Pendaftaran ke Universiti Timur Tengah (Mesir) 2019

Anda merupakan pelajar lepasan SPM atau STAM? Ada berita baik untuk anda. Sekarang pendaftaran kemasukan ke universiti di Mesir telahpun dibuka. “Bukan ke syarat untuk dapatkan degree selalunya kene ada Asasi ataupun Diploma”

Ye betul tu. Tapi di Mesir special sikit kita boleh daftar dengan hanya menggunakan sijil SPM ataupun sijil STAM. Bukan itu saja, kita juga boleh menggunakan keputusan percubaan sijil SPM ataupun STAM kepada siapa yang sedang mengambil SPM atau STAM. Daulah Educonsult menawarkan bidang dan universiti terbaik untuk anda menyambung pengajian di luar negara. Kesemua universiti yang ditawarkan mendapat pengiktirafan daripada JPA, MQA, MMC, MDC & MPS, Jadi usah bimbang!

Kenapa perlu memilih negara MESIR ?

Mesir merupakan salah satu destinasi melanjutkan pelajaran yang popular di Malaysia.

  • Malaysia mempunyai hubungan baik dengan Mesir sejak berpuluh tahun dahulu di mana ramai pelajar Malaysia menuntut dalam bidang agama Islam di Universiti Al-Azhar.
  • Pengajian adalah dalam BAHASA INGGERIS (Selain bidang Ulum Islamiyah). Bahasa Arab hanya perlu untuk bermuamalat dengan masyarakat tempatan.
  • Rakyat mesir amat menghormati rakyat Malaysia dan menganggap rakyat Malaysia sebagai tetamu dan sahabat mereka.
  • RM 1 = L.E 4.1 (Sila semak matawang semasa)
  • Program Perubatan, Pergigian dan Farmasi hanya dibuka untuk BUMIPUTERA MUSLIM sahaja.
  • Yuran pengajian antara yang TERMURAH berbanding dengan universiti lain di MALAYSIAINDONESIA dan RUSIA.

Bidang yang ditawarkan di Mesir :


1. Bidang Sains (Perubatan Pergigian & Farmasi)
2. Bidang Ulum Islamiah
3. Bidang Pengajian Islam (Usuludin, Syariah Islamiah & Bahasa Arab)

Universiti yang ditawarkan di Mesir :


Universiti Al-Azhar 
Universiti Alexandria
Universiti Mansoura 
Universiti Cairo
Universiti Ain-Shams 
Universiti Tanta
Universiti Zagazig

Syarat kelayakan untuk memohon ke universiti di Mesir :

Ijazah Sarjana Muda Perubatan 

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 90% dalam lapan (8) subjek iaitu:

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi dan memperoleh sekurang-kurangnya dengan gred B dalam subjek Biologi, Kimia, Fizik, Matematik, Matematik Tambahan

Ijazah Sarjana Muda Pergigian/ Farmasi

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 79% dalam lapan (8) subjek iaitu:

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi dan memperoleh sekurang-kurangnya dengan gred B dalam subjek Biologi, Kimia, Fizik, Matematik, Matematik Tambahan

Nota: Bagi permohonan bidang Sains Kesihatan di Universiti Al-Azhar, sijil SPM hendaklah tidak melebihi tempoh dua (2) tahun dari tahun semasa (tahun 2017 dan 2016) dan pelajar perlu mempunyai Bahasa Arab di peringkat SPM. Bayaran penalti akan dikenakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Mesir dengan kadar EGP750.00 bagi setiap tahun yang lewat kepada pemegang sijil SPM iaitu selain daripada tahun 2018 (tahun 2017 dan 2016). Pembayaran perlu dibuat oleh pelajar melalui pejabat EME di Mesir.

Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah

Lulus semua subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran Sunnah dengan syarat sijil SPM tidak melebihi tiga (3) tahun semasa membuat permohonan dan menduduki Imtihan Qabul (IQ).

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam

Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat JAYYID dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun semasa membuat permohonan dan menduduki Imtihan Qabul (IQ).

Sekiranya anda masih berminat untuk bidang Sains di Mesir tetapi keputusan SPM kurang baik, hubungi pihak Daulah untuk kami cadangkan saluran kedua atau universiti di negara lain seperti Rusia, Indonesia, Poland atau Bangladesh. Usah risau! Minat dan kemahuan untuk belajar itu yang penting. 

Jadi tunggu apa lagi, rebut peluang anda dengan mendaftar secara online sekarang >> https://goo.gl/ZoZk4h

 

Atau hubungi kami di talian :
📞03-92851322 (Pejabat)
📞018-9624322 (Customer service)
📞013-2090322 (Tuan Syed Fuad)

Dan anda juga boleh menghubungi kami melalui email :  daulahmedic@gmail.com

About admin

mm

Check Also

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR KE MESIR INTAKE FEB 2019

17 Januari 2019 – Program orientasi pelajar ke mesir intake feb 2019 telah diadakan bertempat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *