KENALI PUNCAK GUNUNG DI INDONESIA

HAYATI KEINDAHAN FLORA DAN FAUNA DI INDONESIA

Sambung pengajian ke luar negara pastinya menyeronokkan jika anda bijak dalam memanfaatkan masa anda. Ramai dikalangan pelajar hanya menghabiskan masa di bilik asrama. Namun anda silap kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di luar negara. Di sini kami akan senaraikan beberapa gunung yang wajib anda lawati sepanjang berada di Indonesia.

GUNUNG MERAPI

Ini antara salah satu gunung yang masih aktif dan terletak di Jawa Tengah. Bagi anda yang ingin mendaki gunung ini digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar mahupun malin di sekitar anda.

Masa yang diambil untuk sampai ke puncak gunung lebih kurang 45 minint hingga satu jam. Ketinggian 2930 meter dari paras laut menjadikan gunung ini antara yang tertinggi bersama gunung yang lain.

Pendaki juga akan diberhentikan di suatu tempat yang lapang untuk rehat sementara waktu sebelum meneruskan ekspedisi ini. Apabila anda sudah sampai di puncak, pastinya pemandangan yang indah akan memukau anda.

GUNUNG MERBABU

Lokasi gunung ini juga terletak di Jawa Tengah. Jika anda tidak mahu mendaki Gunung Merapi, anda pasti mahu mendaki Gunung Merbabu yang terletak tidak jauh dari situ. Bagi anda yang ingin ke sini, pihak pengurusan sudah pun menyediakan laluan pendakian agar anda tidak sesat.

Terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan yang “galak” tumbuh di lereng bukit ini antaranya bunga edelweiss dan banyak lagi. Jika anda sudah sampai ke puncak, anda akan melihat satu pemandangan yang indah dan juga dapat melihat Gunung Merapi dari situ.

GUNUNG RINJANI

Bagi anda yang mencari kecantikan fauna yang mempersona, boleh berkunjung ke Gunung Rinjani. Gunung Rinjani terletak di Pulau Lombok di Nusa Tenggara Barat. Jika anda ingin tahu, gunung Rinjani merupakan gunung yang diiktiraf paling lawa di Asia Tenggara.

Bukan itu sahaja, terdapat juga bunga edelweiss sepanjang pendakian anda ke puncak. Bagi anda yang ingin menikmati panorama matahari terbit, pastikan anda datang lebih awal dan pastinya anda akan terkaku dengan keindahan alam ini di Gunung Rinjani.

GUNUNG SEMERU

Merupakan gunung paling tinggi di Pulau Jawa menjadikan Gunung Semeru paling terkenal bagi pendaki. Gunung Semeru menyimpan ribuan khazanah flora dan fauna menjadikan pulau ini semakin terkenal. Namun begitu, hanya 500 pendaki sahaja yang dibenarkan mendaki dalam suatu masa tertentu.

Ini bagi menjaga persekitaran alam agar kekal terjamin dan tidak tercemar. Terdapat juga danau apabila anda sudah tiba di puncak tersebut. Danau yang terletak dengan ketinggian 2,400 meter dari aras laut menjadikan Gunung semakin cantik.

Terdapat juga tumbuhan lain yang “liar” hidup tanpa sebarang tangan yang “gatal” ingi mengambilnya seperti bunga lavender dan banyak lagi.

GUNUNG PRAU

Gunung ini boleh dikatakan seperti dataran yang rata terletak di pergunungan yang sangat indah. Ini antara tempat yang wajib anda kunjungi jika berada di Indonesia. Melalui dataran yang tinggi ini, akan dapat menyaksikan deretan gunung yang lain seperti Gunung Sindoro dan Sumbing.

Dataran rumput yang luas ini juga menjadikan pendaki mahupun pengunjung dapat menghabiskan waktu terluang. Ketinggian 2,565 meter dari paras laut menjadikan gunung ini agak tinggi dan cerun.

INGIN BELAJAR DI INDONESIA?

Bagi anda yang memasang impian untuk melanjutkan pengajian ke sini, Indonesia adalah kawasan yang strategik. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke senarai gunung di atas bagi sebuah pengalaman yang luar biasa.  

Jika anda berminat untuk terus mendaftar, boleh tekan link di bawah dan isi borang permohonan,

https://goo.gl/xU4t8U

pihak Daulah Educonsult akan hubungi anda dalam kadar yang segera.

Atau hubungi konsultan kami di

 https://wa.me/60132853903 (cik Nabila)
https://wa.me/60166742871 (cik Juliza)
https://wa.me/60129118501 (cik Suraya)
https://wa.me/60173431550 (cik Nayli)

 

About admin

mm

Check Also

Program Madrasah Daulah

Madrasah Daulah adalah sebuah program yang mengurus dan membimbing pelajar-pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *