fbpx

Pengenalan Negara Mesir Sebagai Pusat Ilmu yang Terbaik

Nama rasmi negara mesir adalah Republik Arab Mesir. Agama Islam adalah agama rasmi di Mesir dan sistem perundangan juga mengikut cara dan ajaran islam. 94% daripada masyarakat mesir adalah dari kalangan umat islam manakala 6% adalah beragama Kristian.

Pengenalan Mesir secara ringkas

Seluruh kawasan Mesir dipenuhi dengan padang pasir dan hanya 4% sahaja kawasan pertanian. Bahasa rasmi yang digunakan oleh masyarakat Mesir pula adlah Bahasa Arab Fushah manakala Bahasa Arab Amiyyah dipraktikan dalam kehidupan seharian masyarakat arab Mesir. Manakala, Bahasa Inggeris dan Perancis digunakan sebagai bahasa kedua.

Sejarah islam juga membuktikan beberapa nabi yang pernah tinggal di Mesir antaranya Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Yusof, Nabi Soleh dan beberapa lagi. Ramai tokoh-tokoh ilmuan telah dilahirkan di bumi Mesir antaranya Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah Al-Qaradawi dan Imam Al-syafiee. Beliau merupakan tokoh cendikiawan yang terbaik di Mesir.

Sungai Nil yang sangat Subur!

Mesir merupakan negara tumpuan dunia apabila Piramid Giza dinyatakan antara 7 keajaiban dunia. Ini membuatkan ramai pelancong yang datang ke Mesir untuk mengunjungi dan melihat sendiri keajaiban dunia iaitu Piramid Giza yang terletak 18 kilometer dari Kota kaherah. Sungai Nil pula menjadi sumber air utama bagi masyarakat di Mesir, ia dikatakan tidak akan pernah kering dan banjir.

Sungai Nil sumber air utama masyarakat mesir

Piramid Giza antara 7 keajaiban dunia!

Piramid Giza yang merupakan 7 keajaiban dunia

Sejarah Bukit Tursina yang anda perlu tahu!

Bukit Tursina juga merupakan lokasi terpenting selepas Palestin, Mekah dan Madinah kerana Bukit Tursina merupkan lokasi dimana nabi Musa menerima wahyu daripada Allah. Ia terletak di semenanjung sinai dan jarak dari kota kaherah adalah 450 kilometer (5 jam perjalanan). Kenderaan persendirian boleh digunakan untuk menuju ke Bukit Tursina tetapi perlu menyusuri padang pasir dan tandus. Di puncak gunung inilah dikatakan nabi musa menerima wahyu dari Allah.

Bukit Tursina 

Setelah revolusi 2011 berakhir dan selesai dengan baik, Mesir kini lebih aman dan tenteram di bawah pemerintahan Mohamed Morsi. Keadaan masyarakat arab lebih terbuka dan keadaan ekonomi di arab juga semakin meningkat.

Antara 7 universiti terbaik yang menjadi pilihan pelajar.

Pusat Pendidikan Universiti Al-Azhar sudah berzaman dikenali di mata dunia dan ia merupakan universiti tertua di dunia yang masih kekal sehingga kini. Perkembangan sistem pembelajaran juga semakin baik. Zaman berganti zaman memberikan peluang dan ruang kepada kerajaan Mesir untuk membuka lebih banyak universiti terbaik antaranya Universiti Alexandria, Zagazig, Mansoura, Tanta, Ain Sham, Cairo dan banyak lagi. Pelajar dari seluruh pelusuk dunia diberikan peluang untuk menempatkan diri mereka disalah satu universiti terbabit.

Betul ke?

Rata-rata pelajar mengidamkan untuk belajar di salah satu universiti terkemuka ini, terutama sekali pelajar dari Malaysia. Mereka amat mengidamkan suasana belajar di bumi anbiya’ yang banyak memberikan tauladan kepada kita mengenai kisah-kisah nabi terdahulu. Makam-makan nabi yang masih kekal sehingga kini juga menjadikan salah satu sebab utama pelajar memilih Mesir sebagai tempat mereka menuntut ilmu.

Perbelanjaan hanya USD100 sebulan?

Sehingga kini sudah puluhan ribu pelajar yang belajar dan mencari ilmu di Mesir. Memandangkan perbelanjaan di Mesir hanya USD100 sebulan dan tidaklah terlalu mahal. Makanan boleh didapati dengan hanya RM5 sahaja. Dan, pengangkutan hanya memakan kos sebanyak RM1-1.50 sahaja. Sekolah percuma seperti Maahad Buuth ditubuhkan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk menyambung pengajian ke Al-Azhar.

Lokasi Strategik

Kos rumah sewa, lokasi yang strategik, kos sara hidup yang rendah, kemudahan awam yang mudah didapati dan makanan halal yang mudah didapati menjadikan pelajar yang beragama islam lebih memilih Mesir sebagai pusat ilmu pilihan mereka terutamanya pelajar Malaysia.

Program lain yang ditawarkan di Mesir??

Boleh dikatanya masyarakat Malaysia di Mesir juga sangat ramai dan kepadatan masyarakat melayu Malaysia di Mesir membuatkan keadaan tidak terlalu kekok untuk pelajar-pelajar yang baru. Pelbagai program yang diadakan di Mesir antaranya Kursus Bahasa arab, Program Madrasah Daulah dan Program Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Perubatan, Pergigian & Farmasi), Pengajian Islam (Syariah Islamiah, Usuluddin & Bahasa Arab) & Ulum Islmiah anjuran Daulah Educonsult ini menambahkan lagi populasi pelajar Malaysia di Mesir.

Peluang terbaik ini haruslah diambil dan dijadikan satu batu loncatan untuk anda memantapkan lagi ilmu pengetahuan dan berjaya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Apa syarat-syaratnya lagi? Sila teruskan membaca!

Proses permohonan ke semua program yang ditawarkan begitu mudah dan tidak memeningkan lebih memudahkan pelajar-pelajar. Hubungan kekeluargaan yang erat oleh warga Daulah juga salah satu perkara yang sering ditekankan dan diterapkan bagi memberikan lebih keyakinan maksimum untuk pihak Daulah menguruskan semuanya.

Syarat-syarat permohonan bagi program Bahasa arab dan program Madrasah Daulah adalah berbeza sedikit seperti , 12 tahun dan ke atas untuk kursus Bahasa arab dan 13 tahun ke 21 tahun untuk program Madrasah Daulah. Manakala untuk kemasukan ke universiti bagi program Ijazah boleh rujuk disini.

Orientasi Pelajar Mesir ada senior dari Mesir!

Setelah permohonan selesai pelajar hanya perlu lampirkan dokumen sahaja dan  yang lainnya seperti pengurusan dokumen, proses visa pelajar, penginapan pelajar dan logistik (Malaysia ke Mesir) akan diuruskan sepenuhnya pihak Daulah Educonsult. Kebiasaannya orientasi akan diadakan bagi memberikan taklimat lanjut tentang pengajian dan proses keberangkatan ke Mesir. 

Jarak perjalanan ke Mesir dekat ke jauh?

Untuk makluman, jarak perjalanan ke Mesir mengambil masa sehingga 13 jam ke 15 jam dari KLIA ke airport Cairo (lokasi utama sebelum berangkat ke universiti masing-masing). Jarak satu universiti dan universiti lain juga tidaklah terlalu jauh.

Ayuh lihat sedikit sedutan pelajar Mesir yang terbang sesi lalu! 

 

Kepada pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke Pusat Ilmu dunia Mesir boleh terus hubungi pihak Daulah Educonsult segera di talian 0132853903 (Customer Service) atau anda boleh terus membuat permohonan online di sini.

About admin

mm

Check Also

Sebab-Sebab Memilih Universiti Sumatera Utara, Indonesia

Sejarah Universiti Sumatera Utara (USU) bermula dengan penubuhan Yayasan Universiti Sumatera Utara pada tarikh 4 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *