahui, Pantai Hospital ini merupakan adik beradik rapat dengan Gleneagles Hospital dan tidak hairanlah mengapa ianya di tangga kedua antara hospital yang terbaik di negara kita selepas Gleneagles Hospital.

Pantai Hospital antara hospital swasta yang memiliki banyak cawangan di Malaysia antaranya di Kuala Lumpur, Cheras, Ampang, Sungai Petani, Penang, Batu Pahat, Klang, Ipoh dan banyak lagi cawagannya. Cawangannya di Bangsar dikatakan antara hospital ‘top’ di negara kita pada hari ini dan merupakan antara pilihan utama bagi mereka yang berada.

Kumpulan Hospital Pantai ini mempunyai lebih daripada 890 orang doktor dengan pelbagai kepakaran dan 2,800 orang jururawat. Memanfaatkan rekod prestasi pengurusan hospital bertaraf dunia, Kumpulan Pantai terus memberi perbezaan dalam kehidupan rakyat melalui penjagaan pesakit yang cemerlang, sambil terus memperluaskan jangkauannya di pasaran di mana permintaan untuk penjagaan berkualiti kukuh dan berkembang.

Seperti Gleneagles Hospital, hospital ini juga menjanjikan perkhidmatan perubatan dan servis yang sangat terbaik kerana mereka amat mementingkan kualiti, perkhidmatan dan nilai.

#3. KPJ SPECIALIST HOSPITAL

Kami yakin pasti ramai yang mengetahui tentang KPJ Specialist Hospital ini bukan? Kerana inilah antara salah satu pilihan popular pesakit-pesakit untuk mendapatkan khidmat pakar swasta di Malaysia. Dengan mempunyai lebih 20 cawagan hospital di seluruh negeri, KPJ Specialist Hospital dilihat makin progresif dalam mengembangkan perkhidmatan mereka .

Sejak mula beroperasi pada tahun 1981 di Johor, KPJ telah berada di barisan hadapan dalam industri penjagaan kesihatan di Malaysia.

KPJ telah menjadi penyelia perkidmatan penjagaan kesihatan swasta pertama di Malaysia untuk melaksanakan teknologi ‘Watson for Oncology’ bagi pesakit kanser. ‘Watson for Ooncology’ ialah platform pengkomputeran kognitif yang dibangunkan oleh IBM Watson dalam usaha mereka merancang racangan rawatan dan pilihan rawatan kanser berasaskan bukti bagi pesakit.

Kini KPJ turut mempunyai sekolah perubatan mereka yang tersendiri dan merupakan salah satu rangkaian perubatan terbesar di Malaysia.

#4. PRINCE COURT MEDICAL CENTRE

Prince Court Medical Centre merupakan pilihan popular yang sering menjadi pilihan ramai orang yang berprofil tinggi dan juga ‘public figure’ selain dari Gleneagles Hospital. Jika anda mahu kan sedikit privasi ketika melakukan rawatan, di sinilah tempatnya.

Bagi pengetahuan anda, Prince Court Medical Centre ini telah pun dibeli oleh syarikat Khazanah dari Petronas pada awal tahun ini.

Terletak di tengah-tengah ibu kota, pastinya Prince Court merupakan antara pilihan yang sesuai buat anda!

Hospital ini menawarkan penjagaan perubatan yang sangat komprehensif mengikut piawaian antarabangsa tertinggi melalui kemudahan bertaraf dunia, teknologi inovatif dan juga perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

Prince Court Medical Centre sangat terkenal dengan perkhidmatan khidmat pelanggannya yang pasti akan membuat anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan kepada anda walaupun anda telah berhabisan ribuan ringgit.

#5. SUNWAY MEDICAL CENTRE

Pusat perubatan yang dimiliki oleh Sunway Group ini menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan perubatan yang komprehensif termasuklah kemudahan dan teknologi perubatan canggih bagi program penjagaan khas, kesihatan dan kesejahteraan pesakit luar dan perkhimatan kecemasan yang beroperasi 24 jam.

Sunway Medical Centre mempunyai kira-kira 2,000 kakitangan yang terbaik dan bersedia untuk berkhidmat buat anda termasuklah perunding perubatan kakitangan kesihatan bersekutu profesional dan juga jururawat yang terlatih.

Pusat perubatan yang terletak di bandar Sunway ini turut mempunyai Pusat Kanser & Radiosurgeri yang baru sahaja dioperasi pada tahun 2016 dan Pusat Perubatan Nuklear, yang juga akan menempatkan Pusat Kecemerlangan lain seperti Pusat Kesihatan Digestive dan Pusat Dialisis

Sunway Medical Centre telah menerima banyak pengiktirafan dalam bidang perubatan yang tidak boleh disangkalkan lagi.

MANA YANG LEBIH BAIK?

Dalam soal kesihatan pastinya semua orang mahu kan yang terbaik bukan? Ada juga yang sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk mendapatkan rawatan yang terbaik  tetatpi yang sering menjadi persoalan, manakah yang merupakan pilihan terbaik?

Memang tidak dinafikan bahawa perkhidmatan dan rawatan di hospital swasta memang antara yang terbaik jika di bandingkan dengan hospital kerajaan. Ini tidaklah bermakna hospital kerajaan bukan pilihan terbaik, tidak. Tetapi jika anda amat mementingkan soal perkhidmatan yang memuaskan hati, sudah tentulah hospital swasta jawapannya.

Faktor kepadatan pesakit di hospital kerajaan juga tidak dinafikan mengapa kadang-kadang kala hospital kerajaan tidak menjadi pilihan sesetengah orang. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri terutamanya daripada nilai bayaran perkhidmatan.

Anda mungkin boleh mendapat perkhidmatan rawatan dengan harga yang jauh lebih berpatutan jika dibandingkan dengan hospital swasta. Namun daripada segi perkhidmatan pula, anda tidak boleh nafikan tentang kecemerlangan hospitaliti yang diberikan oleh hospital swasta berbanding hospital kerajaan.

Pilihan semuanya terletak di tangan anda kerana tidak semua orang mampu mendapatkan rawatan di hospital swasta dek kerana faktor kewangan dan hospital kerajaan lah pilihan untuk mendapatkan rawatan. Tidak kisah sama ada milik kerajaan atau swasta, semuanya mempunyai mis yang sama untuk membantu anda mendapatkan rawatan bukan?

INGIN MENDAPAT PEKERJAAN DI HOSPITAL TERKENAL?

Dengan permintaan yang tinggi bagi pekerjaan dalam sektor perubatan, memang tidak dapat dinafikan bahawa banyak hospital-hospital yang ketika ini amat memerlukan perkhidmatan mereka yang berada dalam bidang perubatan.

Anda berminat untuk menjadi bakal doktor pakar di hospital-hospital terkenal negara kita? Kami cadangkan kepada anda supaya menyambung pelajaran dalam bidang perubatan bersama Daulah Educonsult Sdn. Bhd!

Impian anda untuk menjadi seorang doktor di hospital swasta kini bukan lagi impian dengan bantuan Daulah Educonsult kerana kami menawarkan kepada anda hanya tempat pengajian terbaik di dunia yang khusus dalam bidang perubatan yang pasti akan memudahkan anda menjadi doktor di hospital yang anda idamkan selama ini.

REALISASIKAN IMPIAN ANDA BERSAMA DAULAH EDUCONSULT!

About admin

mm

Check Also

Pendaftaran Ke Indonesia Telah Di Buka (Sesi 2019)

  Anda berminat untuk menyambung pelajaran di Indonesia dalam bidang Sains kesihatan dan anda baru …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *