fbpx

IDEA SELEPAS TAMAT SPM BUAT PELAJAR LEPASAN SPM

SPM sudah hampir untuk melabuhkan tirainya pada minggu hadapan dan pastinya calon-calon SPM ada yang dah tamat peperiksaan dan ada juga yang sedang menunggu kertas yang seterusnya kan? Tapi kepada anda yang sudah menamatkan kertas awal, apa yang anda sedang rancang untuk lakukan selepas tamat alam persekolahan ini?

Selain sibuk dengan pendaftaran UPU, kami pasti calon-calon SPM tahun ini pasti sudah ada yang telah membuat perancangan untuk masa depan tetapi bagaimana pula dengan anda yang masih tidak tahu untuk buat apa selepas ini? Duduk rumah atau bekerja?

Memang tidak dinafikan ramai pelajar-pelajar lepasan sekolah akan menjadikan kerja-kerja ‘part-time’ di pusat beli-belah sebagai pilihan untuk menghabiskan masa sementara menunggu keputusan SPM tapi tahukah anda bukan itu sahaja pilihan yang ada?

Kami akan senaraikan kepada anda idea-idea yang mungkin anda boleh pertimbangkan untuk dilakukan selepas tamat kertas terakhir anda nanti supaya tidaklah anda membuang masa melepak bersama kawan-kawan sahaja.

#1. SERTAKAN DIRI DALAM PROGRAM KEMAHIRAN

Pasaran pekerjaan sekarang semakin mementingkan kemahiran yang ada pada seseorang itu berbanding keputusan yang cemerlang semata-mata tetapi tidak pandai untuk mempraktikkannya apabila mula bekerja kerana hanya ‘pandai buku’ sahaja. Ya, kami boleh katakan kelebihan kemahiran kini dipandang oleh majikan-majikan di mana-mana sahaja.

Apa kata anda jadikan peluang dan masa yang ada ini untuk menyertai program-program kemahiran yang disediakan oleh kerajaan secara percuma ini?

Anda boleh mengasah kemahiran yang anda minat di pusat latihan kemahiran yang ada di seluruh negara secara percuma kerana pembiayaan pengajian ini telah ditanggung oleh kerajaan khas buat pelajar-pelajar lepasan SPM dan graduan IPTA/IPTS yang masih tidak bekerja dan menganggur di rumah.

Inilah merupakan peluang untuk anda mendapatkan pekerjaan dan memperolehi gaji lumayan dengan kemahiran yang anda ada!

 

#2. BERCUTI BERSAMA KAWAN-KAWAN

Inilah masanya untuk anda keluar ke dunia luar dan berehat buat seketika sebelum hidup anda akan sibuk dengan kehidupan alam baru iaitu ‘universiti.’

Percayalah anda akan berterima kasih kepada kami dengan cadangan ini kerana selepas anda memasuki universiti nanti pasti anda tidak akan mendapat peluang untuk bercuti lama seperti ini bersama kawan-kawan yang selepas ini anda mungkin tidak lagi bertemu kerana terlalu sibuk dengan kehidupan alam dewasa masing-masing.

Habiskan masa ini dengan bercuti dan bergembira bersama mereka kerana anda bukan sahaja dapat bercuti bersama tetapi juga dapat mempelajari sesuatu semasa anda bercuti ke negeri atau negara orang.

Apa kata jadikan negara kita sebagai permulaan anda untuk bercuti atau jadikan percutian anda bersama kawan-kawan sebagai sebuah percutian ‘backpackers’ yang pasti akan menyeronokkan anda!

#3. SERTAI KURSUS BAHASA

Anda nak buat sesuatu yang lebih menyeronokkan dan boleh menambah ilmu anda? Apa kata anda sertai kursus bahasa Arab yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult Sdn. Bhd?

Kursus bahasa yang ada di Daulah Educonsult ini bukan biasa-biasa tau kerana anda bukan akan belajar bahasa Arab di sini tetapi akan diterbangkan terus ke negara Arab seperti Mesir dan Jordan! Seronok bukan?

Daulah Educonsult menawarkan kepada anda pelbagai pilihan kursus bahasa dan antaranya ialah kursus bahasa Arab yang merupakan bahasa kedua sukar untuk dipelajari. Tetapi anda usah risau kerana jika anda memilih Daulah Educonsult, anda pasti akan fasih berbahasa Arab selepas ini!

Anda boleh memilih dua pakej berbeza untuk belajar kursus bahasa Arab ini sama ada anda memilih untuk belajar ke Mesir atau pun ke Jordan.

PAKEJ MESIR

Pakej kursus bahasa di Mesir ini terbuka kepada umur seawal 12 tahun dan tidak mempunyai had umur maksimum yang dihadkan kerana semua peringkat umur dialu-alukan untuk mempelajari bahasa ini. Pakej bahasa ke Mesir ini turut  menyediakan pelbagai kebaikan untuk anda seperti dapat mempelajari di tempat asal bahasa itu diguna pakai dan juga:

  • Dapat mempelajari tambahan ‘Sanad Tahsinul Quran.’
  • Terbuka kepada lelaki dan perempuan.
  • 3 bulan tempoh pengajian kursus bahasa bersama visa pertama pelajar selama 3 bulan.
  • Pendaftaran termasuk tiket sehala ke Mesir, 2 bulan penginapan dan pendaftaran ke kelas bahasa yang akan diuruskan oleh pihak Daulah EduConsult.
  • Dibuka pada bulan Januari, Februari dan Mac 2019.

 

Selain itu, Daulah Educonsult juga menawarkan kursus ‘Sanad Tahsinul Quran’ yang terbuka setiap 3 bulan setahun iaitu pada bulan Januari, Februari dan Mac 2019. Terbuka kepada lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke atas. Sanad Tahsinul Quran merupakan cara teknik bacaan yang betul yang telah diwarisi oleh Rasulullah SAW.

PAKEJ KE JORDAN

Manakala pakej pembelajaran di Jordan pula lebih terfokus kepada mereka yang telah dewasa dan hanya kursus bahasa sahaja yang disediakan tidak termasuk tambahan pembelajaran ‘Sanad Tahsinul Quran’ disediakan. Terdapat 2 tempoh kursus yang anda boleh pilih iaitu selama 1bulan atau 4 bulan. Walaupun begitu, masih terdapat banyak kebaikan yang ditawarkan jika anda memilih pakej pembelajaran di Jordan ini seperti :

  • Dibuka untuk sesi Januari dan Mac 2019.
  • Terbuka kepada lelaki dan perempuan.
  • Tempoh pengajian selama sebulan atau empat bulan.
  • Pendaftaran termasuk tiket dua hala, visa pertama , 4 bulan penginapan (sesi Januari dan Mac) & percuma buku dan kamus.

 

DAULAH EDUCONSULT SDN.BHD

Anda usah risaukan yuran pengajian kursus bahasa ini kerana dengan Daulah EduConsult, hanya harga yang berbaloi anda akan dapat dan anda pasti anda akan seratus peratus berpuas hati dengan perkhidmatan serta pembelajaran yang disediakan.

Daulah EduConsult Sdn.Bhd merupakan agensi pendidikan yang anda boleh percayai seratus peratus untuk membantu menguruskan pendidikan anda di luar negara nanti. Daulah EduConsult turut menyediakan khidmat konsultasi percuma buat anda yang memerlukan konsultasi atau pencerahan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

About admin

mm

Check Also

Sebab-Sebab Memilih Universiti Sumatera Utara, Indonesia

Sejarah Universiti Sumatera Utara (USU) bermula dengan penubuhan Yayasan Universiti Sumatera Utara pada tarikh 4 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *